Showing posts with label buku healing. Show all posts
Showing posts with label buku healing. Show all posts

Wednesday, December 10, 2025

Bukan Menyerah Tapi Lelah Berjuang

Assalamualaikum Hello Coconuts!


Alhamdulilah bangun pagi ni segar. Dah siap sarapan pagi dan minum sekole kopi. Biasalah Cuya dan kolenya tidak dapat dipisahkan.

Harini Cuya nak review buku motivasi ' Bukan Menyerah Tapi Lelah Berjuang ' tulisan Hijanah Hazalif.

Mungkin ada sebahagian daripada korang yang kenal Aisyah Hijanah dan Alif Teega yang merupakan influencer terkenal dalam kalangan anak muda di Malaysia ni.

Dan Cuya juga merupakan peminat diorang juga tapi bukanlah peminat tegar. Selalu sapot bisnes buku diorang sebab Cuya kan suka buku motivasi.



Cover depan buku. Penggunaan warna yang sweet dan menenangkan. Btw Cuya dapat buku ni free sebab beli planner. Harga asal dia Rm32.90

Isi kandungan dia


Dalam buku ni ada mengajar cara kita nak kawal emosi.

Sebagai manusia biasa kita digalakkan untuk tidak memendam perasaan dalam hati. Kalau boleh diluahkan, kita kena luahkan pada orang yang kita percayai.

Kita juga nak didengari bukan? Kalau pendam lama-lama nanti mental kita sakit.
Contoh macam blogging ni pon salah satu cara meluahkan rasa dan release tension.

Kalau taknak blogging, boleh tulis diari atau pada notes dalam phone masing2.



Nampak dia tulis " Remember, life is too short to be wasted! You deserve to be happy."
Hidup ni terlalu singkat untuk kita bersedih jer. Jadi luangkan masa untuk buat sesuatu yang bagi kebahagiaan buat diri kita.

Kalau suka makan, pergi jalan cari makan. Kalau dengan travel beri happiness, pergi jalan2. Buatlah apa apa sahaja asalkan kita gembira.

Sedih lama-lama pon apa dapat?

Tapi nak bersedih tak salah. Ikutlah kita nak menangis ke, nak meraung ke, nak tergolek sekalipon, lepastu kena janji dengan diri sendiri untuk bangkit balik lepas dah jatuh. Jangan terlalu ikut perasaan sangat sampaikan diri jatuh sakit.


Kalau sakit siapa yang susah? Diri sendiri juga yang susah kan...



Ini bukan pengakhiran cerita kita, ini baru permulaan.



Alhamdulilah atas segala nikmat yang Allah beri dan atas segala ujian yang Allah timpakan sebagai pengajaran hidup. Allah uji kita dengan pelbagai perkara yang tidak disangka sebab Allah nak naikkan darjat kita nanti. Ujian itu tanda Allah cintakan hambanya.


Dalam buku ni pon ada juga dia selitkan ayat Quran. Buku ni bertemakan motivasi islamik sebab tu ada doa-doa dan ayat Quran jadi memang bagus sebagai panduan.



Buku ni mengajar juga untuk belajar mencintai Allah dahulu sebelum mencintai makhluk lain.

Pada hakikatnya, kita kalau nak sayang sesuatu mestilah berpada-pada. Baik kepada ibu ayah, pasangan mahupun anak-anak semuanya perlu berpada-pada. Supaya apa? Supaya andai satu saat nanti, kita terpaksa pulangkan semula pada Allah dan saat itu kita reda dengan ketentuan Allah mengambil semula apa yang telah dipinjamkan kepada kita.

Apa apa di dunia ini semuanya bersifat sementara. Baik manusia, binatang, tumbuh tumbuhan atau harta benda. Tiada yang kekal abadi.


Teruskan berdoa kepada Allah memohon redanya. Disebabkan Cuya manusia yang alpa, jadi Cuya selalu baca buku motivasi begini.

Sebab takde siapa yang boleh bantu Cuya kalau bukan diri sendiri. Membaca adalah jambatan ilmu.

Jadi rajinkan lah diri untuk banyak membaca sebab tak rugi pon. Tiba2 teringat pula zaman sekolah Cuya jadi librarian, seronok dapat pinjam banyak buku. Alhamdulilah kenangan indah


Apa apa pon Cuya bagi buku ni 5 bintang sebab sangat bermanfaat. Cuya dah khatam 2 kali!


Till then, adios amigos.

Thursday, November 6, 2025

Review Buku Tuhan Tak Pernah Pergi oleh Iddin Ramli


Bismilah, Assalamualaikum sahabat online Cuya. Kalini intro sopan sikit ehek...

Harini Cuya nak review buku yang tengah hype dekat Tiktok iaitu Tuhan Tak Pernah Pergi oleh Iddin Ramli.

Iddin Ramli ni penulis dan motivator yang popular dalam kalangan anak- anak muda dekat Malaysia ni. Cuya pon merupakan pengikut Iddin Ramli di TikTok. Sebahagian karya Iddin memang ada dalam simpanan Cuya.


Cuya beli kombo Tuhan tak pernah pergi 1&2.

Dapat harga Rm53+

Alhamdulilah abang Cuya yang belanja.
Moga abang Cuya dimewahkan dengan rezeki berlipat ganda


Seperti dalam gambar, buku ni ada tagging.
Penulis dapat inspirasi daripada Al- Quran tagging drpd luar negara

Jadi boleh baca ikut situasi yang kita sedang alami

Sinopsis buku ni


Buku ni ada bahagian,
Tadabbur ayat Quran,
Pengajaran dan refleksi ayat

Serta Pesan2 dewasa

Cuya tak susun tau, just random je gambar











Banyak yang Cuya belajar daripada buku ni. Buku ni penuh dengan motivasi islamik yang memang kena dengan jiwa. Cuya belajar untuk lebih menghargai diri dengan sentiasa bersyukur dengan Allah.

Cuya belajar yang Allah uji kita sebab dia sayang kita, dan Allah sedang siapkan hadiah untuk kita. Kalau bukan hadiah di dunia, di akhirat sudah pastinya.

Buku ni Cuya baca berulang kali sebagai peringatan Cuya. Buku ni mengingatkan Cuya untuk sentiasa ingat aturan Allah itu Maha Baik. Allah dah aturkan jalan cerita kita dengan sebaik-baiknya dan kita cuma perlu follow the flow saja. Dan percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Mungkin kita kata cliche kata kata dalam buku ni, tapi kita memang selalu kena diingatkan banyak kali tentang Allah supaya kita tak lalai dengan duniawi.

Melalui petikan yang Cuya share saja dah menunjukkan betapa ilmiahnya buku ni jadi tak rugi kalau beli. Very recommended! Kalau korang perlukan motivasi hidup, Cuya memang suggest buku ni, sangat bermanfaat.

Cuya takde benda nak review lagi, korang wajib baca buku ni tau.

Nanti ada masa Cuya review buku kedua. Cuya dah habis baca dua2 buku ni.

Till then, adios amigos 💖 






Wednesday, October 30, 2024

Review Buku Tuhan Aku Ingin Sembuh Oleh Adnin Roslan


Assalamualaikum dan selamat pagi buta sudah. hahaha. Malam ni lewat Cuya tidur jadi sengaja nak tulis review.

Sebelum ni Cuya ada menerima beberapa buah buku daripada housmate lama Cuya zaman uni iaitu Sabrina. Sabrina dia up status pasal nak let go buku dia secara percuma jadi Cuya pon pm la dia.


Salah satu buku tu bertajuk Tuhan Aku Ingin Sembuh penulisan Adnin Roslan. Buku tu tebal dan harga pon boleh tahan mahal. Jadi Cuya bersyukur sangat sebab berpeluang untuk baca buku ni memandangkan buku ni memang tengah hype dekat TikTok.




Dalam buku ni dia ada tajuk mengikut bulan, jadi suka hati kita nak baca tajuk apa dulu.


Setiap bulan akan diiringi dengan puisi daripada penulis berkenaan dengan tajuk tertentu.




Kemudian setiap tajuk akan diakhiri dengan kisah2 nabi kita yang saling berkait mengikut topik yang disampaikan.






Bagi Cuya buku ni sangat- sangat bermanfaat sebab topik yang dibawakan juga menarik untuk dibaca. Dan kisah nabi yang tertulis juga membolehkan kita mempelajari tentang nilai kehidupan yang mungkin sebelum ni kita tidak pernah ketahui.


Sebenarnya apa yang nabi kita alami, kita juga turut mengalami situasi yang sama. Maka dengan itu kisah nabi boleh dijadikan pengajaran untuk kita menghadapi masalah duniawi ni.

Bagi Cuya buku ni memang bermanfaat untuk semua golongan baik muda atau tua sebagai tanda peringatan untuk diri dalam kita memperbaiki kehidupan kita. Cuya baca buku ni berulang kali supaya Cuya dapat kaitkan situasi Cuya dengan penyampaian daripada buku ni.

Sesuai dengan tajuk buku ni tentang kesembuhan diri, sedikit sebanyak hati Cuya berjaya disembuhkan dengan kata-kata motivasi dalam buku ni. Bila dah meningkat dewasa ni, buku-buku motivasi macam ni menjadi pilihan Cuya untuk dibaca sebab hidup kita ni memang perlukan kata-kata semangat supaya kita sentiasa bangkit daripada sebarang kelelahan, kepenatan dan kesakitan yang mencucuk diri.

Cuya suka sangat buku macam ni. Memang bagus untuk kesihatan mental juga. Buku yang membawa positiviti akan membentuk diri kita yang lebih baik.

Kalau korang nak boleh la beli kat tiktok Adnin Roslan.

Moga pahala buku ni sampai pada Sabrina 💕



Sunday, July 16, 2023

Review Buku Letters From My Heart Vol II




Assalamualaikum, Hello coconuts!

Cuya baru sahaja selesai membaca buku Letters From My Heart Vol II daripada influencer kegemaran Cuya iaitu Aisyah dan Abang Alif. Sebelum ni Cuya ada review buku yang pertama, Letters From My Heart . Korang boleh la klik link kalau nak baca.

Berbeza antara Vol I dan Vol II adalah dari segi tema pengisian buku ini.

Vol I - General
Vol II- Persahabatan, percintaan dan perpisahan.

Vol II lebih menyentuh hati Cuya sebab tersangat kena dengan situasi Cuya. Cuya putus cinta dan kehilangan kawan. Cuya sangkakan kehilangan kawan tidak akan sakit, namun ianya jadi lebih teruk selepas membaca buku ini. Lagi sakit kehilangan kawan daripada kehilangan kekasih.

Lagi-lagi bila Cuya membaca buku sambil mainkan lagu piano yang sedih di youtube. Tiba-tiba sahaja air mata jatuh menyembah bumi. Aaahhh sudahh. Nasib baik Cuya masih mampu mengawal emosi dan tidak mengeluarkan esakan tangisan. Kalau tidak malu didengari ibu. Nak nangis pon kena pandai cover tau!

Orang kata, kalau kita membaca atau mendengar apa-apa sahaja yang berkait rapat dengan kita, kita akan jadi lebih emosional. Ibarat kita tengah sedih, kita dengar lagu galau yang mendayu-dayu. Lagi sedih! 







Sebahagian kata-kata dalam buku ini.

Kata-kata dia nampak simple tapi kalau kena pada situasi memang sakit terasa dalam di sanubari. Bagai dihiris pisau belati! Dia sedih tetapi pada masa yang sama dia memberi motivasi yang tinggi pada Cuya untuk move on daripada masa lampau. Ada juga terselit ayat daripada al-Quran.

Kita nak sedih, sedih juga. Tapi janganlah lama-lama. Cukup sekadar untuk melepaskan dan melegakan hati kita. Manusia mana yang tidak merasakan kehilangan dalam hidup? Semua orang merasakannya. Lainlah kalau kita memang hidup sendiri dan tidak mempunyai kawan atau tak pernah ada pengalaman bercinta. Mungkin dia kehilangan perasaan barangkali.

Apa-apa pon buku Vol II ini juga bahasa Inggerisnya mudah, malah lebih mudah daripada Vol I. Kalau di Vol I Cuya berjaya mencari 31 kosa kata bahasa Inggeris yang baharu, di Vol II hanya ada 8 je kosa kata yang baru pada Cuya. Bagi Cuya, orang yang ada asas bahasa Inggeris  boleh fahami dengan tersangatlah mudah.

Dictionary Cuya untuk buku Letters From My Heart Vol II

Alhamdulilah, Cuya puas hati dengan buku ni. Berbaloi-baloi la untuk seketul Cuya baca. Baca buku ni sekejap je dah habis pembacaannya. Lagi-lagi kalau orang dah biasa baca laju, ayat pulak pendek-pendek.

Cakap banyak pon tak guna, korang kalau nak tahu lebih lanjut kena baca tau. Beli je kat Tiktok bila Hijanah buat live. Murah dan berbaloi. Kalau taknak beli time live pon takpe, beli je sementara stok masih ada.


Sekian sahaja review Cuya. Nantikan next review! (Kalau ada masa la...eheks )
Adios amigos!







Sunday, July 9, 2023

Review Buku Healing : Letters From My Heart




Assalamualaikum, hello coconuts! Kabare?

Cuya disini sihat saja tapi agak selesema sedikit. Tapi apa-apa pon Cuya nak review satu buku healing yang hangat diperkatakan oleh warga Tiktok. Buku yang bertajuk Letters From My Heart adalah penulisan influencer favourite Cuya iaitu Aisyah dan Abang Alif. Cuya memang dah lama kenal diorang sejak diorang belum berkahwin lagi.

Cuya ni minat sangat dekat diorang dua sampai tidur pon termimpi-mimpi diorang. Serious talk korang. Cuya teringin sangat nak jumpa diorang. Fans banget seyhh.... Tapi apakan daya, belum ada rezeki lagi. Cuya tak dapat jumpa diorang, tapi kawan lelaki Cuya pula yang bekerja dengan company Hijanah. Haiya manyak untung.

Now, let's go straight to the content of this book. Cehhh mat saleh kauu. Al maklumlah, buku yang ditulis pon dalam bahasa Inggeris. Tu yang kita pon pelat mat saleh gitu.Eheks!

Jom kita tengok sebahagian isi dalam buku ni.











Semua gambar kredit pada Mr Google. Sorry kalau gambar tak berapa jelas.

Cuya banyak beri penumpuan pada quotes yang berkaitan dengan persahabatan dan juga percintaan. Seolah-olah setiap kata-kata itu kena dengan diri sendiri. Bila melibatkan persahabatan, Cuya jadi sedih sebab Cuya kehilangan kawan rapat. Bukanlah dia meninggal dunia, tapi telah meninggalkan Cuya tanpa sebab yang jelas.

Melalui buku ini, Cuya belajar manusia hanyalah bersifat sementara. Tidak ada gunanya kita bertahan terhadap sesuatu atau seseorang yang tidak mahu lagi bersama kita. Apa gunanya bersama kalau kita saling membenci? Kadangkala pergi itu lebih baik daripada kita bertahan pada perkara yang tidak kita gemari.

Melalui buku ini juga Cuya sedar, Cuya tidak keseorangan. Ramai lagi diluar sana yang mempunyai masalah sama macam Cuya. Masing-masing pernah terluka, pernah disakiti, dibuang,dihina dan bermacam perkara buruk lagi berlaku. Kita sahaja yang tak nampak sebab kadangkala manusia pandai menipu.

Bukan sahaja menipu orang sekeliling, malah menipu diri sendiri. Tak sedar diri dilukai dengan dasyat, tapi malah memilih untuk bertahan. Sehingga sampai satu masa hati dah berkecai dan tak mampu pulih baru kita sedar peritnya disakiti manusia.

Sebab tu orang pernah kata, jangan berharap pada manusia kerana manusia akan mati. Letaklah pengharapan yang tinggi kepada Allah. Sayang manusia berpada-pada. Inilah antara mesej yang tersirat yang kita tak nampak dalam buku ni, tapi ia ada di sebalik kata-kata healing.

Buku ini bukanlah healing semata-mata, malah ia lebih dari itu.Ianya adalah sebuah nasihat untuk jangka masa panjang. Kata-katanya sangat ringkas dan padat tapi jitu dan padu. Bahasa Inggerisnya juga rata-rata mudah difahami.

Cakap tentang bahasa, disebabkan ada sesetengah perkataan dalam buku ini ada yang Cuya tak familiar, Cuya mengambil keputusan untuk menulis semula perkataan tersebut disertai dengan  maksudnya di sebelah. Jadi Cuya baca buku ni sambil dengar lagu lofi di Youtube, serta mencari maksud perkataan yang Cuya tidak faham dalam buku ni.



Turutan dia begini (Perkataan tak difahami -> Mukasurat -> Maksud perkataan)

Ada 31 perkataan yang Cuya tak berapa familiar dan tak faham. Dengan cara ini, kosa kata Inggeris Cuya sudah makin bertambah. Sambil healing, sambil belajar, bagus bukan?

Next time, kalau Cuya baca lagi buku ni dah tak perlu risau. Sebab Cuya ada dictionary sendiri. Nak faham, refer je buku nota Cuya. Membantu juga kita nak belajar perkataan baru. Sebab tu Cuya kata, ini bukan sekadar buku healing biasa. Ianya lebih dari itu!

Overall, buku sebenarnya nasihat yang general. Ada motivasi tentang kehidupan, kekeluargaan, percintaan dan persahabatan . Pokoknya sangat dekat dengan kita. Ianya merangkumi semua permasalahan yang biasa orang hadapi. Yang paling penting buku ni mengajar tentang diri sendiri. Cara kita hadapi hidup kita.


Cuya bagi 10 bintang! Coming up next, buku Volume 2 pulak. Haritu ada promosi daripada Tiktok. Sebuah buku rm9, maka Cuya tidak melepaskan peluang. Dah lama teringinkan buku-buku hijanah, tapi selalu tak berkesempatan. Moga ada rezeki Cuya untuk borong kesemua buku Hijanah. Aamin Ya Rabb! One fine day!


Sekian , adios amigos!






Followers