Followers

Tuesday, December 31, 2024

Throwback Kenangan Lama

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Harini mood menaip dah ada balik sejak abang dah tolong updatekan laptop Cuya ni, tiba jadi semangat nak menaip. Sambil-sambil buka file dalam laptop ni, nampak pulak gambar lama-lama. So nak share la juga kan dekat sini supaya tak hilang.


Jomlah tengok Cuya membesar  menjadi seorang pelajar hingga ke zaman dewasa yang sudah berumur 20++
Berapa umur Cuya? Teka la sendiri..





Gambar semasa form 4 Cuya buat persembahan puisi peringkat Kebangsaan di Bandar Hilir.
Dapatlah berborak dengan mat saleh daripada Holland. Berhabuk sepiking... hahhaha



Cehh posing ala model.. harus! Wajib berangan.. hehe


Masa form 4 nak pergi makan-makan bersama classmate 4 Beta dengan menaiki bas ya guysss...
Cuya dengan buku takleh dipisahkan.
BTW tagline tu  silap, patutnya membaca jambatan ilmu. HAHA

Masa ni terjumpa dengan crush dalam bas berbaju hitam..Oppsy iolls ingat lagi ya.
Crush dulu kini dan selamanya. #HH



Posing pegang lollipop mengharapkan crush kita tu jadi lollipop favourite kita.. gitchu!
Ni masa form 5



Zaman form 5 ni tak melaram pakai makeup lagi. Simple2 ajerr
Belum era gila mekap. Heheh




Selfie Zaman Diploma.. spec pon dah lain zaman ni. Zaman ni kita suka pakai bawal tapi jadikan shawl.
Entah kenapa suka style gini.



Tudung sarung pon jadi favourite gak sebab bila mood malas, gini le rupanya. Kuikuikui




Zaman Diploma di Politeknik, masa ni ada event untuk budak blok. Ada tema la kan.
Cuya jadi la Fairy Godmother gituu.. Ehh sekali menang lak kategori baju bertema. Kekeke
Mana tak nya, siap ada tongkat magik. So ada satu masa tu siap catwalk depan student semua sambil hayun tongkat magik, engko rasa? Mana datang konfiden level tinggi tu.?  Dengan kepaknya kat belakang....hahahahha




Zaman Degree di UITM adalah zaman melaram. Zaman kau mekap kasi letops! Itu kalau rajin laaa.
Masa ni eyeshadow taknak kalah eh pergi kelas, memang kaw2 la. Tapi kadang-kadang je kalau rajin yaaa

Ni zaman dinner memang sibuk nak pakai rantai mutiara bagai .. hahaha


Zaman degree juga zaman silangkan inner kepala untuk fesyen. Laaahh macam2 ini budak!


Ni trend dulu2, saja diguna pakai pada tahun degree sebab, why noootttttt
Hahahaha


Dah lama kan tak nampak orang pakai gini? Cuya terlalu berani untk fesyen ini ya...
Seharusnya GADIS BOLD! kekekeke






Zaman Degree adalah zaman selfie tepi tingkap nak dapat lighting baik punya

Zaman semasa spec semua makin besauuuu... Lagi besauu lagi  comelll... HAHA







So nilah gambar terkini. Alhamdulilah masih bernafas sehingga harini. Syukur sangat
Dan masih suka melaram jugak. Hehehe 
Makin dewasa semakin suka kecantikan.

Spec mata pon dah bertukar, tapi masih besauuu... Hahaha  Cuya pakai pilih jelah spec apa yang ada mengikut saranan staf kedai spec tu. Ni pon power dah naik ni. Tak tahulah kena tukar spec lagi ke tak.
Memang cepat je power mata ni naik mungkin Cuya pon selalu dengan gajet kan.


Begitulah tumbesaran seketul Nacuyaa =P

Oh ya, selamat tahun baru guys!

Moga tahun baru akan membawa khabar yang indah-indah belaka untuk kita semua ya!
Aamin ya Rabb


So, ce teka Cuya sekarang dah umur berapa?
Siapa teka Cuya doakan hidup dia sentiasa dirahmati Allah selalu dan cemerlang dunia akhirat.
Aamin ya Rabb









Monday, December 30, 2024

Pengalaman Diet

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Ini kisah Cuya beberapa bulan yang lepas. Cuya diajak sahabat baik Cuya untuk berdiet secara tiba-tiba. Cuya pon macam... Aah kan bila lagi aku nak diet, ini lah masanya!

Berkobar-kobar semangat nak diet tu sebab kawan kita jadi tukang pantau diet. Kita pon berat dah naik, so kena lah jaga makan.



Penuhlah menu diet dalam galeri.
Hari2 kena update dalam group Ws menu apa kita makan.

Gambar banyak warna hijau je hahaha


Gigih tangkap satu2!


Nampaklah penurunan daripada bentuk muka.
Beza kan



Selama sebulan jugak diet, alhamdulillah Cuya berjaya turunkan lebih daripada 4kg. Ianya satu pencapaian yang bagus. 

Inci dekat badan dah turun.

Sekarang fasa maintain. Kadang² berat turun naik gak, bukan senang nak control.
Ni Cuya rasa kena diet balik ni. Kalau tak diet memang boleh naik balik berat. Apa² pon Alhamdulillah untuk pengalaman diet ni.

Seronok juga bila boleh tengok hasil diet 
menjadi. Lagi seronok kalau ada geng diet. 😁

Diet bukan sebab nak kurus je, tapi nak hidup sihat inshAllah. 

Doakan saya ya hidup sihat!


Gambar terkini Cuya

Friday, December 27, 2024

Hadiah dari Langit

Selalu aku menadah pada Allah, memohon agar rezeki aku tu luas kejadiannya. Andai ada rezeki di langit turunkan ya Allah, andainya rezeki ku di bumi, keluarkan ya Allah.

Tidak lupa untuk aku doakan 'dia'. Entah kenapa dia itu sudah menjadi zikir di bibir saban hari. Di akhir sujudku , selalu aku sebut namanya .

Entah kenapa dia saja bermain di fikiran tatkala ini. Sebenarnya dia tidak tahu kewujudan perasaan aku ini. Iyaaa perasaan yang berbunga -bunga entah tiba-tiba saja .

Aku bercadang untuk 'merisik' dengan dia. Bukanlah untuk aku ajak menjadi lebih daripada seorang sahabat. Tapi untuk kenalan dulu. Walhal 2 hari lepas, baru saja aku whatsapp dengan dia. Saja aku bertanya pada dia soalan yang sebenarnya aku tak perlu tahu, tapi sengaja diadakan supaya aku ada topik perbualan 🤣

Kau tahu tak dia baca blog aku? Mungkin bukanlah selalu, tapi kalau aku share link InshaAllah dia baca, aku yakin je. Hehehe Mestilah yakin sebab aku tahulaaa kenapaaaa. Jangan tanya


Ya, memang aku syok kat dia dari dulu lagi. Tapi selalu tak dapat nak bersama, asyik ada awek je dia. Haish.. geram aku. Bila nak peluang dengan aku ni?

Dahlah, aku sanggup jadi perigi cari timba. Ni je peluang aku ada. Nak masuk tahun baru ni, aku nekad nak cuba nasib. Haritu aku tanya dia, dia takde yang punya. Hah! Ni la masanya! Ngeh ngeh ngeh

Nak minta tolong korang boleh?
Doakanlah seketul Nurnasuha dapat memikat hati crush dia tu.

Mana tahu antara korang doa Allah makbulkan. Crush ni Cuya pernah cerita dalam blog ni. Siapa? Doakan dulu!

Mashehhh hehehe



Thursday, December 26, 2024

Buah tangan dari Thailand!

Assalamualaikum hello Coconuts!

Seketul Cuya selalu saja tenggelam timbul dengan blog kan. Banyak cerita dah terlepas sebab biasanya Cuya journaling digital dan pos di Whatsapp . Siapa yang ada no fon Cuya mungkin bole tengok la . Hehe

Beberapa hari lepas, makcik Cuya singgah Jasin sebab hantar busu Cuya yang baru lepas operate mata. Tiba² ada juga orang mengirim hadiah pada Cuya.

Tak lain tak bukan cousin Cuya si Iqa. Jom kita tengok buah tangan apa dia beri daripada Thailand.


Wahhhhh matawang baru untuk Cuya!
Iqa memang tahu Cuya suka sangat collect matawang negara lain.

Yang ni ada drpd negara Bangladesh, China, Korea, Malaysia, Afrika, Itali

Bertambahlah koleksi Cuya ni. Syukur Allah rezekikan orang2 baik.


Teh Thailand. Sedap! Sebijik macam dekat Thailand.


Ada postcard comel, eyeshadows dan powder. Tahu² aje Cuya suka makeup. Syukur Alhamdulillah. Rezeki yang tak dijangkakan.


Moga Allah merahmati dan memurahkan rezeki kepada si pemberi. Makcik Cuya pon ada bagi makanan macam². Murah rezeki diorang.

Aamin ya Rabbal Alamin.

Segala pujian bagi Allah yang mengurniakan rezeki dan nikmat mempunyai keluarga yang baik belaka.



Giveaway by Ejulz 2024



Last 31 Disember 2024

Klik banner untuk join







FAIRUS buat Giveaway


KLIK BANNER UNTUK JOIN


2. Tuliskan juga kenapa anda suka mengunjungi blog ini (biar jujur agar aku dapat mengerti kekuatan blog ini. Andai tak suka pun boleh tulis juga agar aku dapat memperbaiki kelemahan);


Dari Jasin pergi ke Melaka,
Mencari hadiah sebuah raga,
Baca blog fairus penuh sejarah,
Ada ilmu membuka minda.

Membaca blog fairus ada cerita,
Ceritanya tentang Melaka,
Menarik hati seketul Nacuyaa,
Untuk perhati dan terus baca.


Jom support giveaway rakan blogger!


Last 31 Disember 2024