Showing posts with label nailpolish. Show all posts
Showing posts with label nailpolish. Show all posts

Monday, January 1, 2024

Self Manicure Di Rumah dan Menang Giveaway!

Assalamualaikum, hello Coconuts!

Selamat Tahun Baru guys! Tahun baru ni buat apa je?

Memandang di JAKEL ada promosi, Cuya, Ibu dan abang pergi JAKEL Melaka mencari kain pasang baru. Cuya sebenarnya takde kain pasang nak dibeli sebab di rumah dah ada tapi sajalah mengikut teman ibu.


Ibu sedang sibuk memilih kain untuk baju Ayah.


Cuya mengambil kesempatan untuk selfie memandang banyak cermin di situ. HAHAHHA

Oh lupa time ni tengah cuba fitting baju. Saja nak beli yang dah siap


Selfie bersama kain tanpa corak.

Sebenarnya masuk JAKEL memang lengang ya. Agaknya orang berjimat cermat sekarang ni.
Nak dibanding zaman dulu, punya la ramai.


Selfie dengan kain bercorak abstrak pula


Ibu masa tengah memilih kain


Walaupun kat rumah dah ada kain pasang, eh beli lagi kain.
Warna kain memang tak lari lah daripada warna pink.. mesti ada pink. hehehe

Beli je dulu, tailor tak jumpa lagi ni.


Ibu punya 3 pasang,
ayah 2 pasang/




Time to manicure! Kalini kita self manicure je.


Gosok2 dah kilat!

Guna apa ya?


Pakai ni je noqs. Cuya dulu memang buat servis kilatkan kuku dekat UiTM atas subjek jual2.
Jadi dulu banyak la stok benda ni. Nail glass nama dia.



Lepastu masa Cuya tengah tulis entri ni, tiba2 dapat notification orang tag dekat IG.







Alhamdulilah! Cuya menang giveaway skintific! Hadiah sempena tahun baru ni. hehehhe

Takyah susah2 cari skincare dah. Dapat full set terus! Syukur amat!



Terima kasih organizer @skintific dan @imperfectpiqa !





Cuya menang set ni.



Alhamdulilah rezeki Allah beri yang tiada habis-habisnya. 💕💕






Thursday, March 19, 2020

Nailogical By Cuya

Assalamualaikum ,Hello Coconuts!

Ya,seperti semua tahu isu terkini satu dunia adalah Covid 19 yang semakin merebak.
Dan semua orang tahu juga setiap IPTA dan IPTS diarahkan untuk tutup.

Masa mula-mula Cuya balik kolej ,abang dah cakap dah... "Nasuha, U lain dah diarahkan buat kelas online.Nanti kau tunggu je arahan Uitm."

Cuya dah macam...Serious la kelas online?
Then, hari yang sama Cuya dapat arahan macam abang Cuya cakap.The next day, dapat arahan untuk balik rumah pulak.

Cuya sebenarnya tengah berbisnes untuk subjek Entrepreneur (ENT)Hah..dah alang-alang Cuya cakap ni, jemput like page Cuya.

NAILOGICAL BY CUYA (LIKE TAU!!)

The best part is,sebelum Cuya balik Cuya dapat berniaga dan dapat Sales melebihi harga sales untuk subjek ENT ni. Alhamdulilah...sesungguhnya inilah rezeki yang Allah beri yang tiada habis-habisnya.

Cuya buat servis kilatkan kuku dan juga jual produk2 untuk kuku.Yang kelakarnya, customer pertama servis kilat kuku tu pensyarah! Cuya tak pernah menyangka pensyarah pon  berminat dengan servis Cuya.Dan yang seronoknya Cuya dapat tips tau! Bukan tips (cara2)  tapi tips (Duit tambahan ).

Rasa kelakar pon ya tapi tulah..rezeki Allah nak beri.Alhamdulillah.

Ala mana taknya lecturer buat,servis Cuya cuma RM3 je untuk sepasang tangan! Murah kan??
Hah..Kat bawah ni Cuya sertakan gambar servis yang Cuya buat.


SEBELUM

SELEPAS



Yang bawah ni semua selepas,lupa lak nak amik gambar sebelum.Hehe





Masing-masing puas hati .Siap kata lepas ni nak buat setiap bulan.Kuikuikui.

Lecturer kata mana ada orang nak buat servis ni kat UITM.Cuya rasa Cuya first la kot.
Lepas tu siap dapat nasihat dapat Madam dari kos Finance tentang cara penjualan Cuya.
Lepas ni Cuya akan perbaiki apa yang patut.

Cuya dah siap beli sarung tangan plastik ,dan mask muka.
Hand sanitizer pon dah ada untu kelengkapan servis mendatang.

Cuya berdoa agar semua rakyat Malaysia dapat mengelakkan diri daripad dijangkiti wabak Covid 19.
Amin...

Followers