Showing posts with label kotak misteri. Show all posts
Showing posts with label kotak misteri. Show all posts

Friday, February 16, 2024

Dapat Parcel Misteri



Assalalamualaikum, Hello Coconuts!

Masa 14 Feb 2024, parent Cuya berithu ada satu parcel sampai dekat rumah. Cuya pon macam.. takde pon beli barang. Oh mungkin hadiah giveaway.


Tiba-tiba petang tu ada member baik Cuya mesej, katanya hantar parcel pada Cuya. Laaa...suprise daripada dia rupanya. Cuya ada buat unboxing video, tapi tak upload la kat sini.



Dapat ni perisa strawberry. 😍😍

Kata member Cuya si Tiya ni, dia bagi ni sebab teringat Cuya save no dia " Tia πŸ“"

Ada icon strawberry sebelah nama dia sebab Tiya manis dan cantik macam stawberry.. heheh


Siap ada note hah.. Masheh Tiya!



Sedap gila guys! Crunchy ..sedap la dimakan gitu saja. Sekelip mata je habis satu balang.


Kehadapan Tia Strawberry favourite Cuya, masheh sebab sudi habiskan duit untuk aku. Aku doakan persahabatan kita kekal sampai bila-bila.
Walaupun dah jarang contact, kau tetap sahabat baik aku tau!
Jaga diri elok-elok kay!


 Cuya love Tiya Strawberry!


Sincerely,
Cuyang (  Nama kau panggil aku dulu.. haahhaha)



Wednesday, February 7, 2024

Kotak Misteri Hadiah Giveaway Cuya dah terbang macam Pontianak!


Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Korang ingat tak Cuya punya giveaway sampul raya rare 2024 tu? Cuya dah selamat packing dan terbang kepada para pemenang. Alhamdulilah. Bagi yang mengenali Cuya, mesti tahu Cuya jenis suka hias kotak misteri bertema.

Boleh tengok bawah ni:

SUPRISE BOX
πŸ’“Monsters
πŸ’“Vampire

Boleh tengok dekat tab blog Cuya kat atas ni bahagian ' Creative Thingy'


Di sebabkan Cuya suka sangat tema Halloween, ofcos kotak Cuya hias semuanya berkaitan dengan tema tu. Tapi kalini Cuya hias simple2 je sebab Cuya tak banyak masa. Hehe


KOTAK MISTERI
TEMA : MESSY HALLOWEEN


Mula-mula tulis utusan diraja. Benda ni wajib, al maklum la.. kita Permaisuri kottt XD




Hadiah pertama bertema kan Halloween dan Monster. Yang pertama ni ada banyak penggunaan kain felt so special la hadiahnya.  Mana hadiah boleh balut Cuya balut

Keseluruhan masih  tema Messy Halloween sebab semuanya  terabur. hahahah
Terabur pon satu seni whaatt hehe


Hadiah kedua kotak tema Bat dan Spider. Pelekt dia Cuya guna pelekat yang jenis plastik boleh tampal pada cermin. Masa ni gam terlebih, tu nampak  basah kat kotak. Bedal jela nak, kita kekurangan masa xD


Hadiahnya dibalut dengan tema The Dead Blood Kills Me ( pakai sebat je  eh tema ko Cuya XD)

Sticker dia Cuya guna tattoo sticker which is renyah sebab nak lekatkan perlu guna air. Nampak macam simple je main tampal-tampalkan, tapi perlukan kesabaran dan effort . Hahahah
 Takpe, demi rakyat Coconuts beta!

Nak tahu isi hadiah?
Baca review daripada pemenang kedua Rabia:



Hadiah ketiga Sweet Halloween. Kotak tu warna pink biru, yang sweet tapi ada confetti halloween yang Cuya lekatkan. Dan dibalutkan dengan spider web yang rupa macam rambut kak Ponti pon ya. Kotak ketiga ni dapat special effect wohh.. 


Isi dalam Cuya balut tema Bat & Spider. Simple2 je macam tadi

Hadiah apa pemenang ketiga dapat?
Baca review kak Ct Cheery

Menang Giveaway Sampul Raya Rare 2024 By Permaisuri Cuya


Dari awal giveaway entry akk ni lawak.. sampai terima hadiah pon lawakk... πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚Memang layak menang, rezeki dia... heheh 


Di akhir kejadian, tapi kotak no 3 masa ni belum bagi special effect spider web tu.

Hadiah pertama dan kedua dapat tagging WARNING! Cantikkan? Cuya suka tagging tu, nampak special.



Harap-harap semuanya suka dengan hadiah Cuya. Hadiah mungkin biasa sahaja, tapi effort Cuya tinggi khas untuk Coconuts! Moga akan datang rezeki Cuya lebih supaya dapat kongsi lagi dengan para Coconuts yang rajin singgah blog Cuya.


Lots of love,
Permaisuri Cuya














Saturday, January 13, 2024

Kotak Misteri Handmade Cuya Unboxing Reaction

Assalamualaikum, Hello Coconuts!


Tahun 2020 adalah tahun dimana Cuya exchange suprise box dengan rakan blogger. Harini Cuya nak share reaction daripada blogger AD bila unboxing suprise box Cuya.

Enjoy!



Suprise box yang kak AD dapat ni adalah 100% handmade Cuya.

Apa pendapat anda?

Berikan komen anda tidak lebih daripda 100 patah perkataan. πŸ˜‚πŸ˜‚


Nota kaki : Apakah ini gambaran kotak misteri giveaway Cuya? Hermmmmm
Anda rasa?





Thursday, October 1, 2020

Aku bagi Kotak Misteri Pada Blogger AnakDenesor

Assalamualaikum...Hello Coconuts!


Cuya excited sangat nak cerita pada korang pasal ni. Cuya dan blogger AD  saling bertukar kotak misteri. Dan Cuya dah selamat hantar Kotak Misteri kepada sis AD.

Kalau nak tengok sis AD unboxing kotak misteri Cuya, klik bawah ni ya



Kalau nak tengok suprise box apa sis AD bagi Cuya, klik 

Aku Dapat Suprise Box daripada Anak Denesor!



The best part masa buat kotak misteri ni adalah proses yang Cuya lalui .Aik,proses? Proses apa ni....Hantar kotak je ponnnn. Ya, kotak bukan sebarang kotak.Kotak dipenuhi dengan imaginasi tau!
Cuya ada buat dekorasi untuk kotak misteri sis AD.

Kenapa tiba-tiba sibuk nak hias kotak bagai ni?Kau hantor jela kotak tu....

Eh,mana tak nya Cuya hias kotak ni, cuba korang tengok entri Kak Sha ni! 


Hah,,Korang tengok tu! Betapa kreatifnya kak AD.  Ini memang mencabar diri Cuya ni.LOL. Sebab tu Cuya mengambil keputusan untuk cabar diri menjadi kreatif. #SisCuba #JadiXJadiBelakangCerita


Cuya fikir punya fikir, tema apa Cuya nak buat untuk kotak misteri ni? Fikir..fikir..HAH! Idea sampai kat kepala otak Cuya πŸ˜†πŸ˜†

Cuya buat tema macam kat bawah ni....Cuba teka tema apa???



Hah dapat teka tak?

Cuya tanya kawan2 ni kotak nampak macam apa?

Macam2 jawapan Cuya dapat!

Dragon
Adudu
Katak
Buaya
Monster

Cuya faham semuanya ada imaginasi yang berlainan,tapi menurut Cuya ini adalah Monster.Ngeh3.  Selari dengan nama blogger Anak Denesor, Monster ni seakan Denesor jugak.Bole kan? kan? kan? HAHA


Orang kata luar tak penting,yang penting isinya.


TADAAA!




Mari Cuya kenal kan Monsters Scraps Cuya




Billy





Willy







Silly   ( Sebab muka dia cam lawak sikit..heheh)








Blacky dan Bluewy


Mana Cuya dapat idea untuk create monsters ni? Al kisahnya Cuya tak boleh tidur.Jadi otak ni berjalanlah memikior apa yang Cuya patut letak dalam kotak tu. Sebab Cuya memang takkan pergi kedai beli bahan jadi Cuya teringat Cuya ada saki baki kain felt dan fiber yang lama Cuya tak guna. Sebab tula nama Monsters ni SCRAPS (lebihan barang2 yang pernah guna)

Tak sia-sia Cuya susah tidur malam!

Maka terhasil lah dunia Monster imaginasi Cuya.

Bak omputih kata " Creative adults are children who survive" 

Gitewwww



Cuya hantar kotak misteri ni hari Ahad 20 Sept, Kotak sampai pada kak AD  Isnin 21 Sept..laju gilaaa

Apa respon sis AD lepas terima kotak ni??



She like it!!!
Alhamdulilahhh..
Takut Cuya kalau dia tak suka...hahaha

Dan yang sweetnya....

Tengok sis AD buat apa dengan Monsters Cuya



Sis AD tampal dekat dinding office ! πŸ˜‚ Sayang katanya...

Terima kasih kakkk😍

Sweet bangettt.....

Sesiapa yang nak tukar suprise box dengan Sis Anak Denesor sila la ke blog beliau..,dia mengalu-alukan!



Followers