Showing posts with label reading challenge. Show all posts
Showing posts with label reading challenge. Show all posts

Monday, October 19, 2020

Misi Terbang Tinggi #2: Operasi Naga Kecil





55041944. sx318



Assalamualaikum Hello Coconuts. Sebelum ni Cuya pernah review komik Misi Terbang #1

Kalini Cuya baru sahaja selesai membaca buku kedua iaitu Misi Terbang Tinggi : Operasi Naga Kecil.

Sinopsis: Berjaya menerbangkan Naga Kecil, bukannya pengakhiran kepada misi terbang di awan tinggi bagi Aidil dan Hadi. Pengembaraan yang mencabar menanti mereka di hadapan. Mengharungi keganasan ribut dan puting beliung masih belum dikira apa-apa kerana misteri sebenar yang menanti mereka berdua amat luar biasa dahsyatnya dan tidak dapat diterima akal!


Ada perkara yang misteri tentang buku kedua ni.Ke dunia manakah Aidil dan Hadi dibawa?Kenapa ada makhluk burung berkaki empat  dan bagaimana kapal terbang mereka melepasi ribut yang sangat  dasyat?

Siapa lelaki yang berwatak gagah di dalam cerita ni? Apa kaitan dia dengan ribut yang terjadi?

Cuya banyak tertanya-tanya.Rupanya ada buku seterusnya! Ala..bila nak keluarnya..Cuya ingatkan buku ni sudah pengakhiran.Sabar jela...hahaha


Thursday, October 15, 2020

Komik MISI dah sampai!


Assalamualaikum,Hello Coconuts!

Pagi ni ada kelas Mandarin,tiba2 abang posto datang mari pulak. Jadi Cuya terpaksa la bergegas berlari anak ke pintu pagar.Dah la jauh daripada rumah.Ada lah dalam beberapa meter tapi Cuya masih perlu berlari.Hahaha


Komik Misi Cuya dah sampai!!!!



Yeayyy~ Alhamdulilahh..

Bacaan Cuya akan menjadi lebih seronok dengan kehadiran komik baru.Komik-komik ni dah lama keluar,baru sekarang Cuya dapat beli.Syukur sangat~

Banyak tau komik Misi, kalau korang tak pernah tahu, boleh la google.Tak pun follow if @skuadmisi. Dekat sana dia ada share link untuk beli komik Misi.Tapi Cuya cam biasa,beli kat shopee,lebih murah.hehe Agaknyala...Cuya agak je ! Hahahaha

Cuya tak fikir banyak untuk beli komik Misi sebab Cuya yakin,semua komik ni ada ilmu baru yang Cuya akan belajar.Percayalah! Start daripada Cuya baca komik Misi Motivasi, Cuya rasa semua buku ni ada motivasi tersendiri.Ayuh la beli buku Misi untuk anak-anak dan bacaan sendiri.

Sekarang semua di hujung jari sister~  >_0


Adios! :D

Sunday, October 11, 2020

Misi 4 Flat X



40028408

Assalamualaikum dan Hello Coconuts!

Disebabkan Cuya asyik jumpa blog yang selalu review buku,jadi Cuya mengambil keputusan untuk tulis sedikit review tentang komik yang Cuya baca.

Misi 4 Flat X adalah rentetan daripada buku Misi yang lain.Memang bersiri tetapi buku ini boleh sahaja dibaca secara individu ,maknanya baca satu buku pun okay sahaja 


Dalam buku ni dimulakan dengan persoalan,kenapa kita mengejar keputusan yang baik,yakni 4 Flat?

Adakah sekadar untuk menunjuk2 pada orang lain atau pun satu kepuasan buat diri?Buku ni membuat Cuya berfikir kenapa Cuya sibuk nak kejar result yang terbaik. Yalah, Cuya sedar semua orang seakan bersaing untuk menjadi yang terbaik. Cuya pun mahu berada diatas.

Buku ni overall cerita pasal Mat, seorang pelajar yang pakar dalam matematik.Dari kecil lagi dia dah didedahkan ilmu matematik.Biliknya penuh dengan sifir dan nombor.Ayah Mat kata "Matematik ni takdir Mat", walaupun kita sebenarnya tak boleh tentukan takdir sesuka hati.Takdir yang sebenar datang daripada yang Esa.

Ada lah konflik yang muncul dalam komik ni tapi tidak lah terlalu berat.Tapi ceritanya agak sedih di hujung. Ada bahagia, dan ada duka.

Cuya sebenarnya dah pernah baca komik ni,tapi Cuya baca lagi untuk cabaran membaca bulan ni. Cuya tak pernah bosan dengan komik Misi karya Nazry Salam dan Afiq Salam. Mereka berdua dah macam idola Cuya sejak dulu lagi..hehehe

Cuya bagi 5 bintang!

Thursday, October 1, 2020

Jumlah Buku Cuya Baca Bulan September.


Assalamualaikum ,Hello Coconuts!

Kabare? Alhamdulilah kita masih diberi peluang untuk menghirup udara yang segan dan nyaman.
Entri-entri sebelum ni Cuya pernah mention yang Cuya join cabaran membaca yang bermula dari 15 Sept hingga 31 Oct.

Pada awalnya Cuya ingatkan cabaran ni sampai hujung bulan Sept je, rupanya sampai hujung bulan Oct (Ketuk kepala sendiri ). Jadi harini Cuya nak share tajuk-tajuk buku yang Cuya dah baca sepanjang bulan September. Bagi Cuya nilah pencapaian terbaik setelah bertahun-tahun tak baca banyak macam ni ( sikit je senanya...) .Jom tengok!


1. Tajuk: Under 18 No Fear Kompilasi Jitu
  Penulis:Zint
  Penerbit: Gala Unggul Resources Sdn Bhd
  M/surat:606

2. Tajuk: Cik Bunga Matahari (1)
  Penulis:Manami Sugano
  Penerbit:Art Square Creation Snd Bhd
  M/surat:175

3. Tajuk:Cik Bunga Matahari (2)
  Penulis:Manami Sugano
  Penerbit:Art Square Creation Snd Bhd
  M/surat:179

4. Tajuk:Serangan Komik Berganda!
  Penulis:Artis Komik Kadokawa Gempak Starz
  Penerbit:Kadogawa Gempak Starz Sdn Bhd
  M/surat:319

5. Tajuk:Purple Sunday
  Penulis:Sweta Kartika
  Penerbit:Kadokawa Gempak Starz Sdn Bhd
  M/surat:158

6. Tajuk:Bidasan Gempar!
  Penulis:Artis Komik Kadokawa Gempak Sta
  Penerbit:Kadogawa Gempak Starz Sdn Bhd
  M/surat:318

7. Tajuk:Kelab Bento Akademi Seiwa
  Penulis:Umitamako
  Penerbit:Art Square Creation Sdn Bhd
  M/surat:163

8. Tajuk:Adikku Ayu
  Penulis:Makoto Tateno
  Penerbit:Anjung Taipan Sdn Bhd
  M/surat:189

9. Tajuk:Helah Putar Belit
  Penulis:Ririko Tsujita
  Penerbit:Anjung Taipan Sdn Bhd
  M/surat:188

10. Tajuk:Rahsia Cinta Malam Purnama
  Penulis:Taamo
  Penerbit:Art Square Creatiin Sdn Bhd
  M/surat:189

11. Tajuk:Suka Hati Kaulah Shakespeare
  Penulis:Chise Fujinaka
  Penerbit:Art Square Creation Sdn Bhd
  M/surat:183

12. Tajuk:Siri Candy Topik Taat Ibu Bapa (Keluarga Selamanya)
  Penulis:Kaoru
  Penerbit:Kadokawa Gempak Starz Sdn Bhd
  M/surat:155

13. Tajuk:Antologi Komik Gadis-Gadis Cun,Puteri Lagenda
  Penulis:Ain Lavendra,etc
  Penerbit:Komik-m
  M/surat:107

Jumlah mukasurat : 2929


Alhamdulilah...tapi semua ni Cuya baca komik.Ala jadi la kan...HAHAHAHA 
BTW,komik2 ni ada yang hasil Cuya buat komik haul dan juga komik baru.


Followers