Friday, January 24, 2025

Penyampulan Buku

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Macam pelik je kan tajuk entri kali ni? Terasa janggal pulak sebab jarang dengar perkataan 'Penyampulan'. Wujud ke perkataan tu? Hehe

So ceritanya Cuya harini pergi ke Family Store ( FS), mencari sedikit barang basah dan juga barang Cuya. Cuya cuma cari  satu barang, iaitu plastik ziplock untuk buku. Eh, buku pakai ziplock ke? Boleh saja untuk protect buku. 

Sebenarnya Cuya ada beli di Daiso AEON haritu, tapi mahal gila sebab ziplock jenis  tebal. RM5.90 hanya dapat 7 plastik saja. Nasib baik berkualiti. Tapi rugi la kan sebab dapat sikit je. Kalini Cuya cari juga  di FS.Walaupun saiz dia macam tak kena, tapi asal boleh saja la. Malas nak beli online.



Sebahagian buku untuk dimasukkan ke dalam plastik ziplock


100 pcs cuma RM16.90 je. Tapi besar punya la boleh muat beberapa buku.


Sebahagian buku dah ziplock


Selama ni Cuya tak pernah terfikir nak ziplock buku macam ni.
Rupanya boleh protect keadaan buku daripada berhabuk dan kuning.
Barulah Cuya tahu bila tengok orang lain share info.

Alhamdulilah settle sudah penyampulan buku. Tak banyak pon buku, banyak dah jual.
Seronok buat kerja ni, macam bungkus goodies. Hahaha

Haritu dah lah sibuk balut goodies kan, ni balik rumah kena membalut lagi.
Masih banyak lagi berbaki ziplock ni, itu tanda nya kena beli buku baru.

 Hehehe





18 comments:

  1. Uncle dulu sampul buku pakai 'sokkaba' je...

    ReplyDelete
  2. Betul. Saya pun buat macam ni untuk buku yang duk kat rak. Buku lebih terlindung.

    Ada komik best tu. Menarik. Kalau nak let go, bagitau. 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup!

      Hahaha komik apa yang menarik tu? Biasa saja koleksi komik Cuya hehe

      Delete
  3. Pengen juga kayak gini, tapi private library saya ada ratusan buku. Rasa tak sanggub kalo nak ziplock semua 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perlu buat dari awal bila dah beli buku baru.. hehe

      Delete
  4. Wah, idea ziplock buku ni menarik juga, tak pernah terfikir pun sebelum ni. Bagus untuk elak buku cepat rosak atau berhabuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yupp, ramai orang yang guna cara ni untuk pelihara buku

      Delete
  5. Banyaknya buku. Boleh jadi library dah.

    ReplyDelete
  6. peminat buku je yg faham perasaan tu hehe

    ReplyDelete
  7. bagusnya simpan buku cara gini! boleh try jugak nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa.. tak payah balut bulu, ziplock terus

      Delete
  8. Banyak buku Cuya ya. Dania pun banyak buku jugak. Lepas ni kita ziplock kan dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada lagi dalam kotak hehe. Ya lepasni ziplock terus

      Delete
  9. Ramainya buku kokonat
    Tahniah rajin membaca buku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kokonat memang banyak buku
      Heheh masheh wakkk

      Delete

Followers