Tuesday, August 2, 2022

Open Verse Challenge Tiktok. Aku Rap?? #KauPuraPura




Assalamualaikum 
Hello coconuts!

Thanks kepada yang sudi singgah di blog Cuya ni.
Cuya dah kurang aktif di blog dan sedang cuba untuk aktif semula.
Biasalah orang perempuan emosi turun naik. Ehek!

Cuya kadang2 aktif di tiktok. Cuya suka join open verse challenge which mean create our own lyrics diiringi lagu asal.  Untuk video di atas Cuya join challenge lagu Kau Pura Pura by MFMF.

Cuya cuba rap dalam challenge kali ni. Jangan gelak! Kalau video di atas tak berfungsi, klik link di bawah ya.



Kalau rajin, follow la tiktok Cuya. Nanti mention untuk followback okay?

Please enjoy the video!






GIVEAWAY BZ SATU 2022




GIVEAWAY BZ SATU 2022


Klik untuk join

Bismillah mulanya kata,
Assalamualaikum awal bicara,
Lama sudah tak bersua,
Kini Cuya kembali menjelma.

GA menarik sudah tersedia,
rugi kalau tak join sama,
Moga ada rezeki kita,
Saya , awak dan dia.

Mari semua sertai sama,
Tuah ayam di kakinya,
Tuah kita pada yang Esa,
Ayuh kita mencuba.

Hadiah semua syok belaka,
Kegilaan wanita semua,
Kalau menang pada saya,
Bahagianya hati terasa :D





SENARAI HADIAH:
👉 1x set Inai Republic (Pilihan Leopard Edition atau Chocolate Edition)
👉 1x Inai Mommy (Pilihan warna:  Red, Maroon, Pink, Brown, Black)
👉 2x Inai Baby (Pilihan warna:  Red, Maroon, Pink, Brown, Black)
👉 Saguhati Penyertaan - akan dimaklumkan kemudian.






GOODLUCK !!







TARIKH TUTUP:
13 OGOS 2022, jam 11.59 malam






Thursday, July 28, 2022

Hadir Tiba -Tiba





Hadir tiba-tiba,
Mengetuk pintu hati,
Jodoh tak pernah salah alamat
Apa salahnya kalau sudi,
Detak jantung berlagu melodi,
Adakah ini cinta atau mimpi?

Senyum sampai ke telinga,
Kuharap kau tak sedar terleka,
Layanan manja mu buat diri tak semena,
Bak kata orang mandi tak basah,
tidur tak lena.

Hadir tiba-tiba,
Apa kau jatuh dari Syurga?
Dicipta khas untuk aku,
Ternyata kau bijak berkata,
penuh dengan pujangga,
buat terkesima dengan bakatmu.


Aku rasa dah jatuh suka,
Kerna kita kian mesra,
Boleh ke kau jadi aku punya,
dan kumiliki selamanya?



Dah 2022, Mana Menghilang Cuya??




Assalamualaikummmmmmmm
Hello coconuts!'


Ya Allah, dah bersawang dah blog kita ni.. Ampunnnnnnnnnn

Cuya tak tahu lah kalau ada yang masih ingat  Cuya atau mungkin dah lupa siapa Cuya??
Hahaha

First of all, terima kasih kepada sesiapa yang ada jenguk blog Cuya ni dan Cuya minta maaf sebab dah lama tak post entri baru. Sebenarnya Cuya sedang fokus hal universiti. Memandangkan semuanya online learning, fokus Cuya hanya pada kelas dan assignment.

Great news, harini adalah hari terakhir Cuya sebagai student semester 6 di UiTM.
Sekarang nak kena tunggu results je.  Doakan seketul Nurnasuha dapat result yang terbaik dan graduate first class. Aamin......... :D

Lepas ni, goal Cuya nak cari kerja. Kerja jelah apa2 dulu, mana dapat tu kita kerja dulu kan. Lepas tu baru cari kerja yang stable. Ikutkan nak terus masuk sektor pelancongan, memandang tu bidang Cuya, tapi mak Cuya suruh hold dulu.

Dahlah mak suruh kerja dalam Melaka je...haiya...mentang-mentang kita anak bongsu, hahhahahha
Kita pon teringin keluar Melaka juga, berdikari. Tapi apa2 pon percaya dengan takdir yang Tuhan telah tetapkan untuk kita. 

Teruskan usaha, dan maju ke hadapan!

Salam sayang,
adios amigos! <3