Followers

Sunday, March 19, 2023

Review Komik 'Aku Okay!' oleh Miu Rushdi DKV


Assalamualaikum, Hello Coconuts! Harini Cuya kembali lagi dengan review buku terbitan Daie Kreatif Venture. Komik bertajuk ' Aku Okay' ini sememangnya kena dengan Cuya. Terasa bagai Cuya juga sebahagian watak dalam komik ini.

Antara nilai yang Cuya belajar adalah kita perlulah jadi pendengar yang memahami, bukan mendengar untuk bercakap. Cuya faham, untuk memahami situasi permasalahan seseorang bukanlah mudah. We are not in their shoes bak kata orang putih. Cuya alami situasi macam ni sebelum ni. Cuya ada seorang kawan, dia seperti alami masalah yang agak susah untuk Cuya perkatakan.

Jadi Cuya nasihatkan dia untuk pergi berjumpa dengan doktor. Ternyata dia sememangnya mengalami sakit anxiety. Alhamdulilah dia dapat detect awal, sekurang-kurangnya doktor dapat membantu dia mengatasi masalah yang dia alami.

Bukan senang nak jadi pendengar yang baik, sebab Cuya bukanlah seorang pakar motivasi atau psikologi. Kebolehan kita agak terhad. Melalui komik ini , sedikit sebanyak dapat membantu Cuya untuk memahami role kita sendiri apabila berhadapan dengan orang yang bermasalah dan menjadikan kita sebagai tempat untuk meluahkan masalah mereka.

Kadang-kadang orang yang ada masalah ni, bukanlah nak solusi sangat. Dia cuma nak kita dengar masalah diorang, betul tak?

Berkata-kata, memberi nasihat itu mudah tapi bukan senang untuk kita praktikkan.

Antara dialog dalam komik ni,

"Kau kena ingat, kadangkala kita tidak boleh lihat masalah seseorang mengikut perspektif kita"

Bukan senangkan nak memahami situasi seseorang sehingga kita sendiri berada di tempat orang yang ada masalah tu.


Cuya bagi 9/10 untuk komik ni. Komik ini akan membuka mata masyarakat tentang kepentingan empati.


Empati juga sikap yang meletakkan perasaan kita pada orang lain atau cuba meletakkan diri pada tempat mereka





Wednesday, March 15, 2023

Review Komik Perfect oleh Hanimism DKV

Assalmualaikum Hello Coconuts!

Harini mood Cuya terlebih rajin nak review salah satu komik dakwah yang baru sahaja Cuya beli bertajuk 'Perfect' oleh Hanimism terbitan Daie Kreatif Venture.



Dalam komik ni ada banyak nilai murni dan mesej yang disampaikan. Antaranya berkenaan hubungan ikhtilat, aurat dan persahabatan. Kadang-kadang terasa diri ni tak cukup sempurna bila membaca nasihat yang cuba disampaikan dalam komik ni. Terasa kerdil sungguh di depan Tuhan sebab dosa kita terlalu banyak. Banyak khilaf dalam diri ini sampai rasa tak layaknya aku untuk berdepan dengan Tuhan.

Cuya banyak istigfar bila baca komik ni. Banyak dosa yang kita dah buat tanpa sedar.

Tetapi dalam komik ni ada memberitahu, walaupun seburuk mana pon kita sebagai hambaNya, tidak terlambat untuk kita bertaubat dan tiada siapa yang layak untuk judge perubahan kita terhadap ketaatan kepada yang Esa. Sesungguhnya Allah sahaja yang boleh membaca hati seseorang.

Dan sentiasalah percaya, niat yang baik akan membawa kita ke jalan Allah. Allah Maha Merancang sesuatu perkara dan Dia sajalah yang tahu apa yang terbaik untuk masa depan kita.

Sentiasalah bersangka baik dengan Allah, nescaya kita akan lebih bahagia.

Masih belum terlambat untuk kita bertaubat dan menuju je jalan Allah. Walaupun sebesar lautan sekalipon dosa kita, kita tetap boleh meminta ampun dengan Allah. Allah sentiasa rindukan doa dari hamba-hambanya. 

Komik ni sangat sesuai untuk semua peringkat umur. Ada juga diselitkan bibit-bibit cinta antara watak Heroin dan Hero. Pengakhirannya agak lucu. Nak tahu? Korang kena dapatkan lah buku ni. Tak rugi beli komik dakwah. InshaAllah kalau ada rezeki lebih Cuya pon nak beli lagi komik-komik yang penuh dengan intipati nasihat yang mengingatkan kita tentang Islam.

Moga komik-komik sebegini terus maju demi kebaikan dan kesejahteraan ummah di negara kita. Aamin :)



Wednesday, March 8, 2023

Pemenang Segmen Pencarian Model Lukisan Digital By Cuya

Assalamualaikum, Hello Coconuts!


Sebelum Cuya umumkan pemenang, Cuya nak minta maaf sebab tangguh pengumuman ni. Banyak benda yang terjadi dalam masa terdekat.

Dan sebenarnya Cuya nak ingatkan peserta-peserta segmen Cuya yang belum pm gambar untuk dilukis, boleh lah ws Cuya ya.


Baik, jom ke agenda utama kita.

















Tahniah kepada akak SA! Boleh la ws Cuya ya.

PEMENANG PERLU CONTACT CUYA DALAM TEMPOH SEMINGGU LEPAS TARIKH HARINI
KELEWATAN PEMENANG AKAN MENYEBABKAN PEMILIHAN PEMENANG BARU.

Sekian saja, terima kasih semua yang join. Akan datang inshaAllah ada lagi rezeki untuk korang join GA macam ni. Terima kasih semua sebab support Cuya!



Menang GA Ciknur ( Hadiah dah sampai!)

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Alhamdulilah syukur ke hadrat Illahi kerana masih diberi peluang untuk bernafas harini. Kadang-kadang kita terlupa akan nikmat yang Tuhan berikan sampai lupa lahirkan rasa syukur. Jadi marilah kita beramai-ramai mengucapkan ALHAMDULILLAH.

Buat pengetahuan semua, sebelum ni Cuya ada join giveaway daripada blogger Ciknur kita. Tak disangkakan Cuya muncul sebagai salah seorang pemenang bertuah. Alhamdulilah, rezeki yang tak dijangka. Orang kata rezeki tak pernah salah alamat, betul tak?

Ni entri Ciknur --> Pemenang GA Anniversary

Dan berita baik, hadiahnya telah pon selamat sampai. Hah... dapat hadiah apa la tu kan? Jom tengok!





Tudiaaa pink kaler hah...Yang peliknya, Ciknur macam tahu-tahu je warna favourite Cuya  pink. Hahaha Alhamdulilah, rezeki! Terima kasih Ciknur sebab anjurkan GA ni.

Jarang-jarang dah ada GA kan. Sesekali ada , menang lak tu. Happy tak terkira. Moga Ciknur dirahmati Allah, dikurniakan rezeki seluas lautan dan langit dan diberi kecemerlangan dunia dan akhirat. Aamin..


Alhamdulillah :)








Thursday, March 2, 2023

Tamat Sudah Segmen Lukisan Cuya

Assalamualaikum, Alhamdulilah syukur sebab segmen Cuya dah tamat.

Sekarang Cuya dalam tempoh nak siapkan dulu lukisan free satu persatu. Minta maaf lah Cuya ambil masa sebab Cuya taknak lukis dalam keadaan terburu-buru dan stress. Maka Cuya akan ambil masa untuk buat lukisan ya korang?

Pemenang GA pon Cuya umum kemudian, beri Cuya masa tau2!




Sementara tu jom blogwalking dekat SENARAI PESERTA.



Monday, February 27, 2023

Senarai Peserta Segmen Pencarian Model Lukisan Digital by Cuya


Alhamdulilah, lagi sehari je segmen Cuya akan habis. Terima kasih kepada semua yang join.
Harap semua dapat menunggu dengan sabar lukisan free Cuya.  Mungkin ada yang tak perasan, Cuya ada pos yang beberapa hari yang lalu Cuya tak sihat. Cuya dalam proses sedang pulih dari sakit. Alhamdulilah makin sihat dari hari ke hari. Terima kasih atas doa semua.

Di bawah ni Cuya senaraikan nama peserta yang join segmen Cuya beserta entri selepas diorang dapat lukisan tu. Sebahagian Cuya dah lukiskan.




















9) Ri







13) mamapp








Sape belum join tu bolehlah join sementara ada masa ni. Esok last guys!



Bolehlah korang blogwalking dulu dengan peserta-peserta ni :)

Sunday, February 26, 2023

Noktah Yang Memujuk oleh Iddin Ramli

Assalamualaikum, salam sejahtera buat pembaca blog Cuya. Sudah beberapa hari tidak aktif di blog atas kesihatan yang tidak mengizinkan. Kini Cuya kembali dengan entri baru. Kalini Cuya nak review buku yang Cuya baru sahaja beli dari Tiktok.

Kalau selama ni Cuya banyak habiskan duit membeli komik, kalini Cuya terbuka hati untuk membeli buku motivasi atau dalam erti kata lain buku healing.




NOKTAH YANG MEMUJUK OLEH IDDIN RAMLI





Isi dalam buku ni pendek-pendek je tapi penuh dengan motivasi. Sesuai untuk semua peringkat umur. Dan yang paling sesuai sebenarnya untuk orang yang sedang kecewa dan perlukannya untuk healing. Macam Cuya la.... HAHA  Memang terasa bila membaca buku ni. Ada juga penulis mengingatkan bahawa Tuhan telah merencana setiap sesuatu dengan cara yang paling terbaik.




Sesuai untuk pasangan, keluarga dan persahabatan.







Allah tu sentiasa ada untuk kita, itu kita kena tahu.


Banyakkan bersabar dengan setiap ujian yang kita hadapi. Pasti akan ada solusi untuk setiap masalah.

Best kan kata-kata buku ni? Memang sangat bermakna bagi Cuya yang dahagakan motivasi. Kena dengan jiwa dan dekat di hati. Cuya dapat habiskan dalam sehari saja. Cuya baca sambil dengar lagu lofi yang diiringi bunyi hujan. Feeling habissss.. hahaha

Sesekali jiwa perlukan makanan sebegini untuk memotivasikan diri. Bagi yang tidak mengenali Iddin Ramli ni, dia bukan sahaja penulis , malah penyampai dakwah dan motivasi di Malaysia. Tiktok Iddin ni selalu lalu lalang kat fyp Cuya, syok dengar dia bercakap. Memang kena dengan diri. Dalam buku ni pon ada selit ayat Quran dan juga hadis sebagai rujukan.






Alhamdulilah ada rezeki lebih, Cuya grab semua buku Iddin. Lagi satu buku otw. Sekarang tengah berlangsung contest Ipad, jadi Cuya pon nak join. Mana tahu ada rezeki dapat Ipad free. Aamin~ 

Kalau korang nak dapatkan buku ni, bolehlah beli di shopee dan Tiktok sementara sedang berlangsung contest Ipad.

Moga buku-buku ni dapat memberi kesembuhan buat hati-hati yang terluka, inshaAllah :)



Friday, February 24, 2023

Kekurangan Darah

Assalamualaikum, hi semua :)

Beberapa hari lepas Cuya ada update yang Cuya demam. Bagaikan jatuh ditimpa tangga, Cuya pula kekurangan darah. Due period Cuya dah sampai, tiba-tiba kepala asyik pening je. Dan ia berlanjutan sehingga harini. Sekarang ni okay sikit, tapi takut kejap lagi serang balik.

Bila dah pening tu, susah betul nak tidur. Asyik sakit je. Maka segmen Cuya masih tertangguh untuk siapkan lukisan peserta. Cuya minta maaf sangat-sangat, kesihatan tak mengizinkan. Terima kasih kepada semua orang yang mendoakan Cuya, hanya Allah sahaja mampu membalas kebaikan korang.

Bukan tak dapat lukis je, nak blogwalking pon tak boleh sangat. Terima kasih kepada yang masih sudi singgah!




Monday, February 20, 2023

Cuya demam, lukisan free pon tertangguh

Assalamualaikum semua

Start semalam Cuya dah sakit tekak dan panas sikit badan. Pagi ni selesema dan pening sikit.
Puas sapu Cap Kapak.

Harap semua dapat sabar untuk menerima lukisan daripada Cuya. Tak selesa nak lukis bila tak sihat ni. Berderet tunggu ni.  Mohon bersabar ini semua ujian. Hehe 

Tapi dalam demam2 pon Cuya sempat post status menyanyi. Sampai ibu cakap " Eh dah sihat?"  🤣😜

Nak tunjuk sihatlah konon .. hahaha

Segmen Aku tapi dapat hadiah juga? Thank you ARI!


Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Bagi sesiapa yang tahu, Cuya sedang jalankan segmen, jadi jomlah ramai-ramai join



Semua yang join dapat hadiah sebentuk lukisan tau. Betul , tak tipu.


Tapi entri ni bukan saja nak cerita pasal segmen Cuya tu, tapi Cuya nak cerita Cuya dapat hadiah daripada peserta. Aik, segmen kita, kita pulak dapat hadiah. Alhamdulilah rezeki. Hadiah lukisan juga daripada blogger ARI.




Cantik gila! Jarang-jarang Cuya dapat arts daripada orang lain. Rezeki betul. Yalah, bukan senang nak buat digital arts. Perlukan ketelitian dan masa yang banyak..

Thanks ARI for the arts! Sempat juga la sembang dengan ARI. Cuya first time tahu pasal blog ARI. So korang boleh la pergi singgah sana ya.



Once again , thank you ARI, Moga dipermudahkan segala urusan dunia akhirat.

Sunday, February 19, 2023

Terlalu Aktif Sampai Semua Pertandingan Aku nak Balun!

Assalamualaikum , Hello Coconuts!

Bagi yang dah lama mengenali Cuya mesti tahu Cuya suka join Giveaway anjuran blogger-blogger lain. Tapi ngupenya bukan di dunia blogging saja Cuya suka join contest, malah sejak sekolah rendah sehinggakan universiti Cuya memang rajin gila join macam-macam contest. Sumpah takde keje! HAHAHA

Mungkin Cuya boleh cakap Cuya jenis competitive? Ke Cuya nak attention je ni? Haaaaa..Aiyokk  Tapi sejak sekolah lagi Cuya perasan Cuya suka suasana untuk berada di atas stage dan berada di khalayak ramai. Entah mana datang keberanian tu. Mula-mula tu nervous la, tapi lama-lama dah biasa. Memang enjoy je naik stage, sebab proud of myself. Cuya rasa untuk berada di khalayak ramai perlukan confidence level yang tinggi dan tak semua berkemampuan buat macam tu. Betul tak?

Alhamdulillah Cuya dah start bina confidence sejak kecil lagi. Bukan atas dorongan sesiapa, tapi diri sendiri yang nak macam tu. Dan paling penting Cuya suka hadiah! Hahaha  Kalau nak ditunjukkan memori pertandingan masa dulu, Cuya cuma ada sijil dan trofi je, masih ada dalam almari tu.

Tapi harini Cuya nak share sebahagian memori contest yang Cuya join di universiti semasa PKP. PKP pon iolls aktif disebabkan dah dilanda kebosanan. Inilah memori yang Cuya ada dan mahu diabadikan di blog, boleh lah tunjuk anak cucu nanti. Aamin.... hehe!


Ni masa Cuya join jadi announcer. Ala2 pemberita. Cuya kan suka berangan jadi pemberita. Eheks!


Masa ni join time merdeka. Alhamdulilah dpt no 1, Cuya baca sajak merdeka.

Ni sapot kelab sendiri je ni. Bergaya acah model. hehe


Cuya join contest lagu raya. Pastu Cuya ubah suai lagu tu. 

Cuya menjawat jawatan sebagai Bendahari Eksekutif untuk kelab Cuya. Mentang2 Cuya suka duit, tu yang diorang bagi jawatan ni. HAHA

o


Ni pula Cuya jadi Setiausaha 1 di Kelab Warisan Budaya.

Kan Cuya dah cakap sume benda Cuya nak balun. Tamak en!


Begitulah sebahagian memori-memori Cuya di UITM Kampus Bandaraya Melaka. Cuya memang sengaja nak cipta memori banyak-banyak supaya ada benda untuk Cuya kenang, walaupun Cuya habiskan sebahagian besar masa hanya di rumah disebabkan Covid yang melanda negara.

Masa pkp mesti stress, contest2 ni la yang buat Cuya semangat untuk teruskan pengajian di UITM. Hidup kena la  happy dan kreatif kan?

Alhamdulilah, lepas dah satu fasa. Nanti dah kerja tak merasa lagi contest2 macam ni.

Sekian sahaja, adios amigos!





DIY Perler Beads Bear Phone Case

Assalamualaikum, Hello Coconuts!


Beberapa hari lepas, tiba-tiba Cuya rajin nak buat phone case sendiri. Sebenarnya dah lama Cuya nak beli phone case, asyik lupa je sampai naik kuning phone case lama Cuya. Jadi Cuya pergilah kedai beli phone case tapi bila balik tengok macam kosong je phone case. Jadi Cuya tiba-tiba teringat masih ada perler beads untuk DIY phone case so why not kan?


So Cuya guna 2 perler boards , tweezer, kertas untuk tracing phone case.


Cuya susun dulu perler beads ikut line tracing tadi.


Buat bentuk bear dalam tu.


Penuhkan kosong dengan beads.

Cuya guna iron kecik khas untuk perler beads beralas kan iron paper.

Lepas tu gam dengan hot glue hot pada phone case lama. Tapi Cuya rasa hot glue gun tak tahan lama, nanti Cuya kena beli double tape, lebih kuat.

Dah siap!

Mudah je, tinggal kena bersabar susun satu-satu. Bosan-bosan boleh la buat satu.

Sekian, adios amigos!








Wednesday, February 15, 2023

Thrice The Charm Giveaway by Atiqah, Nabilah Samsudin dan NHHM

THRICE THE CHARM GIVEAWAY BY ATIQAH, NABILAH SAMSUDIN & NHHM

Thrice The Charm Giveaway by Atiqah, Nabilah Samsudin & NHHM
Tarikh penyertaan:
  • 15 Februari 2023 - 15 Mac 2023









Hadiah giveaway:
  1. (1) helai tudung (Waarna)
  2. (2) balang chocojar (Mouthgasm)
  3. (2) botol popcorn (Eng's popcorn)





All the best semuanya!!

Segmen Pencarian Model Lukisan Digital by Cuya

TAMAT

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Mungkin ada yang tahu Cuya pernah jual digital drawing tapi susah juga nak promot. Mungkin juga sebab Cuya tak aktif. Pernah juga nak bagi free je dekat orang, pon orang taknak. Aduh...

Jual orang tak beli. bagi free pon taknak juga? Agaknya lukisan Cuya tak sePro orang lain. HAHA.

Memandangkan Cuya kebosanan di rumah, jadi Cuya buat entri ni khas untuk blogger-blogger yang nak dirinya dilukis. Sebelum ni Cuya ada emel beberapa blogger untuk dilukis. Alhamdulilah mereka respon. Jadi tujuan Cuya tulis entri ni untuk mencari blogger yang sudi dilukis secara percuma. Tapi ada syarat-syaratnya.





Syarat-syaratnya:

  1.  Follow Blog Cuya
  2. Buat entri bertajuk " Pencarian Model Lukisan Digital by Cuya"
  3. Copy banner di atas dan backlink ke blog Cuya
  4. Komen link di bawah.
  5. Lepas dah dapat lukisan digital, buat entri baru untuk lukisan digital Cuya tu.
Kira ada 2 entri kena buat. 
Dah tu je. Sesiapa yang ikut syarat ni Cuya boleh terus lukiskan gambar digital secara percuma. Anggap ni sedekah Cuya untuk semua. Doakan Cuya berjaya dunia akhirat, dan dimurahkan rezeki selalu, dipertemukan jodoh terbaik dunia akhirat dan dikurniakan rezeki yang berlipat ganda. Doa panjang-panjang sikit. Eheks!

Lepas dah komen tu nanti WS Cuya ya.


HADIAH:

  • Semua yang join akan dapat satu digital arts.
  • Nanti cuya guna random.org untuk pemenang bertuah yang boleh dapat 3 lukisan.




Segmen ni berlangsung dari harini Rabu 15 Feb sehingga 28 Feb 2023. 
13 hari je. So cepat-cepat la ya!