Showing posts with label menang giveaway. Show all posts
Showing posts with label menang giveaway. Show all posts

Tuesday, April 30, 2024

Menang Giveaway Mommy EEZ

Assalamualaikum hello coconuts!

Alhamdulillah haritu Cuya ada join giveaway drpd Mommy EEZ


Alhamdulillah Cuya ada menang hadiah dan hadiah pon dah sampai.






Alhamdulillah, dapat pulak warna favourite. Merah makngah gituuu

Moga Allah merahmati dan memurahkan rezeki Mommy Eez. Terima kasih sebab anjurkan giveaway!


Moga hadiah ini akan membawa manfaat yang baik.

Sunday, March 3, 2024

Terima Hadiah Giveaway Daripada Blogger Syazni Rahim


Assalamualaikum, Hello Cooconuts!

Semalam Cuya terima parcel  misteri yang sudah tidak berapa misteri Hehehe 

Baca :

SENARAI PEMENANG GIVEAWAY PERFUME SR JANUARI 2024

Alhamdulilah menang saguhati. Syukur.... Nak tahu tak hadiah apa dia bagi?



Tadaa! First time  Cuya dapat hadiah macam ni.

Ini kak Syazni nak suruh Cuya rajin kemas rumah ni!




Boleh panjangkan pemegang... dasyat... Function teruk!

Kak Syazni kata, dah nak raya ni boleh tolong mak bersihkan kipas.

HAHAHAA

Selama ni Cuya pakai penyapu dengan galah panjang je. Style orang dulu2 gitu.


Terima kasih kak sudi berkongsi rezeki! Semoga dimurahkan lagi berlipat ganda rezeki akak. Aamin...


Lepas ni berkilat la kipas rumah Cuya XD


Nota kaki : Sorry tak menyempat nak BW. Nanti ada masa free Cuya balas kunjungan.






Monday, February 5, 2024

Hadiah Top Komentar Blogger Mulan

Assalamualaikum, hello Coconuts!



Harini Cuya terima parcel daripada Pos Laju. Ingatkan barang Cuya beli sampai, ngupenya hadiah top komentar daripada blogger Mulan.

Baca sini : TOP KOMENTAR 2023


Wahh dapat Tupperware biru!
Tak pernah orang luar bagi Cuya Tupperware... hehe


Magnet Greece!


Sarung tangan untuk masak. Ni nak suruh Cuya rajin masak dan baking niii...
Hehehehe


Alhamdulilah... rezeki Cuya yang tak dijangka. Terima kasih sis Mulan! Moga Allah memberi rezeki sebanyak buih di lautan, selebat hujan yang turun dan sederas sungai yang mengalir. Aamin <3




Thursday, January 11, 2024

Hadiah Giveaway Skintific dah sampai!

Assalamualaikum rakyat jelata Coconuts sekalian!

Harini beta telah menerima bungkusan hadiah daripada pihak Skintifc.my atas kemenangan beta dalam giveaway yang dianjurkan oleh influencer @imperfectpiqa.

Syukur beta panjatkan pada Illahi atas limpah kurniaanNya.


Tada! Cantik kotak dia kan

Skintifc Holiday Gift


Ada 5 item dalam ni


✨✨SKINTIFIC Holiday Gift Box 5pcs Skincare Set

Brightening Complete Set:
Low Ph Cleanser + ClarifyingToner + Symwhite 377 Dark Spot Serum + Brightening Moisture Gel + Alaska Volcano Clay Stick


إِنَّ هَـٰذَا لَرِزْقُنَا مَا لَهُ مِن نَّفَادٍ (Inna haza larizquna maalahu minnafad )

Alhamdulilah, inilah rezeki yang Allah beri yang tiada habis-habisnya.


Nanti ada masa beta review


BTW jangan lupa join giveaway beta ya!









Monday, January 1, 2024

Self Manicure Di Rumah dan Menang Giveaway!

Assalamualaikum, hello Coconuts!

Selamat Tahun Baru guys! Tahun baru ni buat apa je?

Memandang di JAKEL ada promosi, Cuya, Ibu dan abang pergi JAKEL Melaka mencari kain pasang baru. Cuya sebenarnya takde kain pasang nak dibeli sebab di rumah dah ada tapi sajalah mengikut teman ibu.


Ibu sedang sibuk memilih kain untuk baju Ayah.


Cuya mengambil kesempatan untuk selfie memandang banyak cermin di situ. HAHAHHA

Oh lupa time ni tengah cuba fitting baju. Saja nak beli yang dah siap


Selfie bersama kain tanpa corak.

Sebenarnya masuk JAKEL memang lengang ya. Agaknya orang berjimat cermat sekarang ni.
Nak dibanding zaman dulu, punya la ramai.


Selfie dengan kain bercorak abstrak pula


Ibu masa tengah memilih kain


Walaupun kat rumah dah ada kain pasang, eh beli lagi kain.
Warna kain memang tak lari lah daripada warna pink.. mesti ada pink. hehehe

Beli je dulu, tailor tak jumpa lagi ni.


Ibu punya 3 pasang,
ayah 2 pasang/




Time to manicure! Kalini kita self manicure je.


Gosok2 dah kilat!

Guna apa ya?


Pakai ni je noqs. Cuya dulu memang buat servis kilatkan kuku dekat UiTM atas subjek jual2.
Jadi dulu banyak la stok benda ni. Nail glass nama dia.



Lepastu masa Cuya tengah tulis entri ni, tiba2 dapat notification orang tag dekat IG.







Alhamdulilah! Cuya menang giveaway skintific! Hadiah sempena tahun baru ni. hehehhe

Takyah susah2 cari skincare dah. Dapat full set terus! Syukur amat!



Terima kasih organizer @skintific dan @imperfectpiqa !





Cuya menang set ni.



Alhamdulilah rezeki Allah beri yang tiada habis-habisnya. 💕💕






Friday, September 22, 2023

Menang Giveaway Bulan September!

Assalamualaikum, holaa holii kuberi nama cikibum cikibum!
Lain pulak opening entri kalini ya..  Biasa guna " Hello Coconuts!" 😂😂 Saja tukar angin. Maklumlah entri kali ni adalah entri tanda bahagia . 

Alhamdulilah, syukur ke hadrat illahi kerana masih diberi peluang untuk terus menaip entri perkongsian bersama rakan-rakan blogger. Bulan lepas Cuya ada join dua giveaway. Dan tak disangka-sangkakan, dua-dua GA tu Cuya ada menang hadiah.

Yang GA pertama : 

GIVEAWAY 12 YEARS BLOGGING BY FAEZAH MDNOR


Entri Pemenang:

Cuya dapat tempat ketiga. Hadiah dia apa? Suprise! Nanti Cuya update. Haritu dah contact blogger Faezah, dan Cuya dah pilih hadiahnya. Nantikan,...


GA kedua: 

Birthday Giveaway FarhanaJafri.com 2023


Entri Pemenang: 

Tak sangka jadi pemenang khas. Alhamdulilah.. rezeki sungguh!














Terima kasih sebab sudi pilih Cuya sebagai pemenang. Semoga penganjur diluaskan rezekinya seluas lautan dan selebat hujan yang turun ke bumi. Aamin...

Masheh! Arigato gozaimase! Xie Xie ni! Mucha graseas! Gumawo! Nandre!

Sentiasa percaya, kalau kita usaha lebih sikit pasti ganjaran akan tetap ada untuk kita

Tuesday, July 25, 2023

Menang Giveaway Gempakstarz Untuk Kali ke (?)



Assalamualaikum, Hello Coconuts!
Sebenarnya cerita menang giveaway Gempakstarz dah lama berlalu. Cuma Cuya sahaja tak share. Cuya rajin juga join giveaway Gempakstarz. Maklumlah, suka sangat komik keluaran syarikat ni .

Contest post bergambar dengan koleksi komik.
Tak sangka menang 🤣
Mungkin diorang tertarik dengan senyuman Cuya yang melebar dalam gambar tu. HAHA

Dapatlah hadiah yang atas tu.
Alhamdulillah
Ada buku nota,poster, kad


Ni menang Contest share quotes daripada buku.
Dapat buku healing, novel dengan sticker.


Ni pula menang Live Gempakstarz. Ada soal jawab.
Dapat merchandise Gempakstarz. Sticker keychain dengan fail.


Semua ni contest Gempakstarz. Seronok join, sebab menang.LOL
Member cakap Cuya jenis bertuah tapi bagi Cuya semua ni datang dengan usaha.
Kalau Cuya tak usaha mesti tak dapat.

Jadi teruskan berusaha dalam kehidupan!
Kelak kejayaan menanti.



Adios Amigos!







Wednesday, March 8, 2023

Menang GA Ciknur ( Hadiah dah sampai!)

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Alhamdulilah syukur ke hadrat Illahi kerana masih diberi peluang untuk bernafas harini. Kadang-kadang kita terlupa akan nikmat yang Tuhan berikan sampai lupa lahirkan rasa syukur. Jadi marilah kita beramai-ramai mengucapkan ALHAMDULILLAH.

Buat pengetahuan semua, sebelum ni Cuya ada join giveaway daripada blogger Ciknur kita. Tak disangkakan Cuya muncul sebagai salah seorang pemenang bertuah. Alhamdulilah, rezeki yang tak dijangka. Orang kata rezeki tak pernah salah alamat, betul tak?

Ni entri Ciknur --> Pemenang GA Anniversary

Dan berita baik, hadiahnya telah pon selamat sampai. Hah... dapat hadiah apa la tu kan? Jom tengok!





Tudiaaa pink kaler hah...Yang peliknya, Ciknur macam tahu-tahu je warna favourite Cuya  pink. Hahaha Alhamdulilah, rezeki! Terima kasih Ciknur sebab anjurkan GA ni.

Jarang-jarang dah ada GA kan. Sesekali ada , menang lak tu. Happy tak terkira. Moga Ciknur dirahmati Allah, dikurniakan rezeki seluas lautan dan langit dan diberi kecemerlangan dunia dan akhirat. Aamin..


Alhamdulillah :)








Followers