Showing posts with label review buku. Show all posts
Showing posts with label review buku. Show all posts

Saturday, April 25, 2026

Buku Tadabbur Terapi Doa Kesedihan yang Terpendam

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Sebelum ni ada lalu lalang di Tiktok Cuya tentang buku Tadabbur Terapi Doa ni . Jadi harga pon tengah murah jadi Cuya pon beli lah satu set 3 buah buku.

Lagi untung beli 3 daripada beli satu.
Sebuah buku ni harga di belakangnya tertulis Rm35. Tapi kalau di TikTok jauh lebih murah .

Cuma Rm19+ jer untuk 3 buah buku. Tapi TikTok dah refund duit Cuya sebab buku haritu ada kerosakan. So kiranya Cuya dapat semua buku ni percumalah. Alhamdulilah...



Cover hitam nampak sangat ekslusif. Tapi kulit buku dia jenis kertas nipis. Jadi memang kena balut kalau nak lindung buku ni daripada kerosakan.




Antara isi doa-doa dalam buku ni . Semua doa bagus dan dipetik daripada ayat Al- Quran.


Antara doa-doanya yang best:


















Gambar ni dari tadi upload asyik senget je tak tahu nape. Korang sengetkan jela phone ya.

Doa dalam ni memang bagus. Kalau kita lepas solat taktahu nak doa apa, hahh pakai buku ni senang. Sambil sambil tu boleh hafal ayat pendek daripada surah al Quran.

Korang yang mana-mana tengah mencari buku doa, Cuya suggest kan buku macam ni.


Tengok dekat cover dia tulis BEST SELLER. Maknaya ramai dah grab buku ni.
Kadang2 doa dia memang yg dah biasa kita amalkan , mungkin kita taktahu kesan daripada doa tu.

Jadi dalam ni ada share maksud doa, kebaikan dan manfaat serta bila ada waktu yang sesuai untuk baca doa tu.

Bolehlah dapatkan di TikTok. Shopee ada jugak kot.

Till then, adios amigos.  👋🏻 

Thursday, November 6, 2025

Review Buku Tuhan Tak Pernah Pergi oleh Iddin Ramli


Bismilah, Assalamualaikum sahabat online Cuya. Kalini intro sopan sikit ehek...

Harini Cuya nak review buku yang tengah hype dekat Tiktok iaitu Tuhan Tak Pernah Pergi oleh Iddin Ramli.

Iddin Ramli ni penulis dan motivator yang popular dalam kalangan anak- anak muda dekat Malaysia ni. Cuya pon merupakan pengikut Iddin Ramli di TikTok. Sebahagian karya Iddin memang ada dalam simpanan Cuya.


Cuya beli kombo Tuhan tak pernah pergi 1&2.

Dapat harga Rm53+

Alhamdulilah abang Cuya yang belanja.
Moga abang Cuya dimewahkan dengan rezeki berlipat ganda


Seperti dalam gambar, buku ni ada tagging.
Penulis dapat inspirasi daripada Al- Quran tagging drpd luar negara

Jadi boleh baca ikut situasi yang kita sedang alami

Sinopsis buku ni


Buku ni ada bahagian,
Tadabbur ayat Quran,
Pengajaran dan refleksi ayat

Serta Pesan2 dewasa

Cuya tak susun tau, just random je gambar











Banyak yang Cuya belajar daripada buku ni. Buku ni penuh dengan motivasi islamik yang memang kena dengan jiwa. Cuya belajar untuk lebih menghargai diri dengan sentiasa bersyukur dengan Allah.

Cuya belajar yang Allah uji kita sebab dia sayang kita, dan Allah sedang siapkan hadiah untuk kita. Kalau bukan hadiah di dunia, di akhirat sudah pastinya.

Buku ni Cuya baca berulang kali sebagai peringatan Cuya. Buku ni mengingatkan Cuya untuk sentiasa ingat aturan Allah itu Maha Baik. Allah dah aturkan jalan cerita kita dengan sebaik-baiknya dan kita cuma perlu follow the flow saja. Dan percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Mungkin kita kata cliche kata kata dalam buku ni, tapi kita memang selalu kena diingatkan banyak kali tentang Allah supaya kita tak lalai dengan duniawi.

Melalui petikan yang Cuya share saja dah menunjukkan betapa ilmiahnya buku ni jadi tak rugi kalau beli. Very recommended! Kalau korang perlukan motivasi hidup, Cuya memang suggest buku ni, sangat bermanfaat.

Cuya takde benda nak review lagi, korang wajib baca buku ni tau.

Nanti ada masa Cuya review buku kedua. Cuya dah habis baca dua2 buku ni.

Till then, adios amigos 💖 






Tuesday, January 7, 2025

Review Tuhan Aku Ingin Hijrah Oleh Adnin Roslan


Assalamualaikum,

Beberapa bulan lepas kawan Cuya, Sabrina ada bagi buku percuma pada Cuya.  Salah satunya bertajuk Tuhan, Aku Ingin Hijrah oleh Adnin Roslan.

Sebelum ni Cuya pernah review buku Adnin juga:

Review Buku Tuhan Aku Ingin Sembuh Oleh Adnin Roslan



Boleh klik link atas kalau nak baca. Untuk entri kalini, seperti tajuk di atas Cuya akan review buku penulisan Adnin Roslan juga.


Buku ini mempunyai ketebalan sebanyak 581 mukasurat. Memang tebal.


Isi kandungan buku ini adalah tentang dosa-dosa yang utama dan menjadi kebiasaan kita sebagai umat Islam lakukan  harian. Dosan besar dan dosa kecil


Selain penjelasan tentang dosa besar dan kecil. Buku ini mengajar juga kita cara untuk tinggalkan maksiat yang kita lakukan


Akan terselitnya puisi penuh dengan nasihat. Kata-kata ringkas tapi padu untuk kita fahami.



Ada juga doa untuk kita hayati dan fahami bagi menembus segala dosa yang pernah kita lakukan.
Sambil membaca sambil berdoa, bagus kan?


Kadangkala dosa yang kita tak perasan, nampak macam simple je tetapi jika secara berlarutan kita teruskan dosa ini, pasti timbangan dosa kita akan berat.


Banyak info dari soal jawab yang kita boleh tahu dalam buku ini. Memang sangat bermanfaat untuk semua umat Islam


Untuk bulan Ramadhan special, sebab ada nota tarbiah seperti nota sejarah untuk kita ketahui.


Setiap penulisan pasti ada rujukan seperti hadis yang sohih untuk kita pelajari.


Banyak istilah yang jarang kita dengar, kita akan jumpa dalam buku ini.


Overall, Cuya sangat suka buku ni. Sebab bila baca je memang terasa kena cucuk  pisau belati dekat dada ni sebab dosaa-dosa dalam ni Cuya mesti pernah buat samada sedar atau tidak je.

Cuya rasa semua umat Islam wajib ada buku ni sebagai rujukan di rumah sebab memang mendatangkan manfaat. Sekarang dekat tiktok pon tengah harga promo. Korang boleh la grab.

Daripada beli benda bukan-bukan, alangkah eloknya sesekali kita beli bahan bacaan sebagai peringatan untuk hari akhirat kelak.

Moga buku ini menjadi pahala yang berpanjangan buat si penulis dan si pemberi. Aamin...








Wednesday, October 30, 2024

Review Buku Tuhan Aku Ingin Sembuh Oleh Adnin Roslan


Assalamualaikum dan selamat pagi buta sudah. hahaha. Malam ni lewat Cuya tidur jadi sengaja nak tulis review.

Sebelum ni Cuya ada menerima beberapa buah buku daripada housmate lama Cuya zaman uni iaitu Sabrina. Sabrina dia up status pasal nak let go buku dia secara percuma jadi Cuya pon pm la dia.


Salah satu buku tu bertajuk Tuhan Aku Ingin Sembuh penulisan Adnin Roslan. Buku tu tebal dan harga pon boleh tahan mahal. Jadi Cuya bersyukur sangat sebab berpeluang untuk baca buku ni memandangkan buku ni memang tengah hype dekat TikTok.




Dalam buku ni dia ada tajuk mengikut bulan, jadi suka hati kita nak baca tajuk apa dulu.


Setiap bulan akan diiringi dengan puisi daripada penulis berkenaan dengan tajuk tertentu.




Kemudian setiap tajuk akan diakhiri dengan kisah2 nabi kita yang saling berkait mengikut topik yang disampaikan.






Bagi Cuya buku ni sangat- sangat bermanfaat sebab topik yang dibawakan juga menarik untuk dibaca. Dan kisah nabi yang tertulis juga membolehkan kita mempelajari tentang nilai kehidupan yang mungkin sebelum ni kita tidak pernah ketahui.


Sebenarnya apa yang nabi kita alami, kita juga turut mengalami situasi yang sama. Maka dengan itu kisah nabi boleh dijadikan pengajaran untuk kita menghadapi masalah duniawi ni.

Bagi Cuya buku ni memang bermanfaat untuk semua golongan baik muda atau tua sebagai tanda peringatan untuk diri dalam kita memperbaiki kehidupan kita. Cuya baca buku ni berulang kali supaya Cuya dapat kaitkan situasi Cuya dengan penyampaian daripada buku ni.

Sesuai dengan tajuk buku ni tentang kesembuhan diri, sedikit sebanyak hati Cuya berjaya disembuhkan dengan kata-kata motivasi dalam buku ni. Bila dah meningkat dewasa ni, buku-buku motivasi macam ni menjadi pilihan Cuya untuk dibaca sebab hidup kita ni memang perlukan kata-kata semangat supaya kita sentiasa bangkit daripada sebarang kelelahan, kepenatan dan kesakitan yang mencucuk diri.

Cuya suka sangat buku macam ni. Memang bagus untuk kesihatan mental juga. Buku yang membawa positiviti akan membentuk diri kita yang lebih baik.

Kalau korang nak boleh la beli kat tiktok Adnin Roslan.

Moga pahala buku ni sampai pada Sabrina 💕



Wednesday, August 2, 2023

Review Komik Muslimah Yang Tercemar Oleh Imanimex





Assalamualaikum semuanya.

Harini Cuya kembali dengan sebuah lagi komik motivasi yang bertajuk Muslimah Yang Tercemar penulisan Imanimex. Sudah beberapa hari lepas Cuya membacanya , baru sekarang sempat untuk menulis review berkenaan buku ini.

Mengisahkan tentang seorang gadis yang telah lama dinodai oleh seorang lelaki yang dia anggap sebagai keluarga sendiri. Ianya berlaku tanpa dia sedari sehinggalah akhirnya dia tahu apa yang dialami olehnya selama ni adalah satu kesilapan. Dia membesar dengan hidupnya penuh rasa takut, banyak menjauhi orang lain dan rasa malu dengan dirinya kerana merasakan dirinya begitu tercemar dan tidak layak untuk bergaul dengan sesiapapun.

Melalui komik ini, sedikit sebanyak Cuya dapat rasakan bagaimana traumanya seorang perempuan apabila mengalami situasi sebegini. Mungkin tidaklah kita fahami mereka sepenuhnya, tapi seandainya kita dipertemukan dengan seseorang yang mempunyai masalah sebegini, kita tidak layak menghakimi dia. Hakikatnya, kita semua manusia diuji dengan pelbagai perkara yang sukar untuk dielakkan.

Kita sebagai kawan atau keluarga kepada mangsa perlulah memainkan peranan dalam memahami situasi si mangsa. Bukan senang untuk seseorang melarikan diri daripada trauma yang mencengkam diri. Sesungguhnya itu adalah titik hitam dalam setiap mereka yang pernah menjadi mangsa.

Kita cukup jelas sebenarnya perempuan dicipta untuk dilindungi oleh lelaki, bukannya dinodai dan diratah hidup-hidup. Disebabkan itu setiap manusia, ibu bapa , adik beradik, dan tidak lupa juga kepada guru-guru perlulah memainkan peranan mereka dalam mendidik anak-anak tentang kepentingan menjaga diri sendiri dan memberitahu anak didik terutamanya perempuan untuk lebih berhati-hati dengan dunia luar yang kini penuh dengan pancaroba.

Melalui komik ini, Cuya fahami bahawasanya menjadi seorang perempuan itu tidak mudah. Malah menjadi lelaki yang menjaga nafsunya juga tidak mudah. Manusia sering kalah dengan nafsu. Tapi bagaimanakah ingin kita mengatasinya? Dengan berpuasa juga kita mampu melawan nafsu kita. Meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah pasti juga akan membantu kita melawan nafsu yang selalu mudah bermaharajalela dalam diri kita ini.

Dalam komik ini juga ada selitkan permasalah tentang menyukai jantina sejenis yang jelasnya diharamkan oleh Allah. Komik ini sememangnya menegaskan bahawasanya menyukai jantina sejenis itu adalah dilarang sama sekali dan kita perlulah sebaik mungkin untuk kembali kepada fitrah asal kita.

Moga Allah akan sentiasa melindungi para wanita di luar sana. Sesungguhnya ujian yang mendatang akan meningkatkan lagi darjat kita di syurga kelak inshaAllah.




Boleh dapatkan komik-komik ilmiah seperti ini di https://shopee.com.my/daiekreatif.v



Sunday, July 16, 2023

Review Buku Letters From My Heart Vol II




Assalamualaikum, Hello coconuts!

Cuya baru sahaja selesai membaca buku Letters From My Heart Vol II daripada influencer kegemaran Cuya iaitu Aisyah dan Abang Alif. Sebelum ni Cuya ada review buku yang pertama, Letters From My Heart . Korang boleh la klik link kalau nak baca.

Berbeza antara Vol I dan Vol II adalah dari segi tema pengisian buku ini.

Vol I - General
Vol II- Persahabatan, percintaan dan perpisahan.

Vol II lebih menyentuh hati Cuya sebab tersangat kena dengan situasi Cuya. Cuya putus cinta dan kehilangan kawan. Cuya sangkakan kehilangan kawan tidak akan sakit, namun ianya jadi lebih teruk selepas membaca buku ini. Lagi sakit kehilangan kawan daripada kehilangan kekasih.

Lagi-lagi bila Cuya membaca buku sambil mainkan lagu piano yang sedih di youtube. Tiba-tiba sahaja air mata jatuh menyembah bumi. Aaahhh sudahh. Nasib baik Cuya masih mampu mengawal emosi dan tidak mengeluarkan esakan tangisan. Kalau tidak malu didengari ibu. Nak nangis pon kena pandai cover tau!

Orang kata, kalau kita membaca atau mendengar apa-apa sahaja yang berkait rapat dengan kita, kita akan jadi lebih emosional. Ibarat kita tengah sedih, kita dengar lagu galau yang mendayu-dayu. Lagi sedih! 







Sebahagian kata-kata dalam buku ini.

Kata-kata dia nampak simple tapi kalau kena pada situasi memang sakit terasa dalam di sanubari. Bagai dihiris pisau belati! Dia sedih tetapi pada masa yang sama dia memberi motivasi yang tinggi pada Cuya untuk move on daripada masa lampau. Ada juga terselit ayat daripada al-Quran.

Kita nak sedih, sedih juga. Tapi janganlah lama-lama. Cukup sekadar untuk melepaskan dan melegakan hati kita. Manusia mana yang tidak merasakan kehilangan dalam hidup? Semua orang merasakannya. Lainlah kalau kita memang hidup sendiri dan tidak mempunyai kawan atau tak pernah ada pengalaman bercinta. Mungkin dia kehilangan perasaan barangkali.

Apa-apa pon buku Vol II ini juga bahasa Inggerisnya mudah, malah lebih mudah daripada Vol I. Kalau di Vol I Cuya berjaya mencari 31 kosa kata bahasa Inggeris yang baharu, di Vol II hanya ada 8 je kosa kata yang baru pada Cuya. Bagi Cuya, orang yang ada asas bahasa Inggeris  boleh fahami dengan tersangatlah mudah.

Dictionary Cuya untuk buku Letters From My Heart Vol II

Alhamdulilah, Cuya puas hati dengan buku ni. Berbaloi-baloi la untuk seketul Cuya baca. Baca buku ni sekejap je dah habis pembacaannya. Lagi-lagi kalau orang dah biasa baca laju, ayat pulak pendek-pendek.

Cakap banyak pon tak guna, korang kalau nak tahu lebih lanjut kena baca tau. Beli je kat Tiktok bila Hijanah buat live. Murah dan berbaloi. Kalau taknak beli time live pon takpe, beli je sementara stok masih ada.


Sekian sahaja review Cuya. Nantikan next review! (Kalau ada masa la...eheks )
Adios amigos!







Followers