Showing posts with label Origami 3D. Show all posts
Showing posts with label Origami 3D. Show all posts

Thursday, February 20, 2025

Origami 3D Selepas Bertahun

Assalamualaikum, Hello Coconuts!


Setelah 3 hari berhempas pulas , akhirnya Cuya siap juga projek Origami 3D. Dah bertahun Cuya tak buat.Uish mencabar nak buat. Cadangnya nak buat yang besar, last2.... tengok lah apa kejadiannya.

Konon plan awal nak buat burung hantu, lepastu terus confuse nak buat apa sebenarnya. Hahaha

BTW, korang dah join belum Giveaway Cuya? Jemput join tau!



Dah berzaman  Cuya tak share pasal Origami 3D. Kalau korang nak tengok hasil lain, boleh klik pada tab di blog Cuya bahagian CREATIVE THINGY.

Baca juga : ORIGAMI 3D

So , berbalik pada cerita harini. Cuya dah siapkan satu origami  3D yang taktahu la apa kejadiannya. Mari saksikan!




Marilah melipat bumi... Eh melipat kertas.


Potong beratus-ratus kertas kecil. Hanya orang yang kuat semangat saja boleh buat ya! Bukan orang yang kuat makan tau XD


Maka lipat lah beratus kertas kecil tu berbentuk sebegini.


Lepastu cantum2 kan badan dia...


Ulang step untuk kertas cream lak


Siappp!
Yang putih tu  tak bercantum ya  ...origami ni takde tangan


Cuya tanya ibu,

"Ibu, ibu rasa ni apa?"

"Burung hantu"


Hermmm mengikut plan asal memang Cuya nak buat burung hantu, tapi kan dah tukar plan.

Menurut ayah pulak ini adalah anjing . HAHAHA


Sekarang nak tanya korang lakkkk


Menurut korang ini apa? Gunakan imaginasi korang!












Saturday, July 18, 2020

Origami Trishaw Ala Cinderella Carriage (Aku Gagal??)


Assalamualaikum,Hello Coconut! Gosh berhabuk weiii sini! Hahaha...Lama sudah Cuya tak upload,ada lagi ke yang sudi singgah? Apapon Cuya dah selesai semester kedua! Alhamdulilah...nak tunggu result je....ish seram noks!

Dan yang paling penting,Cuya kembali dengan karya baru...ehem...tapi...tula..

Cane nak cakap ek...karya ni...erm...ermmm

GAGAL!!

tapi takpe,walaupun gagal,Cuya gagahi diri juga nak tunjukk korang.Takpe,gagal sekali tak bermakna gagal selamanyaaaaa. Ya dok? Hehe..


I present to you,my Origami 3D Trishaw Ala2Cinderella Carriage... (panjang nau nama)








(Ce tengok background laptop,nampak apa2 tak? hehehe)





Ya,Cuya tahu tak cantik mana...but...Cuya dah usaha.. (tapi kurang hahaha)

Cuya akan cuba buat yang terbaik next time!


Next, Cuya share karya lukisan abstrak yang baru Cuya buat malam ni. Yang trishaw ni pon baru siap harini...





Aku ingin sendiri,
Jauh daripada manusia,
Aku ingin sendiri,
Membenam jiwa dan raga,
Aku ingin sendiri,
Mengendong rahsia,
Yang alam semesta tak ketahui,
Angin bawa aku pergi,
bilang pada langit aku ada disini,
Menanti sesuatu yang tidak pasti,
ku bilang benda yang sama,
aku hanya mahu sendiri.


Lukisan ni macam orang stress je kan...stress buat origami.kekekek..
Takdelah..Cuya kalau lukisaan macam ni pakai bedal je...jadi tak jadi belakang cerita,
janji main kaler2...

Okay,till next post.Cuya dah ada idea nak post pasal apa,,,
macam nak buat haul..kita tunggu eh!



Followers