Followers

Saturday, December 29, 2018

Jom Tempah Hotel Bersama Traveloka!








Asyik-asyik cuti kat luar negara or negeri je. Bila kita nak bercuti kat tempat yang dekat ngan kita? Korang pernah rasa macam taknak pergi jauh-jauh tapi nak duduk dekat hotel yang ada swimming pool, takyah pikir untuk mengemas, makan pun takyah masak. Cuma kena spend duit sikit je dan book hotel in Kuala Lumpur melalui Traveloka je. Haa mesti korang pikir camtu kan. So aku nak listkan sebahagian hotel yang interesting untuk korang stay kat KL. Korang yang duk luar KL pun boleh try stay kat hotel-hotel yang akan aku suggest ni.
Parkroyal Kuala Lumpur ni ialah hotel 5-bintang yang dikendalikan oleh Pan Pacific Hotels Group, terletak di tengah-tengah business centre, pusat membeli-belah dan entertainment di Kuala Lumpur. Jarak dia 45 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan hanya beberapa minit dari Pusat Bandaraya Kuala Lumpur (KLCC). Bilik kat sini pun comfortable dan bersih sesuai untuk pembersih. Customer service pun 5 star punya service. So kalau rasa nak betul-betul selesa korang boleh try hotel ni.




Parkroyal Kuala Lumpur
                                               
           


Bilik di Parkroyal Kuala Lumpur

                                                


Tempat untuk makan buffet di Parkroyal Kuala Lumpur



Satu lagi hotel 5 bintang kat KL ni ialah Majestic Hotel Kuala Lumpur yang dibina pada tahun 1930-an dan disenaraikan sebagai salah satu hotel paling hebat kat Asia Tenggara. Daripada korang check in sampailah korang nak check out nanti staff hotel akan memberikan servis yang tiptop. Front desk sentiasa akan ada untuk tolong korang just in case kalau korang ada masalah. Kat hotel ni juga ada spa untuk sesape yang nak massage. Ada jugak gym dan swimming pool. So alang-alang korang kat sini nanti try la semua baru tak rugi.


Majestic Hotel Kuala Lumpur



Bilik di Majestic Hotel Kuala Lumpur



Kolam renang di Majestic Hotel Kuala Lumpur




Menghadap Petronas Twin Tower dan bersebelahan dengan KLCC, Grand Hyatt Kuala Lumpur adalah sebuah hotel mewah bertaraf lima bintang yang terletak di tengah-tengah shopping centre dan entertainment Golden Triangle. Ada lebih kurang 411 bilik tamu termasuk 42 suite, terkenal jugak sebagai salah satu tempat yang paling banyak menerima booking di KL ni. Boleh buat event sebab kat hotel ni ada facilities untuk buat apa jenis event pun. Ada 3 restoran yang boleh offer makanan yang original, sedap dan boleh sendawa lepas makan. haha. Boleh relax di Spa, mandi swimming pool yang dikelilingi oleh kehijauan tropika atau lepak gym yang ada complete set untuk fitness. Macam best kan.



Grand Hyatt Kuala Lumpur



Bilik di Grand Hyatt Kuala Lumpur


Kolam renang di Grand Hyatt Kuala Lumpur



Direka untuk memenuhi keperluan business dan pelancong yang mencari penginapan, The Gardens-A St Giles Signature Hotel & Residences, panjangkan nama dia? Hehe. Terletak di tengah tengah Kuala Lumpur yang vibrant di kawasan The Gardens, Mid Valley City. Lokasi strategiknya dicampur dengan layanan mesra Malaysian style akan mengubah penginapan hotel biasa korang menjadi pengalaman yang benar-benar best. 647 bilik hotel utama dengan 448 guestroom yang elegan di The Gardens Hotel dan 199 serviced residence di The Gardens Residences memberikan keselesaan yang menyeluruh dengan decor yang direka dengan baik dan ada elemen kontemporari. Privasi terjamin untuk korang kerana terdapat pintu masuk dan lobi yang berasingan untuk setiap akses. The Gardens-A St Giles Signature Hotel & Residences merupakan hotel pertama di Malaysia untuk menawarkan persekitaran non-smoking di seluruh bilik dan kawasan tertutup.






Gambar-gambar pemandangan di dalam dan luar The Gardens-A St Giles Signature Hotel & Residences

Connected dengan The Gardens Mall, ia dikelilingi oleh tempat membeli-belah yang mempunyai nama-nama yang popular seperti Robinsons, Isetan, Premier Golden Screen Cineplex serta lebih daripada 200 butik berjenama dan international office di The Gardens North & South Towers. Tak dinafikan, Mid Valley City, Kuala Lumpur merupakan salah satu destinasi kegemaran Malaysian yang ada banyak aktiviti rekreasi, perhotelan, bisnes dan pejabat yang paling menarik di Asia Tenggara. The Gardens-A St Giles Signature Hotel & Residences adalah pilihan yang bijak dan penuh dengan inspirasi.


Atas ni antara hotel-hotel yang ada kat KL ni yang mewah dan make sure experience korang awesome dan tak merugikan. Dont forget guys, book hotel yang korang nak stay di Traveloka. Confirm puas hati.





Monday, December 24, 2018

Giveaway The Berkat Di Mialiana.com



The Berkat (theberkat.com) ialah portal yang berkongsi pandangan tentang pendidikan dan kerjaya untuk golongan B40.

Siapa itu golongan B40?
Golongan B40 atau Bottom 40 ialah golongan yang ‘struggle’ untuk hidup. Mereka ini golongan yang berpendapatan 40% terendah di Malaysia, dengan purata gaji seisi rumah sebanyak RM3,860 sebulan.

Kenapa bantu B40?
Cara terbaik untuk keluar dari kesusahan hidup dan kemiskinan ialah dengan ilmu. The Berkat ingin melihat golongan B40 berjaya dalam pendidikan supaya mendapat kerjaya yang bagus.

Contohnya dalam pendidikan, The Berkat berkongsi cara untuk fasih berbahasa Inggeris, tips menghadapi UPSR dan PT3, tips untuk berjaya dalam SPM, permohonan SBP, permohonan MRSM serta permohonan UPU.


Sekadar berkongsi perkara-perkara yang bermanfaat. Tak apa duit tak banyak, janji rezeki berkat.




Giveaway ini dianjurkan oleh TheBerkat.com dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM300 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.

Read more: http://www.mialiana.com/2018/12/giveaway-the-berkat-di-mialianacom.html#ixzz5abT0jrm8



Giveaway ini akan berlangsung dari 15/12/2018 sehingga 11.59 malam 30/12/2018

Friday, December 7, 2018

DAPAT HADIAH DARIPADA KAK SHA


Assalamualaikum...nasiblah Cuya tak terlupa pasal pemberian hadiah daripada Kak Sha
Kak Sha memang baik,sebab selalu share hadiah dengan blogger..tak sangka saya pun terima.hehe

Saya mendapat sebuah novel dan sticker yang comel lote gitu...i love it!





Rasa sayang nak buka plastik novel tu..hahahah Apa apa pun terima kasih Kak Sha!Jemput lawat Kak Sha sebab dia banyak share tentang buku dan movie :D

http://kasihkuamani.blogspot.com (<-klik link ni  :D)