Followers

Sunday, February 12, 2023

I'm Coming Home : Malaysia Heritage Studios Melaka

Assalamualaikum, Hello Coconuts! Kelapa- kelapa kesayangan Cuya.  HAHA 🀣

Dah jam 2.17 pagi bersamaan 13 Feb Cuya menaip entri ni. Mata masih belum mengantuk sebab dah meneguk secawan kopi ais. Cuya memang hantu kopi guys. Kopi for life!

Ikutkan hati nak taip entri baru esok saja, tapi diri terlebih excited dan takut lupa tentang apa yang terjadi pada 12 Feb 2023 iaitu semalam la kan?

Bagi yang pernah membaca entri Cuya sebelum ni, Cuya ada beritahu yang Cuya pernah intern di Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park. Baca DISINI .

So ceritanya, Cuya dan beberapa rakan - rakan intern lain ( nuril, shira, ijaa, ariff, syikin, pizan,daniel) telah kembali ke pangkuan Mini Malaysia atau nama barunya MALAYSIA HERITAGE STUDIOS MELAKA. Macam kembali ke tempat kami pernah menetas. HAHAHA
 
Tapi sebelum tu kami sarapan dulu. Eh makan perlu diutamakan berbanding benda lain. Eheks!

Pagi- pagi dah minum teh ais. Eee sungguh tidak sihat seketul Cuya!

Pekena roti sardin satu kali. Nyum!

Globe depan pintu masuk macam dekat Universal Studio Singapore kan?






Cantik kan pintu masuk? Gambar kredit pada kawan- kawan intern yang ambilkan gambar. Kamera Cuya tak berapa nak ngam. Hehe

Harga tiket Malaysia Heritage Studio

Dewasa : RM45 seorang
Kanak-kanak : RM35 seorang
Warga emas : RM35 seorang
OKU : RM30 seorang

Non-Malaysians/ Bukan warganegara
Dewasa : RM72 seorang
Kanak-kanak : RM56 seorang
Warga emas : RM56 seorang


Rumah first which is rumah Perlis. Jauh bezalah dulu dengan sekarang. Dulu rumah nilah kami bermain congkak, melepak dan menjual batik untuk diwarnai. Memori sungguh!

Ni gambar sebelum Rumah Perlis renovate. Pengunjung sedang bermain congkak.

Ni Cuya masa tengah jaga batik painting depan rumah.

Ni masa ijaa first time jadi model minyak wangi. Meletops kau ijaaa 🀣



Dalam ni ada patung busana yang boleh dipusingkan seperti patung dari kotak muzik. Sayangnya Cuya tak ambil gambar sebaliknya terlalu teruja untuk ambil video dan memusingkan kunci untuk menggerakkan patung.


Sekarang dinding yang Cuya jaga batik painting tadi dihiasi dengan cermin yang cantik- cantik. Banyak gila cermin, sempat jugalah Cuya ambil video.


Seterusnya rumah P. Pinang. Sebelum ni rumah ni tak dicat macam ni. Dulu warna asli kayu.


Ni lah tangga yang sama tempat kami posing dulu2 untuk bergambar. Alahai rindunyaaaa πŸ₯΄

Dulu salah seorang intern , Shira dia ada buat servis lukis inai. She is sure talented!

Salah seorang customer. Kadang-kadang bila Ijaa takde untuk teman Shira, Cuya akan ganti. Sempat jugalah bergosip dengan Shira. Well, perempuan kannn. Eheks! Sambil sambil tu Cuya promote inai polish by Kak Lin , girlfren pengurus kitaorang. Habis tau kitaorang jual. Memang pandai pandai je Cuya bermanis mulut buat marketing. Ahaks!

Btw Cuya customer pertama Shira, kalau nak tengok hasil inai tu boleh tengok di entri yang Cuya dah link di atas tadi. 


Ariff dah kerja buat jalan tar. Dia tengah part time tu, jangan dikacauu



Wahhh ada kerja kosong. Memang sesuai la ni dengan Cuya. Tapi berat 56 kati tu macam nak kira berat ayam je. Siapa perasan board ni dalam cerita apa? P.Ramlee!


Rumah ni dihiasi dengan perhiasan berkaitan dengan cerita P.Ramlee sehab allahyarham dilahirkan di P.Pinang.


Di dinding ada dihiasi dengan poster lama cerita P.Ramlee.




Muzik yang dimainkan dari radio pon lagu-lagu klasik lama.







Ni kitaorang masuk rumah Kedah. Dulu rumah ni pon tak dicat macam ni.
Kami disapa dengan bunyi tangisan bayi. Ingatkan anak pengunjung yang datang, rupanya memang ada buaian bayi di pintu masuk.

Ni buat kali ketiga Cuya taip benda sama. Blogger ni macam biul je asyik hilang apa benda yang Cuya taip.Ya Allah dugaan.

Masuk je pintu kedua,WOW AMAZING! Sekitar dalam rumah Kedah dihiasi lampu padi berwarna kuning sepanjang jalan. Sesuai sangat spot untuk bergambar. Al Maklum la Negeri Jelapang Padi.


Nasib baik tak runtuh buaian Cuya naik. Eheks.


Ada lagi spot bergambar yang lawa. Ala-ala lampu lantern gitu.





Ariff tengah feeling-feeling menerima cahaya cinta Nur Kasih. 






Next rumah Perak. Pon sudah dicat.

Di depan Rumah Perak dihiasi dengan Horse Carriage ala-ala princess dan prince naik.
Nuril berlagak sebagai watak kuda tunggangan. HAHA

Ariff jadi photgrapher tak berbayar. Daniel posing acah putera kayangan.

Jalan menuju ke Rumah Selangor dihiasi dengan WAU.


Rumah Selangor. Rumah paling besar di sini.

Dalam ada hiasan lampu2 yang bertukar warna.

Dah bertukar menjadi bendera Malaysia.

Ada juga spot bergambar dihiasi dengan bunga raya. Lawa kan?


Ada rukun negara. Pizan jadi model tak berbayar.

Bendera-bendera Malaysia turut ada dalam ruangan ni.

Ada LCD memainkan video Malaysia.



Pizan bangga menjadi anak Melaka.





Rumah negeri Sembilan masih dalam renovation.


Rumah Melaka.













Kami sedang menonton sejarah Melaka yang ditayangkan di dalam Rumah Melaka.




Menuju ke Rumah Johor ada kuda kepang tergantung di jalanan.
Ada  juga beberapa rumah yang kami tak dapat masuk, Cuya lupa nak tangkap gambar. Maklumlah dah syok berjalan, lupa semua benda. Eheks!





Masuk ke rumah terakhir iaitu rumah Sabah. Vibe dia macam seram-seram gitu, tapi Cuya tak takut pon. Ceh!







Kami di pentas Teja menyaksikan persembahan tarian tradisional.


Sempat juga kitaorang menari dangdut dan juga tango. Ada video je, gambar takde pula. Hehe


Kalini masuk tarikan di sini iaitu maze untuk tengok patung-patung mitos di Malaysia.











Kemahen suka si Ijaa.

Patung-patung sini sebahagian besar semua boleh gerak- gerak.







DO.RE.MI



Sempat kami berjumpa dengan pengurus lama kami Abang Daryl dan juga buah hati abang Daryl, Kak Lin. Kami disambut dengan layanan mesra bersama cerita-cerita daripada mereka berdua. Rindunya!


Diorang sempat main Atv. Cuya taknak, sebab memang tak geti press ATV ni. Sebab Cuya kan tak geti bawa motor. Ngeh3.




Abang Daryl dengan Kak Lin belanja makan. Alhamdulilah rezeki. Moga dimurahkan rezeki untuk mereka berdua.



Sebelum keluar kitaorang pergi kedai souvenir .


Cantik betul mangkuk tingkat dia. Ada saiz besar dan kecil.


Member syok la shopping.




Gambar memori kami bersama. Macam family photo je gayanya.
Harga RM55, tapi nuril yang bayar selebihnya. Kami tong2 singgit dua je. HAHAHA
Memang masa mula-mula masuk tu ada ruangan bergambar bersama patung lilin tapi tidak dibenarkan tangkap gambar dalam tu menggunakan fon.

Perasan tak dalam gambar-gambar ni, Cuya sorang je warna pink terang nau. Kekeke
Tapi masing-masing ada warna biru gitu, macam dah janji.

Cuya hargai setiap memori bersama. Pada asalnya Cuya tak mahu pergi atas beberapa kekangan. Tapi dipujuk oleh rakan-rakan intern Cuya pon berfikirlah. Bila lagi aku nak create memori dengan diorang kan? Akan datang manalah tahu Cuya busy pulak kan.

Akhir kata, terima kasih kepada semua rakan-rakan intern terutamanya kepada Daniel yang plan benda ni dari awal. Tanpa korang , Cuya tak tahu erti keseronokan dan kegilaan. InshAllah ada rezeki akan datang boleh jumpa lagi tapi tunggu Cuya kumpul duit la eh. Ngeh3.

Jangan lupa, kredit sebahagian besar gambar-gambar di atas oleh rakan-rakan intern Cuya.



Terima kasih, arigato gozaimase, Xie Xie, Nander, Muchas Graseas!

Till the next entry, adios amigos!


p.s- Kaki Cuya dah sakit sebab asyik jalan je. Habis lenguh-lenguh. Nampak nau lama dah tak jalan. Haha



32 comments:

  1. wah..bestnya, plus extra seronok coz jenjalan & spend masa ngan kengkawan. memori tu yg mahal tu

    ReplyDelete
  2. Yang sebelum renovate pun sis tak pernah pergi..apa2 pun kreatif!!! Boleh jadi new attraction.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. Memang jadi tarikan baru di Melaka ni. Next time sis bolehlah pergi

      Delete
  3. Sedapnya teh ais tu. Tempat tu pun menarik :)

    ReplyDelete
  4. Wooww best ni, kena visit ni nanti. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  5. Salam kenal Cuya πŸ€—
    Banyak beza skrg ni ye... PH gi mini Malaysia tahun 2004 ke 2005 dulu kot haha...
    Nanti ke Melaka bolehlah bawa anak⁴ ke sini, byk yg boleh dipelajari & dikenali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal PH. Lama jugak tuu
      Ya dah jauh beza dah.. nanti datang la 😊

      Delete
  6. tekozut den tgk globe tu. igt kan USS dah pindah ke melakaπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuya masa nampak dulu pon terkejutt. Dasyat πŸ˜‚

      Delete
  7. gempak sihh..ada globe mcm USS....menarik konsepnya...rumah2 di malaysia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah dia inspired punya... hehehe dalam memang cantik2

      Delete
  8. https://belogsjm.blogspot.com/2023/02/la-gourmet-hydration-bottle-giveaway-by.html

    ReplyDelete
  9. menarik sangat ni...boleh la masuk dalam list jln2 nanti ni,akak belum pernah sampai sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah wajib pergi kak... hehe sesuai utk bergmbr banyak2

      Delete
  10. bestnyaaa! zaty rasa zaty dah jumpa tempat yang zaty nak hangout nanti hehehe. cantikk-cantik gambarr!

    ReplyDelete
    Replies
    1. marila datang! Spot yg cantik untuk bergambar :D

      Delete
  11. yang sebelum tukar nama pun tak sempat pergi tau.. haha.. tq share

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jemput datang kak ke Melaka..sesuai untuk bergambar ^^

      Delete
  12. Juni saya memang plan ke KL dan Penang. Rasanya jadi nak masukkan Melaka ke dalam ITIN πŸ˜„. Baguuus tempatnya cuya πŸ‘. Ini bisalah untuk mengajarkan anak2 saya nanti tentang rumah2 tradisional di Malaysia

    ReplyDelete
  13. Sebelum ni dah pernah datang 2-3 kali masa jalan-jalan di Melaka. Cuma time tu dah tutup renovation. Sebab teringat masa kecil-kecil dulu pernah datang sini. Cuma tak sure dulu apa nama tempat ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu namanya Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park. Dah jauh beza dah sekrg

      Delete
  14. Wahhhhhh dah cantik dan menarik tempat ni sekarang. Last sekali pergi tahun 2010 kot. Kena pergi Melaka nampaknya ni

    ReplyDelete
  15. dari dulu mmg mama suka sgt rumah melaka.. best cantik2 tempat ni buat amik gambar

    ReplyDelete