Assalamualaikum, Hello Coconuts!
Memandangkan sudah beberapa hari hanya memasak di rumah untuk berbuka puasa, harini ibu tukar angin. Ibu suruh Cuya pergi ke bazaar Jasin berdekatan dengan rumah Cuya.
Ibu suruh singgah kedai saudara kami disana. Tapi bila sampai sana cari-cari kedainya takde.
Kusangka panas hingga ke petang, rupanya petang tadi tiba-tiba hujan. Alhamdulillah Cuya memang sudah sediakan payung sebelum hujan. Hujan punyalah lebat sampai stokin Cuya pon habis basah.
Cuya pergi tawaf satu bazaar tu sebab nak cari kedai saudara Cuya. Tak jumpa² orangnya. Jadi Cuya pon pergilah kedai lain. Dapatlah beli apa ibu nak.
Muka bila
'Apaaaa?? Hujan?? Tidakkkkkkk'
Beli 2 laksa. Satu Rm6
Pengat , satu Rm5.50
Air tembikai Rm4
Ibu terkejut harga mahal. Dia kata kalau camni tak boleh hari² makan luar.
Yalahkan, apa je tak mahal sekarang.
Moga kita semua dimurahkan rezeki berpanjangan. Aamin ya Rabb
Cuya masak sambal ayam malam ni untuk sahur esok.
Korang sahur apa tu?
Dekat Sri Gombak ni pun dah 2 hari berturut² hujan. Alhamdulillah sejuk sikit cuacanya.
ReplyDeleteIye Cuya, semua mahal² skrg :(
Alhamdulillah takdela panas kan.
DeleteIya takde yang murah huhu
Kat Nilai pun hujan.... dengar nya PD banjir pagi ini...
ReplyDeleteAllah.. moga orang PD selamat la
Deletetak de yg murah la zmn sekrg ni
ReplyDeleteBetul3 huhu
Deletedekat Selayang malam tadi hujan jugak, tapi tetap panas...pagi nie gelap je, nak hujan kot...
ReplyDeleteTengah musim ke ek?
Deletex der yang murah sekarang ni dik...masuk toilet pun charge RM1...tu pun toilet biasa2...
ReplyDeleteHaah ek, toilet pon mahal sekarang.. aiyoyo
Deletesemua memang mahal. baru 1 hari pergi bazar hehehe. yang lain masak je la kite , jimat sikit. selamat puasa tahun ni macam tak bernafsu dekat makanan. yang penting makan . hahhaa
ReplyDeleteKann yg penting dapat makan Alhamdulillah hehe
Deletesahur buat mee goreng je. tu pun tak habis anak-anak makan.
ReplyDeleteAlhamdulilah sedap gak tu
DeleteBila tengok harga barang mahal. Uncle rasa harga diri uncle je yg makin murah 😆
ReplyDeleteHAHAH uncle ni melawak pulak XD
DeleteSesekali memang teringin nak ke Bazar kan..tapi tu la tak boleh selaluðŸ¤
ReplyDeletebetull.. kalau selalu kopak laaa hahaha
DeleteSesekali memang teringin nak ke Bazar kan..tapi tu la tak boleh selaluðŸ¤
ReplyDeleteNampak sedap sambal ayam Cuya masak.
ReplyDeleteMemang. Semalam pi pasar ramadan beli nasi lauk ikan keli, RM10. Tak beli dah la. Baik masak sendiri.
Alhamdulilah...
DeleteHarini Cuya beli lauk siput sedut sahaja, RM10 hahaha
Tapi memang Bazaar ramadhan selalunya mahal cuya. Mungkin mereka sewa tempat juga kan.
ReplyDeleteYa memang mahal, mungkin jugak tapak perniagaan mahal kan
DeleteTulah, dia time pagi smpai tengahari tu terik gila. Pastu dan2 timing balik kerja, hujan daa. Kita ni dahla bawak motor
ReplyDeleteKan.. tiba2 sangat
Deletemknn kt bazar mmg mahal... sy bli pun sbb teringin nak rs...
ReplyDeletelately hujan x menentu...
Yup betul.. memang mahal
DeleteOklah air tembikai rm4
ReplyDeleteKalau nak buat sendiri pun leceh
standard harga air... semalam beli air mangga rmm7 satu bekas tapi berbaloi la sebab sedap
Delete