Tuesday, March 4, 2025

Cerita bulan puasa

Assalamualaikum, Hello Coconuts!


Bulan puasa adalah bulan yang bukan kita duduk diam je. Macam Cuya harini dah kena pasang langsir. Bercinta ler nak pasang langsir sebab kita punya langsir jenis lama kena masuk besi. Tu pon baru pasang satu dekat sliding door. Pasang sikit-sikit.


Togel dah pintu sliding 



Cuya pakai langsir jenis masuk besi. Tu  amik masa nak pasang langsir. Menangis la hai 

Dahlah kena gosok, pastu masuk besi lagi. Siap dapat bebelan daripada ibu lagi   hahaha XD

Orang nak pasang langsir je buu, janganlah bebel kat kita. Puasa ni haha
Mak-mak memang tak sah kalau tak bebel, penat nak dengau =P


Petang lak masak untuk buka. Ibu masak nasi goreng, Cuya masak sambal tempe dengan sup sayur.
Masak simple je sebab makannya berdua. Ayah berbuka dekat masjid


Proses memasak sup sayur


Hasil sambal tempe. Teringin makan sambal tempe sebab nampak Kak Suria Amanda  share dekat blog.
Kita pulak memang suka sambal tempe. Ni kali pertama masak sendiri


Bahan-bahan  :

Bawang merah 3 ketul
Sambal blend
Tempe
Ikan bilis
Gula Melaka
Garam
Asam keping kecik je


Sup sayur dah siap. Pakai sayur kobis je dan hirisan ayam

Ibu kata "Apa kadun asik tangkap gambar je"

Dia taktahu ke anak dia blogger acah retis. Hahaha
Cuya cakap la, mestilah sebagai ingatan Cuya memasak harini


Tadi baru siapkan tempahan keychain.
Comel tak?

Ni mushroom

Sesiapa yang nak order bolehlah pm Cuya. Harga murah-murah sahaja. 
Mari sapot small bisnes saya hehe :D




18 comments:

  1. Awal dah pasang langsir.. Betul nak raya ni.. Hehe.

    ReplyDelete
  2. Mak2 memang gitu cuya. Layankan je nanti sampai 1 masa kita rindukan bebelan tu. Rindu arwah mak akak 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula.. mesti rindu kan. Maka biarin aja ibu membebel hehe

      Delete
  3. Tak suka pasang langsir yg masuk besi tu!

    ReplyDelete
  4. Awal dah pasang langsir.... semangat betul Cuya....
    Selamat berpuasa..... berselera tengok lauk-lauk tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah... awal la sebab ibu suruh.. hahaha...semangat!

      Delete
  5. Nice..Ehhhh...Perler beads tu sy ade bykkkk dkt rumah ni.. =)

    ReplyDelete
  6. bercinta nak psg langsir jenis besi ni hehe

    ReplyDelete
  7. terhibur mama baca posting cuya.. sedap nampak sambal tempe tu

    ReplyDelete
  8. memang tabik lah, langsir siap iron lagi...
    kak linda selalunya suka setelkan semua sebelum puasa..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus la kak linda... Cuya asik tangguh, tu pasal bawa ke bulan puasa hehe

      Delete
  9. rumah ammi pun langsir pesen masuk besi gini..mujur bukan tugasan ammi utk pasang. ahaks

    ReplyDelete
  10. Sambal tempe saya juga sukaaa. Tp kalo di sini sambel tempe biasa pakai kencur. Khas kota bandung yg selalu pakai kencur

    ReplyDelete

Followers