Sunday, April 12, 2026

Menerima Kunjungan Raya Sahabat Diploma

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Rabu bersamaan 8 April sahabat zaman diploma Cuya datang berkunjung ke rumah Cuya untuk beraya.

Walaupun raya sudah lama berlalu tapi tetap Cuya sambut baik kedatangan mereka.




Tetamu pertama ialah Kak Wawa yang kini dia menetap di Jasin juga. Sebelum ni Cuya dah pernah mengunjung rumah lama dia di Jasin Bestari.

Kalini sudah kali kedua Kak Wawa datang ke rumah Cuya. Tapi sayang sekali Kak Wawa tak dapat jumpa lagi seorang kawan diploma kami pada hari yang sama dek kerana jemputan makan makan oleh makcik suaminya di Muar.

Nak wat cam mana, belum rezeki.


Kak Wawa dengan Cuya takdelah jauh beza umurnya tetapi tetap Cuya panggil sebagai Kakak tanda hormat. Walaupun zaman diploma Cuya lebih suka kalau orang bawah umur Cuya panggil kau aku je dengan Cuya supaya lebih mesra 😂 

Biasa kalau dah sama batch lebih seronok berkau aku kan? Tapi panggilan kakak tu sesuai la dengan Kak Wawa yang lembut dan sopan orangnya. Hehe.

Lama juga kami berborak. Cuya sempat menyajikan spageti carbonara untuk family Kak Wawa. Cuya kalau kawan kawan yang datang memang sajikan spageti sahaja sebab senang memasaknya.

Sempat juga Cuya menghulurkan sachets kopi Sleemo aka Kopi jamu yang menjadi kegemaran Cuya memandangkan Kak Wawa juga peminun kopi tegar sama macam Cuya.

Kata Kak Wawa kopi tu sedap giler dan mengenyangkan. Alhamdulilah Kak Wawa suka dengan kopi tu. 😁 

Cuya memang biasa contact Kak Wawa sejak dia pon dah pindah Jasin. Siapa lagi kawan diploma Cuya yang ada di Jasin kalau bukan dia. Kak Wawa orang Selangor tapi tinggal di Jasin sebab berkahwin dengan orang Melaka.

Siapa sangka jodoh pertemuan kita kuat juga. Ada juga member Cuya yang dekat dan boleh saling bertukar cerita. Alhamdulilah Allah rezekikan Cuya untuk bertemu dan dekat dengan kawan sama belajar.


Tetamu seterusnya adalah sahabat baik Cuya Ira yang datang daripada negeri Sembilan. Yang ni lagi berzaman tak jumpa. Last jumpa masa konvo. Sekarang dah beranak dua dah guys.

Kak Wawa pon sama anak dah dua. Cuya jer tak beranak lagi, berak ada ler. 🤣 


Ira selalu berkongsi cerita dengan Cuya, dan biasanya memang rahsia dia Cuya pegang sampai sekarang. Alhamdulilah Cuya bukan jenis nak membuka pekung orang. Cuya yakin kalau kita jaga aib orang, Allah akan jaga aib kita, betul tak?



Ira datang bersama suami, 2 orang anak kecil dan adiknya.

Kami berdua tak banyak bertukar cerita tapi Cuya banyak berborak dengan suaminya Syahdan.

Siapa sangka suami dia lagi peramah daripada Ira 🤣. Tak sangka kuat jodoh mereka berdua. Memang kontra betul personaliti masing2. Dah jodoh tak ke mana ya dak? 😂 


Lepastu Cuya bagi can pulak dekat ibu untuk berborak dengan Syahdan. Cuya pergi ke Ira untuk saling bergosip hanya kami berdua sahaja. Mungkin Ira pon lebih selesa untuk kami berdua bercerita lebih privasi sikit kan. Biasalah kadangkala ada benda kita taknak orang lain tahu. Hehehe

Rahsia kita kita jer. 😂 


Kami sedondon warna hijau. Sebelum Ira balik, Cuya sempat bekalkan coklat batu lejen pada Ira sebab tengok dia macam suka jer. Lagipon Cuya banyak stok, sape pulak nak makan di rumah. Sharing is caring.

Bolehla buat ngunyah dalam kereta.


Macam2 pesen gambar suami Ira tangkapkan. Geli hati Cuya tengok. Biasalah dah jadi suami kenalah tangkapkan gambar isteri dia dengan member .

Ira ni dia muda sikit daripada Cuya tapi kitaorang macam member biasa. Takde gap pon. Barulah syok nak berkawan kan .

Alhamdulilah segala pujian bagi Allah kerana telah mempertemu dua sahabat baik Cuya. Moga Allah sentiasa merahmati dan melindungi mereka berdua sekeluarga walau di mana pon mereka berada.

Terima kasih Kak Wawa dan Ira sudi berkunjung ke teratak Cuya . Moga satu hari nanti Cuya pula boleh membalas kunjungan kalian. Allah sahaja yang mampu membalas baik budi kalian berdua.

Jangan serik untuk datang lagi ya!

Berura- ura macam ada lagi member nak datang lawat Cuya. InshaAllah jika tiada aral melintang dan panjang jodohnya, pasti bertemu. Aamin ya rabb.


Korang pula macam mana, masih mood beraya lagi ke?

Till then, adios amigos 👋🏻 


9 comments:

  1. seronok beraya bersama kawan2 meraikan kunjungan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah pasti seronok menerima kunjungan sahabat lama. Rindu sudah terbalas hehe

      Delete
  2. selagi masih syawal, raya masih onzz!
    saya tgok kawan2 kemain aktif pergi open house setiap weekend

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagusnya banyak jemputan. Penuh perut! Hahaha

      Jarang la tak onzzzz

      Delete
  3. Alhamdulillah...seronok bila kawan² datang berziarah...

    ReplyDelete
  4. Raya kan sebulan. Best kan bila kawan-kawan dapat kunjung ke rumah.

    ReplyDelete

Followers