Friday, April 24, 2026

Hasil Kumpul Coins Di Shopee Setakat Harini

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Pada entri yang lepas, Cuya ada share cara untuk kumpul coins di Shopee.



Harini Cuya nak tunjuk hasil Cuya kumpul coins setelah beberapa hari.


Nampak tak kegigihan Cuya nak dapatkan diskaun? LOL.

Ni hasil setelah main game, browse video dan live shopee. Kalau tengok live memang menguntungkan. Banyak coins dia bagi.

Tapi kadang-kadang tu Cuya mainkan sahaja live dia, tangan sebelah tengok phone lain 😂. Kira dekat Cuya ada dua phone la. Multitask gitchuuu 😝

Every cent counts! Setiap sen tersangat bernilai.

Tanpa 1 sen, tak mungkin jadi seringgit 
Tanpa 1 sen, tak mungkin jadi Rm100.
Betul tak?

Hargai duit anda 🤣

Kalau boleh diskaun, kenapa perlu bayar lebih? (Baca dengan nada iklan tv) 
Hehe

Cuya planning nak shopping nanti, itu pasal lah gigih kumpul coins. Seronok pula bila tengok coins makin bertambah. Usaha tak mengkhianati hasil.. ahhh gitchuuu 😝 

Cuya tengok rata-rata komen memang shopping di Shopee yaa. Senang sekarang dunia hujung jari. Apa-apa kita nak semuanya ada. Alhamdulilah atas rezeki Allah beri yang tiada habisnya.

Syukur...

Till then, adios amigos 👋🏻 

3 comments:

  1. kakcie selalu sampai ratus2 je terus guna. pernah jugak main games kalau ada masa. selain dari tu coin dari check in & review je.

    ReplyDelete
  2. adik MA pun suka join ni...siap ajak kitaorg lagi join 😅

    ReplyDelete

Followers