Wednesday, April 8, 2026

Ole ole Jepun

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Busu Cuya dah balik daripada Osaka, Jepun.
Busu tak pernah lupa dekat Cuya, mesti ada sahaja buah tangan yang dia bawa daripada luarnegara.

Sebenarnya Cuya mengharapkan matawang kertas Jepun sahaja, tapi sayangnya busu dah tukar semuanya menjadi duit Malaysia.

Alaa sedihh

Tapi takpe, Allah beri rezeki lebih daripada tu.



Busu bagi 3 bar coklat halal daripada Jepun.



Keychain dan magnet Jepun


Bag comel polkadot .



Ni je coklat Malaysia lebihan busu saja bagi.


Dapat jugak semua duit syiling Jepun. Okayla sebab Cuya pon takde duit Jepun kalau tak silap.

Pagi sebelum Busu naik kapal terbang di airport ada jadi satu cerita. Pagi masa subuh tu busu tiba2 call Cuya. Macam emergency la tiba2 kan.

Cuya ingatkan pasal apa. Rupanya website Jepun yang busu kena log in di airport tu busu lupa password dia. Yang buat password dia tu Cuya.

Nasib baik ler Cuya hafal password dia. Boleh pulak dia terlupa nak save gambar password dia. Memang bertuah betul. Hahaha

Alhamdulilah password dia senang saja. Jadi pagi tu Cuya terus log in untuk dia sebab nak kena scan QR Code. Agaknya kalau busu tak dapat scan memang melepas ler busu nak ke Jepun.

Duit kertas Jepun tak dapat, tapi duit raya ada dapat makcik Cuya baru bagi. Alhamdulilah yeyy boleh shopping. Cuya ada beli something dekat shopee, nanti Cuya share bila dah sampai.

Till then adios amigos 👋🏻 

1 comment:

Followers