Assalamualaikum Hello Coconuts!
Cuya ni senanya dah lama tak membeli belah di shopee. Al maklumlah dah ada TikTok kan.
Tapi siapa sangka, membeli di shopee juga ada yang menguntungkan.
Contohnya slot mengumpul coins di shopee
1 coin = 1 sen
Bunyi macam sikit, tapi sikit2 lah yang lama2 jadi bukit. Ye dak?
Nak kumpul coins ada banyak cara
Salah satu caranya adalah main game.
Kena main siram2 pokok biar boleh tuai pokok yang ada coins.
Banyakla proses tapi kita enjoy, takde stress pon.
Ni hasil coins Cuya lepas dah buat semua task selama 6 hari berturut2.
Termasuk tengok live , video, browse products dan main game.
Seronok tau kumpul coins. Yang penting konsisten.
Cuya dah guna dah semua coins ni. So dapat la tolak diskaun Rm12 lebih. Alhamdulilah...
Nampak macam sikit, tapi kira banyak ler tu. Siapa nak bagi diskaun macam tu kan?
Cuya baru shopping pagi tadi. Kalini barang daripada overseas. Agaknya barang apanya? Nantikannnnn....
Masih ada baki coins ni. Cuya nak kumpul lagi banyak2. Cuya tanya chatgpt, memang hari2 boleh kumpul coins. Cuya pon tak pasti.
Seminggu sahaja boleh dapat Rm15 lebih coins. Sape nak bagiiii. Gigih tak gigih Cuya?
Hahahah.
Dekat TikTok pon tak syok macam shopee. Rasa macam shopee lagi murah daripada Tiktok ekk. Kata abang Cuya la.
Tapi ada je barang shopee tak dijual di TikTok, dan barang TikTok tak dijual di shopee. Kena pandai2 la mencari barangnya.
Sebab TikTok kan orang luar negara rasanya takleh jual dalam Malaysia. Ke boleh ek? 🤔
Tak sabar nak tunggu barang special sampai!
Till then, adios amigos 👋🏻
Nota kaki: Korang suka shopping Shopee ke Tiktok?






No comments:
Post a Comment