Wednesday, April 22, 2026

Kumpul Bonus Di Tiktok

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Jika di entri sebelum ni Cuya share cara Cuya kumpul coins di Shopee. Kalini Cuya share cara nak kumpul bonus di Tiktok.

Dia ada kelainan sikit berbanding Shopee jadi mari kita buat perbandingan.


Klik pada Butang SHOP di bawah sekali belah kiri sebelah butang HOME.

Dan kita dapat lihat atas sekali ada butang BONUS  di bawah search engine.

Jadi tekan BONUS.



Dia akan keluar macam ni.
Dia keluar Bonus Center.

So kita boleh tengok berapa banyak bonus kita ada setelah banyak kali kita purchase dan claim voucher bonus .

Dia akan ada butang untuk CHECK IN setiap hari supaya dapat earn bonus.
Tu adalah Bonus Tasks atau tugasan bonus .




Selain check in tiap hari, kita juga boleh dapat bonus dengan review produk yang pernah kita beli. Macam korang tengok di atas Cuya earn bonus setelah tinggalkan review iaitu kena reach certain patah perkataan serta mesti bagi gambar untuk extra bonus .

Yang membezakan COINS SHOPEE dan BONUS TIKTOK adalah

Coins Shopee - Bila kita gunakan coins untuk pembelian seterusnya kita boleh gunakan sekali arung jumlah coins kita. Contoh haritu Cuya ada coins bernilai Rm12, Cuya boleh tolak semua coins untuk dijadikan diskaun pembelian Cuya yang seterusnya.

Bonus Tiktok- Hanya boleh digunakan mengikut setting Tiktok which mean, kalau kita beli barang, Tiktok yang tetapkan berapa banyak bonus yang boleh ditolak.

Contoh Cuya beli seluar, hanya dapat tolak Rm 1.80 misalnya. Bila beli stevia dengan kuantiti yang banyak, dapat tolak bonus Rm4.10 misalnya.


Berbeza kan? Jadi mana lebih untung? Shopee ke, Tiktok?


Shopee peluang untuk kumpul coins lebih cerah daripada kumpul bonus di Tiktok. Mungkin sebab shopee ni dah lama dalam industri ni, jadi dia tahu apa yang target market dia nak. 

Nak dibandingkan dengan TikTok, masih baru lagi buka kedai kan.

Pengalaman membeli di Shopee bagi Cuya lebih menyeronokkan walhal selama ni banyak juga Cuya membeli di Tiktok.

Sebab di Shopee Cuya boleh main game untuk kumpul coins . 🤣 Jadi kalau Cuya tak membeli pon, coins tetap dapat. Pandai Shopee amik hati customer dia.

Nampak gayanya, Cuya dah kembali 'merujuk' dengan shopee setelah lamanya 'bercerai'. 🤣 

Dapat sesuatu tak guys??


Till then, adios amigos 👋🏻 

No comments:

Post a Comment

Followers