Thursday, April 23, 2026

Instant Luna Mariyam

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Semalam Cuya baru sahaja menerima bungkusan pembelian tudung baru Cuya. Bayangkan, last Cuya beli tudung masa tahun 2023! Masa konvo tuu.. lama kan?

Cuya tak membeli tudung sangat sebab Cuya dah sedia mewah dengan tudung pemberian orang lain. Alhamdulilah... 

Tak membeli pon ada orang bagi. Tula rezeki tu Allah dah atur kan..

Baru-baru ni Cuya beli tudung bawal sarung instant atau nama lain dia Instant Luna Mariyam oleh Tudung Ekslusif.


Cuya beli 4 helai tudung instant. Harga asalnya Rm10.49 . Dia bidang 50. Sengaja Cuya beli labuh2, senang kalau nak buat style lain.

Tudung ni berjahit tengah, so tinggal sarung dan ada 2 layer


Dulu zaman diploma Cuya ada satu tudung sarung macam ni beli dekat depan Poli Merlimau masa tu ada pasar jual beli .

Best tudung sarung macam ni. Senang nak pakai.



Ni warna-warna yang Cuya beli. Sengaja beli warna yang selamat pakai dan senang matching dengan semua baju. Next time kalau nak beli warna lain boleh consider brand ni .



Ni Cuya pakai off white. Warna macam putih kekuningan sikit.  Tapi warna yang macam ni kena pakai inner neck sebab jarang sikit .

Yang penting awning mudah bentuk.
Dah macam budak sekolah menengah pula sekali pandang. 😂 




Warna purple belacan. Macam warna grey gelap 



Warna pink peach. Warna lebih kurang warna nude. Tak nampak sangat pink dia .


Last sekali warna hitam. Tudung ni memang labuh sebab Cuya pilih semua bidang 50, memang tutup pusat.

Tapi kalau kita pandai styling kan, takde la labuh pon. Just nice.

Tudung ni antara harga yg paling murah Cuya jumpa dekat TikTok. Walaupun tak ramai sangat pembeli, tapi berbaloi dengan harga dia. Ada Cuya jumpa tudung yang sama harga mencecah Rm20+. Tersangat jauh beza.

Tapi kedai tu ramai orang beli sebab dia ada tudung saiz XS , S, M, L jadi banyak la pilihan.

Kan rata- rata orang Malaysia kan suka pakai tudung yang saiz dia sederhana kecil. Kalau beli labuh2 sahaja nak label orang tu ustazah 😂 

Bagi Cuya, tak kisahlah seseorang tu bertudung pendek ke labuh ke ataupun tak bertudung langsung , yang penting connection kita dengan Tuhan mesti kena baik.

Hati mesti kena baik. Memang orang kata pakaian tu cerminan diri, namun begitu kita sebagai manusia tidak layak sesekali untuk judge seseorang hanya daripada luaran sahaja betul tak?

Moga Allah sentiasa memberi petunjuk dan hidayah kepada kita semua supaya sentiasa menjaga dan memperbaiki diri agar menjadi manusia yang lebih baik.

Jaga hati jaga iman, inshallah Allah sayang lebih!

Till then, adios amigos 👋🏻 

No comments:

Post a Comment

Followers