Assalamualaikum, Hello Coconuts!
Harini Cuya terima parcel lagi.
Kalini Cuya beli matawang lama dalam dan luar negara.
Duit ni keluar masa tahun 1967. Kiranya dah berusia 59 tahun gitu.
Lagi tua daripada usia Cuya. Kira barang rare jugak sebab duit ni dah tak produce lagi.
Harga dia mahal sikit la sebab barang rare ler katakan.
Ayah kata dulu ada duit kapal layar tahun sebelum Malaysia merdeka. Tapi Cuya try Google, tak jumpa la bentuk duit tu. Tu mesti duit zaman British kan. Entah apa rupa duit tu tah. Pelik betul tak jumpa dalam internet.
Korang tahu tak duit tu?
Duit daripada Bahamas ni cantik sangat. Dan harga dia yang paling mahal Cuya beli. Disebabkan Cuya suka design dia, jadi Cuya decide untuk grab je terus.
Ariary daripada Madagascar.
Serbian Dinara
Rupiah Indonesia
Ada yang duit sama Cuya dapat tapi takpe, untuk koleksi kan.
Cuya kalau pilih matawang kebiasaannya suka tengok design. Kalau lawa, Cuya beli. Ataupun kalau memang murah, beli sahaja untuk tambah koleksi.

Seronok dapat tengok matawang negara sendiri yang dah lama. Cadangnya akan datang nak cari jugak siri matawang lama Malaysia yang lama.
Tapi ongkos kena ada banyak la. 🤣
Semoga mewah rezeki Cuya supaya dapat kumpul lebih banyak koleksi matawang baru dan dapat travel merata dunia kutip matawang baru . Aamin ya Rabbal alamin
Till then, adios amigos 👋🏻








Kakcie ada duit rm1 tahun 1986-1989 tu. Ada juga beberapa keping duit negara lain. Tak kumpul pun ada orang bagi. Nanti ada masa kakcie buat entri.
ReplyDeleteWah menarikk.. selama ni pon semua duit Cuya ada orang bagi. Tahun ni baru first time beli duit online. Ingatkan takde orang jual, ada rupanya. Lepasni senang la nak beli matawang luarnegara.
DeleteMenarik..
ReplyDelete