Sunday, August 20, 2023

Mari Kenali Personaliti Diri Anda!

Assalamualaikum, Hello Coconuts! 🥥
Harini Cuya terpaksa menaip menggunakan telefon bimbit memandangkan Cuya kini berada di Petaling Jaya dan tiada wifi .

Yeayy, esok dah start kursus Cuya. Tak sabar nak belajar benda baru 😁.

Harini Cuya nak share satu link untuk korang kenalpasti personaliti korang. Ujian ni dah dikaji cuma kadang2 dia bukan 💯 sama dengan karakter kita. Tapi takpe, boleh je cuba. Cuya buat entri ni sebab haritu Kak Mim ada minta Cuya share pasal personaliti ni.

Korang kalau nak kenal diri korang, boleh cuba ya klik link test ni:



Nanti ambil masa sikit nak jawab soalan, dan jangan lupa screenshot jawapan akhir ya.

====Swan====
Seperti Swan yang sebenar, anda tak perlukan kawan yang ramai dan anda sendiri pun tak suka kawan yang ramai. 
Ada yang anggap anda seperti sombong tapi sebenarnya anda sangat happening!
Sangat detail dalam pengurusan dokumen, orang selalu tersilap judge anda.
Swan adalah spesis yang sangat setia dengan pasangannya. Kalaupun relationship itu adalah toxic, dia akan ambil masa lama untuk keluar dari relationship itu.  

      ====Woody Wood pecker ====
Sangat laju dalam passion yang anda suka dan boleh buat perkara yang sama berulang kali dalam jangkamasa yang panjang (hanya perkara yang anda passion sahaja)
Ramai orang ingat anda jenis tak sabar, sebenarnya anda sangat laju , produktif dan efficient dalam bekerja.
Creative. Pasangan anda kadang kerap terasa dengan perangai berterus-terang anda. 

====Mama Lion====
Sangat protective dan berdiplomasi. Anda pandai menyusun kata dan berjaya mempengaruhi orang lain untuk mengikut arahan anda. Tak suka pergaduhan panjang, anda hebat dalam mempengaruhi dan inspire orang lain.
Ramai orang suka salah faham dengan anda, mereka ingat anda suka mereka, sebenarnya tidak. Anda suka pasangan yang clingy sentiasa pada anda.

====Penguin====
Sangat meriah namun sangat kritikal. Anda boleh memulakan bicara dengan strangers dalam beberapa minit sahaja. Sikap kritikal thingking ini akan membuatkan pasangan anda lemas sementara.
Juga perlu belajar memilih kawan untuk protect energy diri anda sendiri dan stop bermesra dengan semua orang. Mulai sayang diri lebih setiap hari. 

====Honeybee====
Seorang yang sistematik dan selalu dilihat skema dan blur dalam sesuatu hal. 
Suka membuat plan dan mengikuti plan tersebut. Yang pasti, anda mudah terasa dan berkecil hati dengan kata-kata kasar dan negative mereka kepada nada. Hal ini sampai membuatkan anda jatuh sakit. Pasangan anda selalu sakiti anda tanpa dia sedari. Jagalah hati dan sentiasa topup ilmu agar mudah uruskan emosi.

====Eagle====
Sangat fokus, plan dan terus buat. Bukan semua orang boleh kerja dengan anda. Kadang anda pelik, kenapa dah ajar berkali-kali pun mereka masih bengap.
Kekuatan anda juga adalah kelemahan anda. Pasangan anda akan terasa sangat kecil bila bersama anda. Praktis buat gratitude yang betul dan slow down sedikit untuk melihat dan menghargai perkara kecil yang orang lain lakukan kepada anda.
Anda super loyal dengan pasangan anda dan very determine.

====LINK UJIAN KKDI==== 

1. Untuk mereka yang belum ambil ujian personaliti KKDI, boleh tekan link ini :  

https://thephotolicious.onpay.my/order/form/upk 

2. Untuk mereka yang ingin membeli Ebook memahami lebih detail mengenai personaliti mereka dan KKDI, kak kay jemput untuk beli ebook lebih 200 pages hanya RM79, di link ini :   

https://thephotolicious.onpay.my/order/form/ebookk

Dengan mengetahu karakter diri sendiri, anda akan mula faham kenapa anda begini dan dia begitu. Teruskan membaca semua point di sini, kak kay akan update selalu untuk rujukan kita bersama. 

Love as always, ❤️
kak kay


Cuya dah purchase buku dia. Sedikit sebanyak dapat kenali diri Cuya dan juga orang lain.

Cuya Woody woodpecker. Korang apa?


Thursday, August 17, 2023

Dak Cuya Si Penuh Ekspresi








Dak Cuya yang memang suka buat ekspresi muka setiap kali bergambar 😂



Assalamualaikum, Hello Coconuts! Kesibukan training menyebabkan Cuya tak menyempat nak blogwalking ke blog orang lain. Ampun! Ya, Cuya training online untuk kerja. Sebenarnya malas nak cakap, tapi memandangkan yang baca blog Cuya bukanlah daripada kalangan kawan-kawan belajar, so Cuya share aje la.

Risau juga ada stalker ke apa. HAHAHA overthinking betul! Overall training berjalan dengan sangat baik. Macam biasa, tak sah lah kalau seketul Cuya tidak aktif dalam kelas. Memang muka kita ni banyak berbicara dan menyampuk masa dalam kelas.

Yalah, kita taknak mengantuk jadi kita aktiflah dalam kelas. Dah kita pulak jenis peramah and banyak idea, so kongsi jela dengan kelas apa-apa yang kita tahu. Seketul Cuya kan tak boleh duduk diam, otak asyik berjalan je. Eheks!

Cuya suka suasana belajar, alhamdulilah ada training ni maknanya Cuya belajar benda baru. Seronok! Walaupun kadang-kadang mengantuk sebab pagi-pagi dah ada talk, tapi Cuya gigihkan diri juga. Sebab tu pekena kopi pagi-pagi ni .


Next week Cuya akan pergi training ke Kelana Jaya pula. Tak sabarnya nak jumpa kawan baru! Excited nyahhhhh  hahahhah

Baru-baru ni Cuya belajar tentang Creative thinking and analytical thinking. Bila trainer Cuya share pasal ciri-ciri creative thinker, 

Dia kata seorang creative thinker adalah;

  • Enjoy
  • Nak chill
  • Sometime very childlish
  • Open minded
  • Tak suka ikut peraturan
baru Cuya macam...OOhhh patutlah aku macam ni macam tu... LOL! Patutlah Cuya suka have fun and taknak stress-stress.

Kalau seorang analytical thinker :

  • Seorang yang serious
  • Suka analisis data
  • Orang yang selalu ikut peraturan
  • Tak kreatif

Lagi satu trainer share, kalau seseorang pandai menari maknanya dia adalah seorang yang kreatif dan boleh tolong selesaikan masalah orang lain.

Kalau dia tak pandai menari, jangan hantar dia untuk pergi selesaikan masalah orang.


Dapat sesuatu? Follow for more! (Acah dak2 tiktok promote video. Eheks!)


P.s-So korang yang mana satu?




Sunday, August 13, 2023

Hobi Mengumpul Mata Wang Lama

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Pada tahun 2018, Cuya ada share entri berkenaan hobi Cuya dari dulu. Dan salah satunya adalah mengumpul mata wang dari dalam dan luar negara.


BACA DISINI : 

Hobi Zaman Kanak-kanak Sehingga Dewasa



Setelah pandemik , Cuya dah takde koleksi baru . Alhamdulilah, tahun ni ada koleksi baru walaupun tak banyak. Disebabkan Cuya dah bersemangat nak kumpul mata wang, Cuya pon belilah album untuk mata wang ni. Sebelum ni masuk sampul je, macam tak proper so Cuya decide beli album.

Jom tengok koleksi mata wang Cuya!



Album Cuya beli. Mestilah pink! Eheks


Setiap mata wang ada nilai sentimental yang tersendiri :)



Matawang Singapore yang diberi oleh Mak Mentua saudara Cuya yang baru pertama kali datang ke kampung Cuya



Mawatang Arab oleh ibu dn ayah semasa mereka ke Mekah. Walaupun kondisi dia tak berapa cantik, tapi masih boleh digunakan.


Atas: Matawang Baht Thailand yang Cuya dapat semasa Cuya pergi ke Thailand semasa Diploma atas tugasan assignment.
Bawah : Matawang Jordan..Cuya tak pasti dapat daripada siapa, rasanya abang Cuya, sebab dia je gi Jordan dulu 


Atas: Matawang Korea. Tak silap Cuya cousin Cuya bagi semasa dia bercuti ke Korea
Bawah : Matawang Thailand masa Cuya gi Thailand waktu diploma


Atas : Matawang China. Rasanya masa Busu Cuya bercuti ke sana.
Bawah: Matawang Turki pon masa busu gi Cuti. Busu yang banyak jalan2 ke luarnegara. Hehe


Atas: Matawang lama Brunei, Cuya minta ayah Cuya. Walaupun dah kena conteng, Cuya tetap nak simpan.
Bawah: Matawang China , pon dari Busu


Matawang Indonesia yang diberi oleh Makcik Maryam kawan Busu sebab baru-baru ni diorang pergi Padang. Cuya yang mintak dia, sampai 3 helai dia beri. Masyeh makcik!


Matawang Indonesia yang atas  Cuya tak pasti siapa bagi. Mungkin dulu2 kot Busu gi Indonesia.
Bawah tu makcik Maryam bagi.


Atas: Matawang lama Singapore Ayah punya tapi Cuya minta dia. LOL
Bawah: Matawang Indonesia lama yang diberikan oleh orang gaji Cuya yang dah melarikan diri dulu2. Ada juga ya kenangan dri dia...kekeke


Atas : Matawang Malaysia yang masih digunakan sehingga kini. Saja simpan
Bawah: Ada 3 helai duit lama RM2. Dulu Cuya nak bayar duit RM2 ni kat kedai di sekolah, akk tu kata  " Awak tak nak simpan ke duit ni? Dah takde lagi"
Maka Cuya pon triggered dan akhirnya simpan sebagai kenangan. Hehe


Matawang lama Ringgit Malaysia. Lupa lah mana Cuya dapat.. Rasanya daripada Ayah.

Duit-duit ni semuanya memberi nilai sentimental value. Adakah Cuya seorang yang romantik sebab suka benda-benda gini? HAHAHA

Walaupun Cuya tak pernah merasa pergi sebahagian besar negara2 di atas, moga ada rezeki juga Cuya berjalan ke negara orang satu hari nanti. Aamin 

Cuya pon ada kumpul syiling dari negara lain, tapi Cuma mampu letak dalam kotak biasa je. Kena fikir mana nak simpan tempat yang lebih elok.

Macam mana dengan korang? Ada tak hobi sama macam Cuya atau ada hobi lain ?
Kongsikan di ruang komen, Cuya pon nak tahu! :D







Friday, August 11, 2023

Birthday Giveaway FarhanaJafri.com 2023



Tag:







Syarat-syarat Penyertaan:

1. Buat blog post bertajuk "Birthday Giveaway FarhanaJafri.com 2023". Tepek banner di atas beserta link ke post ini.

2. Tag 3 orang rakan blogger. 

3. Spice your entry with birthday wishes to me and pleaseeeee bagitahu juga antara semua topic yang I selalu update tu, yang mana menjadi favorite topics you guys. Is it Movie Review, Fashion, Music, K-pop related etc. Kalau nak suggest untuk buat collaboration on anything pun boleh. 

4. Tinggalkan link pernyertaan di post ini.













Moga hidup sihat sejahtera,
Dipanjangkan pula usianya,
Dirahmati Allah hendaknya,
Berjaya di dunia dan akhirat juga.


Bunga serindit bunga seroja,
cantik sungguh di pandang mata,
Moga adinda bahagia sentiasa,
bahagia aman sentosa


Ku doakan kamu dilimpahi rezeki,
Dari setiap sudut dari Illahi,
Ada rezeki belanja kami,
Tak Mcd , KFC pon jadi.
😂😂😂

Lari-lari si ikan keli,
lari ke dalam laut mati,
kalaulah adinda Farhana sudi,
sudi datang ke blog ini?



Dalam banyak2 entri,
Entri minuman paling ku minati,
Terpengaruh dengan gambar maka ku beli,
Bila dah dapat memang puas hati.


Serius talk, lepas nampak artikel ni, kepala Cuya asyik nak cari boh teh hijau je. Tapi Cuya tak jumpa yang latte ni, tapi dapat jugalah beli teh hijau yang biasa tu. Jadi ler daripada takde...
Hahaha


Hadiah 

As for now hadiah untuk giveaway ni RM5 untuk 20 orang pemenang. Tapi kalau akan datang tiba-tiba rasa macam nak tambah hadiah, Insya-Allah akan dikemaskini dari semasa ke semasa. 







Mari pakat join ramai2!

Sapot buatan Malaysia! * tiberrr


Senyum senyum kita sendiri,
dari jauh ada yang memerhati
Terima kasih daun keladi,
ada rezeki jumpa lagi,


P.S- Syah tu nama pena lama Cuya,
dengan tagline

"Meet The Otai, Miss Syah Jeyhan"
😂😂

Biasalah, Cuya kan kuat berangan.Nak buat novel konon
kikiki....






Tuesday, August 8, 2023

Seni Bina Di Melaka

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Entri kali ni Cuya nak share gambar-gambar yang Cuya ambil untuk subjek fotografi semasa di UiTM.
Tapi Cuya ni tak reti pon ambil gambar, ambil suka-suka je. Beberapa keping je gambar yang Cuya hantar untuk assignment. 

Masa ni PKP, so belajar pon online. Tak dapatlah nak ambil gambar di luar kawasan.

Jom kita tengok seni bina di Melaka, sekitar kawasan rumah Cuya iaitu Jasin.



Rumah nenek Cuya, kini menjadi rumah keluarga.
Sebelah rumah Cuya je, jalan beberapa tapak dah sampai.
Kalau orang datang sini, orang selalu terpegun.
Mesti selfie , sampai ada yang nak jadikan rumah ni tempat berlakon.


Masjid Kampung Air Barok
Dah berusia lebih 100 tahun.


Cantikkan tiang dia. Tiles bermotif bunga. Semua tiles jenis lama



Tiles yang mempunya motif unik tersendiri



Mimbar




Rumah Tradisional Melayu Melaka.
Ni rumah adik Atuk Cuya.
Rumah ni pon dah berusia, tapi Cuya pon tak ingat berapa usia dia.





Rumah Melaka memang terkenal dengan tangga dia yang ada motif tersendiri.


Masjid Al-Ghaffar Masjid Daerah Jasin












Sikit2 saja gambarnya. Yang lain gambar biasa2... hehe














Followers