Followers

Sunday, August 20, 2023

Mari Kenali Personaliti Diri Anda!

Assalamualaikum, Hello Coconuts! 🥥
Harini Cuya terpaksa menaip menggunakan telefon bimbit memandangkan Cuya kini berada di Petaling Jaya dan tiada wifi .

Yeayy, esok dah start kursus Cuya. Tak sabar nak belajar benda baru 😁.

Harini Cuya nak share satu link untuk korang kenalpasti personaliti korang. Ujian ni dah dikaji cuma kadang2 dia bukan 💯 sama dengan karakter kita. Tapi takpe, boleh je cuba. Cuya buat entri ni sebab haritu Kak Mim ada minta Cuya share pasal personaliti ni.

Korang kalau nak kenal diri korang, boleh cuba ya klik link test ni:



Nanti ambil masa sikit nak jawab soalan, dan jangan lupa screenshot jawapan akhir ya.

====Swan====
Seperti Swan yang sebenar, anda tak perlukan kawan yang ramai dan anda sendiri pun tak suka kawan yang ramai. 
Ada yang anggap anda seperti sombong tapi sebenarnya anda sangat happening!
Sangat detail dalam pengurusan dokumen, orang selalu tersilap judge anda.
Swan adalah spesis yang sangat setia dengan pasangannya. Kalaupun relationship itu adalah toxic, dia akan ambil masa lama untuk keluar dari relationship itu.  

      ====Woody Wood pecker ====
Sangat laju dalam passion yang anda suka dan boleh buat perkara yang sama berulang kali dalam jangkamasa yang panjang (hanya perkara yang anda passion sahaja)
Ramai orang ingat anda jenis tak sabar, sebenarnya anda sangat laju , produktif dan efficient dalam bekerja.
Creative. Pasangan anda kadang kerap terasa dengan perangai berterus-terang anda. 

====Mama Lion====
Sangat protective dan berdiplomasi. Anda pandai menyusun kata dan berjaya mempengaruhi orang lain untuk mengikut arahan anda. Tak suka pergaduhan panjang, anda hebat dalam mempengaruhi dan inspire orang lain.
Ramai orang suka salah faham dengan anda, mereka ingat anda suka mereka, sebenarnya tidak. Anda suka pasangan yang clingy sentiasa pada anda.

====Penguin====
Sangat meriah namun sangat kritikal. Anda boleh memulakan bicara dengan strangers dalam beberapa minit sahaja. Sikap kritikal thingking ini akan membuatkan pasangan anda lemas sementara.
Juga perlu belajar memilih kawan untuk protect energy diri anda sendiri dan stop bermesra dengan semua orang. Mulai sayang diri lebih setiap hari. 

====Honeybee====
Seorang yang sistematik dan selalu dilihat skema dan blur dalam sesuatu hal. 
Suka membuat plan dan mengikuti plan tersebut. Yang pasti, anda mudah terasa dan berkecil hati dengan kata-kata kasar dan negative mereka kepada nada. Hal ini sampai membuatkan anda jatuh sakit. Pasangan anda selalu sakiti anda tanpa dia sedari. Jagalah hati dan sentiasa topup ilmu agar mudah uruskan emosi.

====Eagle====
Sangat fokus, plan dan terus buat. Bukan semua orang boleh kerja dengan anda. Kadang anda pelik, kenapa dah ajar berkali-kali pun mereka masih bengap.
Kekuatan anda juga adalah kelemahan anda. Pasangan anda akan terasa sangat kecil bila bersama anda. Praktis buat gratitude yang betul dan slow down sedikit untuk melihat dan menghargai perkara kecil yang orang lain lakukan kepada anda.
Anda super loyal dengan pasangan anda dan very determine.

====LINK UJIAN KKDI==== 

1. Untuk mereka yang belum ambil ujian personaliti KKDI, boleh tekan link ini :  

https://thephotolicious.onpay.my/order/form/upk 

2. Untuk mereka yang ingin membeli Ebook memahami lebih detail mengenai personaliti mereka dan KKDI, kak kay jemput untuk beli ebook lebih 200 pages hanya RM79, di link ini :   

https://thephotolicious.onpay.my/order/form/ebookk

Dengan mengetahu karakter diri sendiri, anda akan mula faham kenapa anda begini dan dia begitu. Teruskan membaca semua point di sini, kak kay akan update selalu untuk rujukan kita bersama. 

Love as always, ❤️
kak kay


Cuya dah purchase buku dia. Sedikit sebanyak dapat kenali diri Cuya dan juga orang lain.

Cuya Woody woodpecker. Korang apa?


34 comments:

  1. Swan...tapi tetap tak 💯 , lah,mungkin hanya 90-95 persen

    ReplyDelete
  2. Menarik juga buat personality test ni ye. Saya pulak ialah personaliti swan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi menarik bila dapat baca buku pdf dia... Hehe

      Delete
  3. tq cuya... akak dh buat dh test tu... akak ialah seekor swan... nice to meet u woody woodpecker... hehehe.. swan perati je lah woodpecker ni... betullah akak mmg x ramai kwn pun.. circle akak mmg kecik dan lain² bab pengurusan dokumen tu semua mmg betul.. hahaha

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Ya ka tkde.. uncle kena buat test dulu ni.. hehe

      Delete
  5. Saya dah jawab.. Saya eagle.. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah eagle... Seseorang yang suka plan jangka panjang dan pendek..
      Hehe

      Delete
  6. Ok nanti kena buat test baru dapat result hampir2 tepat 😃

    ReplyDelete
  7. ====Swan====
    Seperti Swan yang sebenar, anda tak perlukan kawan yang ramai dan anda sendiri pun tak suka kawan yang ramai.
    Ada yang anggap anda seperti sombong tapi sebenarnya anda sangat happening!
    Sangat detail dalam pengurusan dokumen, orang selalu tersilap judge anda.
    Swan adalah spesis yang sangat setia dengan pasangannya. Kalaupun relationship itu adalah toxic, dia akan ambil masa lama untuk keluar dari relationship itu.

    HAHAAHAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah gelak besar tu... mesti tepat test ni. xD

      Delete
  8. menarik...nak try jg time free nanti...

    ReplyDelete
  9. kena ebook dulu yeak cuya..akak klik link tu, kena beli dulu bru boleh buat test...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak perlu pon, dia tulis situ percuma.. kita cuma perlu klik seolah2 kita membeli, nanti dia akan bawa ke link tu..

      Delete
    2. okey dah buat..akak Swan..hehe

      Delete
  10. Kadang2 diri sendiri pun tak kenal. Hehe...menarik juga ujian personaliti ni. Nak cuba gak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... kadang2 memang tak kenal diri sendiri. Wajib cuba

      Delete
  11. Kadang-kadang penguin kadang-kadang honey bee. Perempuan ni complicated.

    ReplyDelete
  12. saya jadi angsa ke....boleh la walaupun bukan 100 peratus tepat

    ReplyDelete
  13. Saya eagle. Dan benar SANGAAAT. Kadang saya emosi atau marah jika mengajarkan suatu hal, tapi orang yg diajar tetap tak bisa. Dan soal plan, saya SANGAAAT SANGAAAT organized. 😄. Segala sesuatu saya atur rapi dan detail.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus dapat kenal diri dengan lebih baik....
      Kadangkala ada org tak kenal diri sendiri.. hehe

      Delete
  14. mcm kene amik dua tiga karekter jer hahaha :P

    ReplyDelete