Saturday, October 31, 2020

Among Us Perler Beads


Assalamualaikum,Hello Coconuts!

Rasa macam lama lak menyepi.Al maklum la...busy sisturrr... Akan datang Cuya dengan classmate semua sibuk dengan event. Eh online pon ada event? Eh ada la! Event online la jadinya..hehehhe

Tapi sibuk..sibuk jugak,.. Cuya sempat la buat arts sikit.Sikit je la. 

Korang tahu tak game Among Us? Kalau tak tahu maknanya ketinggalan trend terkini la.Kekeke..
Game ni memang viral la,semua orang sibuk main, kecuali Cuya.HAHAH... Tapi di sebabkan karakter dalam game ni comel, Cuya pun decide untuk buat arts untuk karakter game ni. 

Jom tengok Cuya buat Perler Arts!




Hah ni la dia Among Us...Cuya tak nak explain,korang cari sendiri pasal game ni. Ngeh3


Sunday, October 25, 2020

Beli Kotex Dapat Free Set Berus Mekap




Assalamualaikum,Hello Coconuts. Harini Cuya dan ayah pergi ke Fresco.Awal pagi dah kejut sebab suruh Cuya teman ayah gi shopping. Disebabkan Cuya pon ada barang nak beli, Cuya pon ikutlah ayah.

Cuya dah siapkan senarai barang2 dapur untuk beli. Dengan barang kunyah2 tak boleh tinggal.kekeke
So antara barang yang Cuya beli adalah tuala wanita berjenama Kotex.Cuya memang biasa dengan jenama ni.Tadi duk pilih2 gak jenama lain,tapi Cuya tertarik dengan Kotex sebab ......


ada FREE GIFT!! Hahahaha.. tu je tujuan dia sebenarnya. XD



Cuya beli yang ni.






'Tadaaa...Hadiah percuma dia... Cuya pantang dengar percuma2 ni.HAHAHA
Mula2, Cuya ingatkan dapat Brush satu je.Rupanya....






Dapat set brush sekali beg la!!

Ada tiga warna tau.Alhamdulilah Cuya memang dah terpilih pink,my favourite!

Maka bertambahlah koleksi brush Cuya.Ngeh3.

Tu je nak cite...HAHAH


Adios Amigos!

The Princess and The Frog Movie


Image ID: 356515


Assalamualaikum,Hello Coconuts! Terasa lama tak menaip di blog.Busy meyh dengan kelas, assignments lagi. Tapi cuti ni Cuya ambil kesempatan untuk nonton cartoon movie daripada Disney. Macam biasalah, Cuya kan otak kartun.Kekeke


Cerita The Princess and The Frog menjadi pilihan Cuya kali ni.Dulu kecik2 mesti kita pernah dengar atau menonton cerita putera katak yang disumpah. Endingnya korang mesti tahu? Tapi cerita ni twist sikit.

Mengisahkan Tiana gadis yang mempunyai impian untuk membuka restoran sendiri sejak kecil.Ayah Tiana kata dia ni gifted dalam memasak. Bila dia dah dewasa, dia kerja sebagai pelayan dan mengumpul tips atau duit sedikit demi sikit. Satu malam, di majlis tarian kawan baik dia yang kaya, dia telah didatangi seekor katak yang mengaku dirinya adalah putera yang disumpah. Katak tu menyuruh Tiana mencium dia kerana mengangap 

Tiana adalah seorang puteri memandangkan dia memakai pakaian ala2 seorang puteri walhal itu adalah sempena majlis tarian.Tiana pada mulanya tidak mahu mencium Katak itu tetapi dia terpaksa atas sebab sesuatu. Tapi tertanya lepas ciuman itu Tiana pula yang bertukar menjadi katak.

Kemudian bermula penggembaraan Tiana dan Katak ( Navin) untuk memecahkan sumpahan mereka.Movie ni sentiasa akan ada scene menyanyi.Seronok...berjoget Cuya harini..heheheh

Cuya sebenarnya dah pernah tengok,saja tengok lagi.Seronok.


Cuya bagi 5 bintang! Walaupun cerita hampir cliche tapi cliche yang twisted.Hahaha




Tuesday, October 20, 2020

Puisi Di Pagi Buta


Assalamualaikum, Hello Coconuts.

Semalam Cuya tidur lewat betul.Jadi Cuya takde kerja,mulalah mengarang puisi random.Tapi satu jela.Sempatlah Cuya pos ke status Ws Cuya semalam.



Cuya macam nak luahkan perasaan la puisi ni.

Maksudnya,hidup tu jangan jadi bodoh sebab kau akan menyusah kan orang lain .
Sama-sama kita lalui semua ni biar kita sama-sama berjaya.Perangai tu jangan teruk nau,mungkin kata-kata Cuya macam teruk dan kasar bunyinya, tapi yang penting Cuya tak berlagak dengan orang lain.

Gitulah bahasa simplenya. Hehehe Random gitu.

Monday, October 19, 2020

Misi Terbang Tinggi #2: Operasi Naga Kecil





55041944. sx318



Assalamualaikum Hello Coconuts. Sebelum ni Cuya pernah review komik Misi Terbang #1

Kalini Cuya baru sahaja selesai membaca buku kedua iaitu Misi Terbang Tinggi : Operasi Naga Kecil.

Sinopsis: Berjaya menerbangkan Naga Kecil, bukannya pengakhiran kepada misi terbang di awan tinggi bagi Aidil dan Hadi. Pengembaraan yang mencabar menanti mereka di hadapan. Mengharungi keganasan ribut dan puting beliung masih belum dikira apa-apa kerana misteri sebenar yang menanti mereka berdua amat luar biasa dahsyatnya dan tidak dapat diterima akal!


Ada perkara yang misteri tentang buku kedua ni.Ke dunia manakah Aidil dan Hadi dibawa?Kenapa ada makhluk burung berkaki empat  dan bagaimana kapal terbang mereka melepasi ribut yang sangat  dasyat?

Siapa lelaki yang berwatak gagah di dalam cerita ni? Apa kaitan dia dengan ribut yang terjadi?

Cuya banyak tertanya-tanya.Rupanya ada buku seterusnya! Ala..bila nak keluarnya..Cuya ingatkan buku ni sudah pengakhiran.Sabar jela...hahaha


Followers