Monday, May 18, 2026

Tealive Durian Coffee

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Hari Jumaat haritu Cuya saja skrol live Shopee. Lepastu masuk la dalam live Tealive. Cuya baru je dapat baucer daripada Shopee untuk beli dalam live.

Lepastu saja tengok bag oren apa ada dalam Tealive tu. Maka kita pon tersangkut beli sekotak kopi tealive.


Yang bestnya cuma dapat harga Rm2 je untuk sekotak! Jauh beza dengan harga asal. Tapi Shopee bagi promo untuk beli sekotak saja la, kalau beli extra harga dia naik sikit.

Jadi Cuya pon order, ibu yang sponsor 🤣 


Maka sampailah sekotak Kopi Durian. Cuya suka kopi dan suka juga durian. Jadi kita nak rasa apa hasil kombinasi dua bahan ni.



Dalam dia ada 6 sachets kopi. Kalau kita bahagikan Rm2 untuk 6 sachets, adalah dalam Rm0.33 sen satu sachet. Okay la kan.. dapat merasa buat air Tealive sendiri kat rumah.


Bila buka je sachet tu, semerbak bau durian. Best sangattt...



Hasil selepas bancuhan kopi durian dilakukan.

Bila rasa, sedapnya! Memang sesuai kombinasi durian dan kopi ni. Sesuailah untuk sesiapa yang minat kopi dan durian sekaliarung.

Kombinasi yang sangat unik dan menyelerakan. Bau pun harum jee...

Boleh repeat lagi ni kalau dapat harga murah. Terima kasih Shopee belanja voucher! 😆


Nota kaki: Baki Giveaway Kerajaan Kelapa berbaki 13 hari lagi! Cepat2 join!

10 comments:

  1. Memang berbaloi sangatlah harga tu.. Boleh cuba kopi durian..

    ReplyDelete
  2. Wow kopi dan durian. Extra kepanasan. Nasib baik buat iced. Berbaloi sgt dapat harga tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha ya kan...
      Betul sangat berbaloi. Tak pernah2 beli barang online rm2 je

      Delete
  3. Berbaloi tu dapat offer. Peminat kopi & durian jugak cuma macam risau takut pelik je rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kakk... Tak pelik pon. Mesti akak pon akan suka

      Delete
  4. Macam pernah nampak dijual di Tealive dekat rumah, kopi durian ni. Tapi memang berbaloi la beli, murah betul Cuya dapat. 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, dapat voucher shopee.. alhamdulilah

      Delete
  5. Wah .guna voucher shopee . Dapat murah. Berbaloi

    ReplyDelete
  6. Wah .guna voucher shopee . Dapat murah. Berbaloi

    ReplyDelete

Followers