Sunday, May 3, 2026

Review Novel Misi Mencari Syurga karya Nazry Salam

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Alhamdulilah Cuya baru sahaja selesai membaca novel Misi Mencari Syurga karya Nazry Salam.

Sebenarnya novel ini adalah cerita penutup kepada cerita/komik Misi yang telah lama Cuya follow sejak di bangku sekolah lagi.

Cuya membesar dengan karya Nazry Salam dan Afiq Salam iaitu dua beradik yang merupakan penulis dan pelukis asal komik Misi.

Cuya dah ada banyak komik misi walaupun tidaklah kesemuanya sekali.


Cuya beli novel ni di TikTok. Ikutkan Cuya memang dah jarang baca novel tapi sebab nak sangat tahu penamat cerita ni maka gigih juga la baca novel dengan ketebalan 420 mukasurat!

Kiranya ni buku pertama yang dibaca full untuk tahun 2026!



Zahid berkawan baik dengan rakan-rakan sama sekolah dengan dia iaitu Aizat, Kimi, Fizi, Mat dan Putera. Mereka semua ada pelajar yang bijak sejak sekolah lagi.

Dalam kisah Misi Mencari Syurga ni, Zahid tiba-tiba diserang kanser paru-paru. Dan doktor menjangkakan hayat Zahid tidak lama.

Maka pelbagai usaha dilakukan oleh rakan baik Zahid untuk menyokong kesihatan Zahid.

Ada juga kehadiran seorang gadis yang dikenali sebagai Nora, yang merupakan crush Zahid semasa zaman sekolah dulu. Nora sentiasa berusaha untuk menemani dan berada di sisi Zahid kerana dia tidak boleh move on daripada memori cinta monyetnya kepada Zahid dahulu.

Macam-macam terjadi saat Zahid ditimpa sakit. Dia sering kali batuk berdarah secara tiba-tiba. Apabila dia tahu hayatnya tidak akan panjang, maka dia memulakan misi baru dalam hidup dia 

Iaitu MISI MATI. Dia berusaha untuk mati dalam keadaan husnul khotimah, iaitu mati dalam keadaan baik.

Banyak pengajaran yang Cuya dapat dalam novel ini. Cuya belajar, sebagai umat Islam yang bijak kita perlulah sentiasa ingat akan kematian. Buatlah persiapan yang terbaik dalam kita ingin bertemu dengan Allah.

Mati tidak mengenal usia. Sentiasa berdoa agar kita mati dalam keadaan Allah reda dan ampunkan segala dosa kita.

Dan jangan sesekali kita putus asa untuk hidup. Dalam novel ni pon ada sebut tentang hadis Nabi, jika kita bertemu hari kiamat dan dalam tangan kita ada benih maka tanamlah benih itu.

Maksudnya usaha la kita untuk teruskan kehidupan tanpa perlu kita risaukan masa depan kita. Sentiasa percaya dengan jalan yang Allah dan tentukan untuk kita.

Rencana Allah adalah Maha Baik.

Soal jodoh, rezeki dan ajal semua dah ditentukan Allah. Kita saja yang perlu berusaha dalam menggapai setiap apa yang kita inginkan.

Cuya jadi bersemangat bila baca novel yang penuh dengan pengajaran yang bermakna. Buat Cuya termenung seketika, Cuya sebenarnya boleh ubah takdir Cuya. Cuya cuma perlu terus berdoa dan tidak berputus asa dengan Allah . Yakin dengan Allah!



Cuya bagi novel ni 5 bintang!

Ending dia agak sedih, tapi apapon tiada yang kekal di bumi ni. Semua hanya pinjaman daripada Allah untuk kita.


Satu saat nanti, Cuya juga akan meninggalkan bumi yang fana ini. Hanya amal menemani di kubur nanti.

Moga kita semua mati dalam keadaan paling baik dan diredai Allah sentiasa. Aamin ya rabb.


Till then adios amigos 👋🏻 





15 comments:

  1. Replies
    1. Yaa komik MISI semuanya menarik. Yang penutup ni je novel panjang dan ada lagi novel lain tapi belum berkesempatan membelinya

      Delete
  2. Pengakhiran sedih ya. Bagus sarat dengan pengajaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, yang penting pengajaran cerita ni. Bagus novel ni banyak nasihat. Buat kita fikir mati itu dekat. Semoga pahala menyampaikan ilmu melalui novel ni berpanjangan buat penulis

      Delete
  3. Review yg simple tetapi mengajak kita memahami kandungan buku tersebut. Tahu tak Cuya, org yg mulia adalah mereka yg selalu ingat mati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kena selalu ingat mati barulah dikatakan muslim yg bijak

      Delete
  4. Replies
    1. Samalah Cuya pon dah lama sangat tak membaca novel
      Selalu baca komik dgn buku motivasi je

      Delete
  5. tengok pada tajuk dan tagline novel ni pun dah boleh agak ending dia macam mana tapi apa yang lagi indah bila dapat husnul khotimah. selesai di dunia insya-allah yang baik-baik juga di akhirat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2, inshallah yang baik2 sahaja untuk kita semua. Aamin ya rabb

      Delete
  6. ammi ada satu buku yang dah half way baca...ada satu tu sampul plastik pun tak bukak lagi. payah betul nak baca fizikal book sekarang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan cakap akak, kadang2 Cuya ni tahu beli buku, bacanya idok. Suka kumpul ajer..
      Hehehe

      Delete
  7. cantik ilustrasi novel ni. memula ingatkan komikk hehehe

    ReplyDelete

Followers