Wednesday, May 13, 2026

Episod Malas Memasak Tapi Rajin Kumpul Coins Shopee

Assalamualaikum Hello Coconuts!


Hari demi hari makin malas nak memasak ya. Tapi kita gigihkan jugak memasak sebab ada perut yang perlu diisi.

Kalau duduk sendiri takpeler, makan biasa-biasa je. Ni duduk ramai kenalah memasak walaupun malas .

Marilah bersama saya dalam episod malas memasak. 



Siap nasi goreng ayam saya. Memang serious malas memasak, tapi terpaksa juga memasak. Gigihkan jugaa...



Ni pon malas memasak, maka ibu lah yg rajin merebus. Cuya cuma tumbuk gula Melaka. Ngammmm


Sekali lagi malas memasak, maka kita masak sambal ikan bilis.

Daripada malas memasak, jadi tetaplah memasak walaupun malas. Hehe


Ni Cuya rajin. Setiap kali kul 8 ada game Shake Shopee untuk dapatkan coins . So Cuya dapatlah 7 coins. Okayla daripada takde. Dah beriya shake pon cuma dapat 7-8 coins .



Coins reward setakat ni di akaun utama. Untuk harini dah siap collect.


Ni coins collect daripada live dan video Shopee. Lagi sikit nak cukup kan 1000 coins. Jiayok!!!..

Usaha tak mengkhianati hasil!

Alhamdulillah dengan coins Cuya kumpul, dapat belikan hadiah untuk anak2 buah. Harini anak buah Cuya dah terima hadiah set mewarna Cuya belikan tu. Dia dah pasang angan-angan nak bawa set mewarna gi sekolah untuk subjek pendidikan seni dia tu. Seronok diorang.

Bila buka je set mewarna tu masing-masing macam " Wowwwww". Dulu masa Cuya kecik selalu berimpian nak set mewarna macamtu. Alhamdulillah Cuya penuhi impian Cuya dgn belikan anak buah Cuya set mewarna. Semoga bermanfaat lah buat anak buah Cuya.



Anak buah Cuya yang perempuan tu ingatkan painting pallet tu mekap 😂. Dia memang suka mekap tapi Cuya tak belikan la . Cuya harap diorang happy terima hadiah kecil Cuya. Selalu Cuya terima hadiah, kalini Cuya pulak memberi.

Anak buah Cuya yang lain Cuya berikan buku nota, sticker, pensil case dan yang dewasa Cuya berikan mekap. Anak dara sorang tu dah pandai mekap dah. Bila tanya mana belajar? Rupanya kawan2 dia semua pandai mekap.

Kalau tak dulu dia mana pandai mekap. So Cuyakan memang mekap collector, Cuya bagi je set mekap Cuya pada dia. Alhamdulilah Cuya dah ada geng mekap dah sekarang. Baru syok nak beri mekap.



Nota kaki: Korang dah join giveaway Cuya? Klik banner belah kanan atas sekali ya. View web version baru nampak.


24 comments:

  1. Dari malas lama² ikhlas, yang penting tak berenti masak terus. Malas² Cuya pon masakan semua nampak sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, daripada malas lama2 ikhlas buat kerana Allah.
      Alhamdulilah Allah bagi sedap, tetap la kena komen dgn mem besar 😂

      Delete
  2. Ada hari memang malas masak, tapi tetap juga kena masak.
    Dulu² je kalau shake² tu boleh dapat belas², puluh²... Sekarang memang idak dah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, malas2 tetaplah memasak.

      Dalam list shopee tu ada tulis org dpt puluh2. Ikut nasib kot

      Delete
  3. sedapnya ubi kayu rebus tu. lama tak makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula Cuya pon lama tak makan. Ni pon rezeki orang bagi

      Delete
  4. budak2 zmn genZ ni memang advanced lah bab2 make-up! terliur ubi kayu rebus la plakkk

    ReplyDelete
  5. Malas² pun berasap juga dapur tu Cuya 👍🏻
    Sukalah anak² buah tu dapat hadiah best gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harus berasap. Hehe.
      Alhamdulilah nampak gaya suka tu

      Delete
  6. Kak SA hari biasa x masak...abah dan dania masak..ni last minggu Dania ada kat rumah...lepas ni akak kena masak semula la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguskan ada orang boleh memasakkan di rumah. Senang kerja hehe

      Delete
  7. Amboiiiiii kecik-kecik dah pandai makeup. Kita yang tua ni calet powder je dengan lipstick. Malas tapi masak tetap nampak sedap. Ubi rebus tu kalau akak lebih suka cecah dengan sambal tumis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah si kecik tu minat mekap. Tapi yg Cuya bagi mekap tu pada anak buah dewasa.

      Alhamdulilah Allah bagi sedap. Tula Cuya masak sambal tu sebab ibu nak makan dgn ubi

      Delete
  8. Sedapnya ubi rebus. Lama tak makan ubi rebus cicah sambal ikan bilis 🤤

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuya pon jarang makan ubi rebus.. ni pon sebab orang.bagi merasalah kami

      Delete
  9. Ubi rebus mkn dgn sambal ikan bilis pun layan jgk =D

    ReplyDelete
  10. Nampak ubi rebus, sedap nya

    ReplyDelete
  11. Malas² cuya pun, jadi juga sambal ikan bilis dan nasi goreng.
    Seronok anak² buah Cuya dapat hadiah dari Busu. 😊👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malas2 pon haruslah memasakkan.. ada perut perlu diisi..
      Alhamdulillah seronok diorang.tuu

      Delete
  12. So far kalau malas atau letih memasak, suami akak kata makan kat luar...ok lah jugak. Ada option. Memang selalu memasak....tak kisah la simple macam mana pun. Ni Dania nak gi field trip pun nak memasak jugak biar dia kenyang nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus senanya memasak ni. Pengikat kasih sayang. Pahala pon dapat kan.
      Cuya pon kadang tak masak, beli luar je senang. Tapi zaman ekonomi tgh merundum ni banyakla kena jimat. Sesekali takpe

      Delete

Followers