Monday, April 20, 2026

Susun Tudung Mengikut Koordinasi Warna

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Pagi tadi Cuya share photodumps yang Cuya baru sahaja susun sebahagian tudung Cuya mengikut koordinasi warna masing2.

Malam ni Cuya susun tudung lain pula dalam laci. Kemain banyak ya koleksi tudung kauu 🤣.

Bila dah susun tu, baru sedar ada tudung Cuya beli tapi tak pakai-pakai. Haish orang perempuan kannn. Suka membeli, pakainya tidakk.

Padahal Cuya dah declutter tudung Cuya, tapi masih banyak lagi. Hehe


Cantik tak susunan warna Cuya? Macam pelangi kann. Baru syok nak tengok susunan gini. Sedap sikit mata memandang. Hehe



Tudung printed tak cukup bakul lak. Rasa macam kena beli lagi bakul macam ni. Kira macam organizer la. Aritu makngah Cuya yang bagi. Pastu Cuya tengok ada jual dekat DIY. Function jugaaa. Bila susun nampak lebih kemas dan senang nak capai tudung.

Kalau lipat biasa macam menggunung tudung tu sebab almari Cuya besar dalam dia.

Entah dari mana datang mood rajin tah. Dah takde kerja, maka kita menyusun la tudung2 kita.

Till then, adios amigos 👋🏻 

24 comments:

  1. Betul macam pelangi. Samalah banyak tudung tapi masih terkawal ada tempat hendak simpan. Hehe akak punya tudung tidak tersusun begini ikut koordinasi warna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saja Cuya susun ikut pelangi, tengah mood rajin nak susun.
      Biasalah orang perempuan jarang tudung sikit kan... hehe

      Delete
  2. Banyaknya koleksi tudung Cuya. Tona biru je dah separuh laci hihi. Dah boleh la bukak tiktok live jual tudung macam ni 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Ini bukan untuk dijual 😂. Ni baru sebahagian drpd tudung Cuya, ada lagi dalam almari hehe 🤭

      Delete
  3. Dah selesai nanti, pos mood rajin tu Akk pulak ahak 😆
    Seronok nak pilih & cari tudung bila dah disusun kemas gini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti Cuya pos 🤣
      Ya seronok sebab senang dah nak cari tudung. Barulah semangat sikit pandang almari tu

      Delete
  4. Tudung kena kemas selalu..baru la nampak ada yang tak pakai..hihi..
    Kalau kak Linda, banyak Kaler pink² je gitu..hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula memang selalu kena kemas. Mesti ada yang tak terpakai punya ..

      Oh favourite kak linda pink yaaa

      Delete
  5. lawa jer bila dh susun2 gini. MZ pun dh lama tak susun2 tudung dlm bekas/rak tu..rasa2nya kalau dikira2...dekat2 100 helai kot tudung bawal MZ...emmmm nanti lah MZ cari masa utk susun2 sambil kira ada berapa helai semuanya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah ehh Cuya tak terfikir nak kira tudung Cuya. Good idea!
      Nanti kira ya MZ hehe

      Delete
  6. haha tudung walaupun dah sealmari tapi tetap tak pernah cukup lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe! 🤣
      Bila je rasa nak cukup nii hahahah

      Delete
  7. Kakcie beli bakul kedai eco. Susun ikut tone warna senang nak ambil bila nak guna. Sama la ada tudung yang tak pernah pakai takde warna baju yang ngam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula dekat eco pon ada macam2 pilihan kan. Next time kena beli lagi.

      Aah betul. Kadang tak ngamm pon ya gak

      Delete
  8. Skrg shawl sy susun dkt drawer laci katil. Tudung bawal dkt drawer khas utk tudung bawal je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang bila dah ada ruang khas untuk tudung kan. Lebih tersusun

      Delete
  9. Utk tudung, saya takde organizer lagi. Lipat2 gulung2 je sbb dah tak muat nak letak haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu biasa.. memang dah tak muat dah. Mampat habis ni haha

      Delete
  10. Kerudung saya gantung dengan hanger susun, Cuya. Malas lipat² 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gantung lagi bagus. Mungkin lebih praktikal. Bergantung kepada individu masing2 kann
      Cuya takde ruang nak menggantung.

      Delete
  11. Ooooo... Cuya banyak tudung plain kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yupp.. banyak plain . Printed ada jugak.

      Sebab plain nak padankan dgn baju yg ada design. Kalau printed padankan dgn baju kosong

      Delete
  12. kalau time rajin sy boleh juga buat mcm tu tapi selalunya mmg tak rajinnnnn hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuya setuju! Banyak waktu tak rajin pon kekeke 😂

      Delete

Followers