Saturday, April 18, 2026

Royce' Potatochip Chocolate Original Jepun

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Entri sebelum ni Cuya ada beritahu yang busu Cuya baru sahaja pulang daripada Osaka, Jepun. Jadi Busu tak lupa untuk bawakan buah tangan untuk Cuya

Baca sini : Ole Ole Jepun


Haritu juga busu Cuya ada beri makanan daripada Jepun katanya suruh Cuya rasa.



Busu bagi Cuya Royce' Potatochip Chocolate Original Japan. Memang produk Jepun busu beli di airport katanya .


Bentuknya macam potatochip biasa dan tebal tapi disaluti coklat. First time Cuya jumpa keropok bersalut coklat .


Saiz potatochip di tangan Cuya. Rasa dia tersangat unik ya. Kombinasi pelik tapi sangat sedap di mulut.

Of course manis coklat tapi rasa macam coklat premium bergabung dengan rasa potatochip tu .

Menarik yaaa. Alhamdulilah rezeki dapat makan makanan orang Jepun. Orang Jepun selalu ada keunikan tersendiri dalam penyediaan makanan diorang kan .

Moga satu hari nanti Cuya pon boleh pergi ke Jepun. Teringin nak ke Disneyland. Selalu tengok iklan je, nak juga merasa bermain dalam dunia kartun zaman kanak-kanak.

Korang pernah try makanan orang Jepun tak?

Till then, adios amigos 👋🏻 

18 comments:

  1. Mesti ada rasa masin macam makan kerepek kentang dan coklat.
    Alhamdulillah atas rasa sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah..
      Rasa yang unik jarang nak jumpa kat Malaysia

      Delete
  2. Alhamdulillah atas rezeki yang diberi

    ReplyDelete
  3. No creo que lo pruebe. Te mando un beso.

    ReplyDelete
    Replies

    1. Es bueno. Deberías probarlo si vas a Japón.

      Delete
  4. Unik juga tu potato coklat. Kalau ada kat sini boleh try beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa unik enn. Tulaa.. kalau ada dekat family mart best sikit

      Delete
  5. akak kalau sesekali teringin jajan jepun masuk family mart,maklum la nak ke jepun ntah bila

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah Cuya pon lama tak ke family mart. Dulu selalu beli ramen dia

      Delete
  6. MZ doakan agar cuya dpt cuti2 tokyo dan gi disneyland one day! MZ dh 2x gi disneyland tokyo ;) 1st time gi disneyland was in paris...berpuluh thn lps ie masa dok kat Nottingham..kira childhood dreams come true gitu. salam 29 syawal utk cuya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin ya Rabb. Terima kasih orang baik!

      Seronoknya dapat rezeki jalan2 ke negara orang. Alhamdulilah...

      Salam 29 Syawal juga MZ! 😀

      Delete
  7. Akak pi disneyland kat Singapura je. Mudahan ada rezeki pi jepun yang dalam wishlist akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin ya rabb. Semoga akak dimewahkan rezeki dan dapat ke Jepun one fine day.

      Delete
  8. Mmng ada rasa potato chips tu la ye? Igtkan biskut kosong gitu jee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah. Memang rasa potato chips yang biasa kita makan digabung coklat

      Delete
  9. kat sini pun ada kedainya
    tp tgk harga terus x jadi membeli hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh kira mahal la ya? Biasalah produk import hehe

      Delete

Followers