Wednesday, April 8, 2026

Ole ole Jepun

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Busu Cuya dah balik daripada Osaka, Jepun.
Busu tak pernah lupa dekat Cuya, mesti ada sahaja buah tangan yang dia bawa daripada luarnegara.

Sebenarnya Cuya mengharapkan matawang kertas Jepun sahaja, tapi sayangnya busu dah tukar semuanya menjadi duit Malaysia.

Alaa sedihh

Tapi takpe, Allah beri rezeki lebih daripada tu.



Busu bagi 3 bar coklat halal daripada Jepun.



Keychain dan magnet Jepun


Bag comel polkadot .



Ni je coklat Malaysia lebihan busu saja bagi.


Dapat jugak semua duit syiling Jepun. Okayla sebab Cuya pon takde duit Jepun kalau tak silap.

Pagi sebelum Busu naik kapal terbang di airport ada jadi satu cerita. Pagi masa subuh tu busu tiba2 call Cuya. Macam emergency la tiba2 kan.

Cuya ingatkan pasal apa. Rupanya website Jepun yang busu kena log in di airport tu busu lupa password dia. Yang buat password dia tu Cuya.

Nasib baik ler Cuya hafal password dia. Boleh pulak dia terlupa nak save gambar password dia. Memang bertuah betul. Hahaha

Alhamdulilah password dia senang saja. Jadi pagi tu Cuya terus log in untuk dia sebab nak kena scan QR Code. Agaknya kalau busu tak dapat scan memang melepas ler busu nak ke Jepun.

Duit kertas Jepun tak dapat, tapi duit raya ada dapat makcik Cuya baru bagi. Alhamdulilah yeyy boleh shopping. Cuya ada beli something dekat shopee, nanti Cuya share bila dah sampai.

Till then adios amigos 👋🏻 

29 comments:

  1. Comel la keychain limau tu. Nampak sedap haha

    ReplyDelete
  2. Saya pun senang koleksi mata uang negara asing, lumayan bisa untuk kenang2an, juga sesekali dipakai untuk kerokan. hahaha

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah rezeki dpt mcm2..Bag polkadot tu comey =D

    ReplyDelete
  4. beg polkadot tu cute sgt!! MZ dan boys suka la travel to japan ni...cuya pun boleh gak fly ke sana ;) jepun tak sejauh europe dan tak semahal europe kosnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin moga ada rezeki one day fly ke sana... Hehe
      Kalau boleh nak travel satu dunia ni hahaha

      Delete
  5. Baru ingat2 uang Yen saya pun tak ada simpan. Kecuali koin. Ada beberapa uang kertas dari Azerbaijan, Belarus dan Georgia, tapi itupun disimpan Karena terpikir nak balik 😂. Walau ntah kapan. Jarang saya simpan matawang asing, kecuali Ringgit dan USD. Sebab Ringgit Krn rutin ke Malaysia tiap tahun. USD Krn mata wang utama . JD pasti ada

    Aedap2 coklat yg dibagi 😍😍.lihat gantungan kunci jeruk 🍊, macam real lah 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuya kalau travel atau family yg pergi ke luarnegara mesti wajib pesan minta bawakan matawang negara sana.
      Sebab Cuya kan collector duit. Hehe

      Iya cantikkan keychain tu

      Delete
    2. Cuya kalau travel atau family yg pergi ke luarnegara mesti wajib pesan minta bawakan matawang negara sana.
      Sebab Cuya kan collector duit. Hehe

      Iya cantikkan keychain tu

      Delete
  6. coklat tu sedap. last time kakak ngan abang saya pergi jepun pun bawak balik sekotak coklat kapal tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa sedap kann. Tapi ayah Cuya kata Cadbury lagi sedap 😂

      Delete
  7. Alhamdulillah murah rezeki Cuya dapat banyak souvenirs

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah.. busu ni memang rajin bersedekah dgn Cuya. Hehe

      Delete
  8. coklat kapal warna biru tu mmg souviner popular orang malaysia balik dari jepun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh patut laa... Memang benda wajib dibeli la ni ya

      Delete
  9. kami panggil tu biskut kapal
    ms g jepun dulu jumpa yg paling murah 99 yen
    apa lg kami pun memborong laaa
    alhamdulillah rezeki cuya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh biskut kapal yaa..
      Sedap betul biskutnya. Sayang nak habiskan.

      Alhamdulilah syukur dapat merasa coklat dari Jepun

      Delete

Followers