Tuesday, April 21, 2026

Kumpul Coins Di Shopee

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Cuya ni senanya dah lama tak membeli belah di shopee. Al maklumlah dah ada TikTok kan.

Tapi siapa sangka, membeli di shopee juga ada yang menguntungkan.


Contohnya slot mengumpul coins di shopee 

1 coin = 1 sen

Bunyi macam sikit, tapi sikit2 lah yang lama2 jadi bukit. Ye dak?

Nak kumpul coins ada banyak cara




Salah satu caranya adalah main game.
Kena main siram2 pokok biar boleh tuai pokok yang ada coins.

Banyakla proses tapi kita enjoy, takde stress pon.


Nanti pokok dah matang bolehlah tuai coins dia.


Ni contoh benih yang kita boleh tanam dan siram hari hari. Yang penting kena banyak bersabar jer.



Ni hasil coins Cuya lepas dah buat semua task selama 6 hari berturut2.

Termasuk tengok live , video, browse products dan main game.

Seronok tau kumpul coins. Yang penting konsisten.

Cuya dah guna dah semua coins ni. So dapat la tolak diskaun Rm12 lebih. Alhamdulilah...

Nampak macam sikit, tapi kira banyak ler tu. Siapa nak bagi diskaun macam tu kan?

Cuya baru shopping pagi tadi. Kalini barang daripada overseas. Agaknya barang apanya? Nantikannnnn....



Masih ada baki coins ni. Cuya nak kumpul lagi banyak2. Cuya tanya chatgpt, memang hari2 boleh kumpul coins. Cuya pon tak pasti.

Seminggu sahaja boleh dapat Rm15 lebih coins. Sape nak bagiiii. Gigih tak gigih Cuya?
Hahahah.

Dekat TikTok pon tak syok macam shopee. Rasa macam shopee lagi murah daripada Tiktok ekk. Kata abang Cuya la.

Tapi ada je barang shopee tak dijual di TikTok, dan barang TikTok tak dijual di shopee. Kena pandai2 la mencari barangnya.
Sebab TikTok kan orang luar negara rasanya takleh jual dalam Malaysia. Ke boleh ek? 🤔

Tak sabar nak tunggu barang special sampai!


Till then, adios amigos 👋🏻 

Nota kaki: Korang suka shopping Shopee ke Tiktok?

24 comments:

  1. Tak pandai la Akk benda² gini hihi .. selagi boleh cari/beli di kedai fizikal, di situlah Akk beli :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe kak, ikut lah mana selesa. Kedai fizikal pon bagus juga sebab senang boleh tengok barang depan depan.
      Cuma kalau online ni dia ada pros and cons tersendiri la kan.

      Kalau kedai fizikal kadang2 tak semua benda ada kan, terpaksa juga cari online. Kita manfaatkan semuanya sebaik-baiknya

      Delete
  2. kakcie selalunya tak tunggu banyak terus je guna coin tu. review product masuk gambar & video juga dapat coin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuya saja je kumpul sebab nak jimat banyak dlm satu pembelian. Betul, review pon dapat coins.

      Delete
  3. Wahh kan sikit2 lama2 banyakk la kan
    Kena rajin✅ tapi akak ni Bab games tu yg tak sukaaa hijiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, sikit sikit lama lama jadi bukit gitchuuu... Hehe

      Cuya santai2 je main game. Macam siram pokok hari2 tapi versi digital

      Delete
  4. Seronok tengok tapi kakak dah tua-tua ni tak pandai ikut games hiks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... Takpela, shopping cara kita ajer. Tak gitu?

      Delete
  5. Tak pandai nak main game tapi teringin dapat coin.. Camne tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Main tekan² je. Nanti dalam game tu dia ajar. Kalau taknak main game, boleh tengok live dgn video shopee, nanti auto dapat coins

      Delete
  6. MZ sgt kerap shopping mcm2 di shopee..kdg2 beli groceries pun kat shopee hahahah (MZ beli sardin, cili boh, teh etc kat shopee :p)..MZ ada jugak kumpul coins tapi selalu licin sbb guna utk beli mcm2 kan.tak sempat kumpul ribu2..paling byk pun dlm 4 ratus gitu jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh rajin ya shopping di shopee. Zaman dah berubah,dunia dah maju dgn teknologi sekarang semua menjadi lebih mudah. Hujung jari jerr kan kan

      Delete
  7. rajin lah cuya.. akak malas dah nak kumpul, kecuali buat feedback je.. hahaha..dapat lah 3 coins

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rajin sebab nak shopping punya pasal. Hahaha.. jimat banyak tu kalau kumpul coins. Lepas la beli nasi goreng 😂

      Delete
  8. byk tu coins cuya..akak dlm ratus2 je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak kena rajin tengok live dekt shopee atau video diorang. Nanti coins tu auto masuk. Hari2 kena check in untuk dapatkan coins.

      Sama macam TikTok pon gitu. Hari2 check in dpt bonus

      Delete
  9. Wahhh...Untung besar ni. Byk coin tu. Sy jarang2 main game dlm shopee =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki yang diusahakan takkan mengecewakan hehe

      Delete
  10. wahhh banyak juga tu
    tau2 je nanti dah 10k ;-)

    ReplyDelete
  11. Gigih Cuya kumpul point. Banyak tu, sampai boleh tolak RM12 shopping. 👍 Akak suka beli di shopee lagi. Tiktok, akak tak pernah beli. Ada juga tengok live lama² sampai boleh claim coin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulaa senanya seronok lagi beli di shopee sebab dapat kumpul coins... Aah banyak kan walaupun cuma rm12. Cuya pon selalu tengok live lama2 untuk tebus coin. Kadang2 biar je live tu dimainkan, sambil tangan pegang phone lagi satu no 2 😂

      Delete
  12. Dulu ada jugak kumpul coins pastu lupa hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula lama tak kumpul kadang2 jadi lupa kan. Hehe

      Delete

Followers