Assalamualaikum, Hello Coconuts!
Harini Cuya terima parcel lagi.
Kalini Cuya beli matawang lama dalam dan luar negara.
Duit ni keluar masa tahun 1967. Kiranya dah berusia 59 tahun gitu.
Lagi tua daripada usia Cuya. Kira barang rare jugak sebab duit ni dah tak produce lagi.
Harga dia mahal sikit la sebab barang rare ler katakan.
Ayah kata dulu ada duit kapal layar tahun sebelum Malaysia merdeka. Tapi Cuya try Google, tak jumpa la bentuk duit tu. Tu mesti duit zaman British kan. Entah apa rupa duit tu tah. Pelik betul tak jumpa dalam internet.
Korang tahu tak duit tu?
Duit daripada Bahamas ni cantik sangat. Dan harga dia yang paling mahal Cuya beli. Disebabkan Cuya suka design dia, jadi Cuya decide untuk grab je terus.
Ariary daripada Madagascar.
Serbian Dinara
Rupiah Indonesia
Ada yang duit sama Cuya dapat tapi takpe, untuk koleksi kan.
Cuya kalau pilih matawang kebiasaannya suka tengok design. Kalau lawa, Cuya beli. Ataupun kalau memang murah, beli sahaja untuk tambah koleksi.

Seronok dapat tengok matawang negara sendiri yang dah lama. Cadangnya akan datang nak cari jugak siri matawang lama Malaysia yang lama.
Tapi ongkos kena ada banyak la. 🤣
Semoga mewah rezeki Cuya supaya dapat kumpul lebih banyak koleksi matawang baru dan dapat travel merata dunia kutip matawang baru . Aamin ya Rabbal alamin
Till then, adios amigos 👋🏻







Kakcie ada duit rm1 tahun 1986-1989 tu. Ada juga beberapa keping duit negara lain. Tak kumpul pun ada orang bagi. Nanti ada masa kakcie buat entri.
ReplyDeleteWah menarikk.. selama ni pon semua duit Cuya ada orang bagi. Tahun ni baru first time beli duit online. Ingatkan takde orang jual, ada rupanya. Lepasni senang la nak beli matawang luarnegara.
DeleteMenarik..
ReplyDeleteYeahh 😁
Deletenice la koleksi cuya! masa MZ zmn sek men, MZ ada kumpul jugak duit2 gini..then tak tahu hilang ke mana album tu lps MZ masuk uni dan keje sbb tak dok kampung dah kan....
ReplyDeleteSayangnya dah hilang yaa
DeleteKalau tak boleh buat kenangan kan untuk anak cucu.
Cuya start collect masa sekolah rendah, lepastu sikit sikit lama-lama jadi bukit. Sekarang ada duit sikit boleh la beli sebab zaman teknologi dah bagus. Beli online saja senang alhamdulilah :)
kak linda ada simpan lagi duit RM2 yang lama
ReplyDeleteHah simpan jangan tak simpan. Kenangan tuuu
DeleteCuya pon ada simpan jugaa hehe
Duit RM1 tahun 1986 masih ada beberapa keping dalam simpanan sy =D
ReplyDeleteBagus2, boleh simpan buat kenangan. Seeloknya masukkan dalam album supaya lebih terjaga 😊
Deletemenariknya hobi cuya..kami generasi lama ni pun boleh tengok semula koleksi dulu-dulu
ReplyDeleteSeronok kan mengimbau kenangan lama. Menggamit memori dulu dulu. Tu yang seronok bila tengok matawang lama. 😊
Deletepernah tengok duit RM1 starting 1998 tu jela. rare betul hobi kumpul duit lama ni. nanti peram, bleh jual harga tinggi.
ReplyDeletekalau harga duit yg paling mahal tu kan, biasanya berapa harga yg dijual?
Aah kalau peram boleh jual balik.
DeleteYang duit bahamas tu sehelai Rm15. Walaupun sebenarnya nilai dia tak sampai bape sen. Tapi sebab dia matawang yang orang jarang dapat , rakyat Malaysia jarang ke Bahamas. So kos penghantaran dialah.
Hebat hobi ini...Cuya boleh join komuniti peminat koleksi matawang...boleh la share hobi masing-masing dengan penuh teruja
ReplyDeleteCuya cuma collector newbies sahaja. Saja suka suka. Tula patut boleh join komuniti mana mana untuk tambah ilmu baru kan. Kalau ada geng seronok juga 😄
DeleteAkak yang dah usia 50-an ni pun tak sempat jumpa duit $1 tahun 67 - 76 tu. Mungkin la abah ada tapi masa tu kita tak faham lagi, hihi.
ReplyDeleteAah kalau lahir sebelum merdeka sempat la jumpa duit tu.
Deletebeli kat mana semua duit tu? Abe kie cuma ada sikit je duit matawang negara luar sbb jrg travel.
ReplyDeleteBeli kat shopee je Abe Kie..
DeleteShopee semua benda ada, apa jer takde hehe
Uwaaaah bisa dpt yg rare ya cuya 😄😍. Eh duit yg Rp1000 tuh masih berlaku. Saya masih pakai untuk bayar parkir 😄.
ReplyDeleteYa, dapat juga yang rare. Alhamdulilah hehe .. Iya yang rupiah tu masih boleh digunakan.. tapi Cuya dapat duit cantik, kalau tak koleksi sebelum ni dapat duit buruk jer 😂
DeleteBagus hobi ni Cuya... buat something yang menggembirakan hati.
ReplyDeleteAlhamdulilah betul2. Isi masa lapang
Delete