Tuesday, April 14, 2026

Beli Matawang Baru Lagi

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Harini Cuya terima parcel lagi.
Kalini Cuya beli matawang lama dalam dan luar negara.



Siapa duduk di zaman duit  ni? Duit ni bukan zaman Cuya tapi zaman ibu dan ayah.
Duit ni keluar masa tahun 1967. Kiranya dah berusia 59 tahun gitu.

Lagi tua daripada usia Cuya. Kira barang rare jugak sebab duit ni dah tak produce lagi.

Harga dia mahal sikit la sebab barang rare ler katakan.



Rujukan tahun duit Malaysia dikeluarkan.

Ayah kata dulu ada duit kapal layar tahun sebelum Malaysia merdeka. Tapi Cuya try Google, tak jumpa la bentuk duit tu. Tu mesti duit zaman British kan. Entah apa rupa duit tu tah. Pelik betul tak jumpa dalam internet.

Korang tahu tak duit tu?


Duit daripada Bahamas ni cantik sangat. Dan harga dia yang paling mahal Cuya beli. Disebabkan Cuya suka design dia, jadi Cuya decide untuk grab je terus.


Ariary daripada Madagascar.


Serbian Dinara


Rupiah Indonesia 


Ada yang duit sama Cuya dapat tapi takpe, untuk koleksi kan.


Duit ni semua kategori UNC ( Uncirculated) maksudnya ianya tidak digunakan dalam perbelanjaan harian disebabkan itu kualiti dia bagus dan cantik macam duit baru.

Cuya kalau pilih matawang kebiasaannya suka tengok design. Kalau lawa, Cuya beli. Ataupun kalau memang murah, beli sahaja untuk tambah koleksi.

Seronok dapat tengok matawang negara sendiri yang dah lama. Cadangnya akan datang nak cari jugak siri matawang lama Malaysia yang lama.

Tapi ongkos kena ada banyak la. 🤣 

Semoga mewah rezeki Cuya supaya dapat kumpul lebih banyak koleksi matawang baru dan dapat travel merata dunia kutip matawang baru . Aamin ya Rabbal alamin 

Till then, adios amigos 👋🏻 

24 comments:

  1. Kakcie ada duit rm1 tahun 1986-1989 tu. Ada juga beberapa keping duit negara lain. Tak kumpul pun ada orang bagi. Nanti ada masa kakcie buat entri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah menarikk.. selama ni pon semua duit Cuya ada orang bagi. Tahun ni baru first time beli duit online. Ingatkan takde orang jual, ada rupanya. Lepasni senang la nak beli matawang luarnegara.

      Delete
  2. nice la koleksi cuya! masa MZ zmn sek men, MZ ada kumpul jugak duit2 gini..then tak tahu hilang ke mana album tu lps MZ masuk uni dan keje sbb tak dok kampung dah kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayangnya dah hilang yaa
      Kalau tak boleh buat kenangan kan untuk anak cucu.

      Cuya start collect masa sekolah rendah, lepastu sikit sikit lama-lama jadi bukit. Sekarang ada duit sikit boleh la beli sebab zaman teknologi dah bagus. Beli online saja senang alhamdulilah :)

      Delete
  3. kak linda ada simpan lagi duit RM2 yang lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah simpan jangan tak simpan. Kenangan tuuu

      Cuya pon ada simpan jugaa hehe

      Delete
  4. Duit RM1 tahun 1986 masih ada beberapa keping dalam simpanan sy =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus2, boleh simpan buat kenangan. Seeloknya masukkan dalam album supaya lebih terjaga 😊

      Delete
  5. menariknya hobi cuya..kami generasi lama ni pun boleh tengok semula koleksi dulu-dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok kan mengimbau kenangan lama. Menggamit memori dulu dulu. Tu yang seronok bila tengok matawang lama. 😊

      Delete
  6. pernah tengok duit RM1 starting 1998 tu jela. rare betul hobi kumpul duit lama ni. nanti peram, bleh jual harga tinggi.
    kalau harga duit yg paling mahal tu kan, biasanya berapa harga yg dijual?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kalau peram boleh jual balik.

      Yang duit bahamas tu sehelai Rm15. Walaupun sebenarnya nilai dia tak sampai bape sen. Tapi sebab dia matawang yang orang jarang dapat , rakyat Malaysia jarang ke Bahamas. So kos penghantaran dialah.

      Delete
  7. Hebat hobi ini...Cuya boleh join komuniti peminat koleksi matawang...boleh la share hobi masing-masing dengan penuh teruja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuya cuma collector newbies sahaja. Saja suka suka. Tula patut boleh join komuniti mana mana untuk tambah ilmu baru kan. Kalau ada geng seronok juga 😄

      Delete
  8. Akak yang dah usia 50-an ni pun tak sempat jumpa duit $1 tahun 67 - 76 tu. Mungkin la abah ada tapi masa tu kita tak faham lagi, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kalau lahir sebelum merdeka sempat la jumpa duit tu.

      Delete
  9. beli kat mana semua duit tu? Abe kie cuma ada sikit je duit matawang negara luar sbb jrg travel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli kat shopee je Abe Kie..
      Shopee semua benda ada, apa jer takde hehe

      Delete
  10. Uwaaaah bisa dpt yg rare ya cuya 😄😍. Eh duit yg Rp1000 tuh masih berlaku. Saya masih pakai untuk bayar parkir 😄.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, dapat juga yang rare. Alhamdulilah hehe .. Iya yang rupiah tu masih boleh digunakan.. tapi Cuya dapat duit cantik, kalau tak koleksi sebelum ni dapat duit buruk jer 😂

      Delete
  11. Bagus hobi ni Cuya... buat something yang menggembirakan hati.

    ReplyDelete

Followers