Tuesday, February 11, 2025

Parcel Untuk Harini

Assalamulaikum, Hello Coconuts!


Macam biasalah bulan ni bulan shopping Cuya. So ada lah beberapa paket parcel yang datang ke rumah.
Agak-agak kurier pon dah cam rumah Cuya.




Siri Le Gardinie Love Note yang baru. Buku-buku dia semua masih cantik walaupun preloved.
Lama juga nak tunggu post daripada seller.
Dapat free 2 buku alhamdulilah..


Kalau sesiapa yang pembaca komik mesti pernah baca buku Le Gardenie yang lama



Buku ni sekarang dah jadi rare, jadi orang jual mahal. Dulu Cuya hampir beli yang murah, tapi masa tu Cuya tak berapa nak ada duit. Hahaha Sedih kan..

Sekarang nak beli pulak rasa tak berbaloi sebab mahai amat hanya untuk komik.
Jadi better Cuya beli buku Le Gardinie yang baru.

Rupanya, Le Gardinie Love Note ni boleh baca free je dekat website. Tapi Cuya tak suka baca dari handphone, lebih suka buku fizikal. Seronok boleh sentuh selak dari muka ke muka berbanding skroll je phone tu. kan?

Shopping buku takkan habis sebab sasaran Cuya nak beli banyak-banyak untuk bahan bacaan tahun ni.
inshaAllah




KARIPAP FROZEN

Kakak ipar Cuya bawa balik karipap frozen untuk ibu.
So harini Cuya masak la karipap ni




Ada dua jenis. 
Karipap bentuk biasa isi kentang,
yang bentuk bulat tu sardin


Kita masuk je dalam air fryer, suhu agak jela...



Sedap rasa karipap ni  lagi-lagi makan masa panas kan.
Mantap~

Terima kasih Kak lidya sebab bagi karipap dan belanja kitaorang macam-macam.
Moga kakak ipar Cuya dikurniakan dengan cahaya mata yang soleh dan solehah.

Moga ramai-ramai mendoakan kakak ipar Cuya untuk mendapat cahaya mata. Aaamin... 

till then,

adios amigos!






27 comments:

  1. Baca komik sambil makan karipap pasti best. 😆

    Komik Le.Gardenie versi versi Ben tu pernah baca dalam majalah Utopia. Best jugak ceritanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah ya sambil makan sambil baca itu bestttt
      Aah, dulu Cuya pernah baca tapi dah tak ingat jalan cerita

      Delete
  2. Replies
    1. Cuya pon first time tengok karipap bulat hehe

      Delete
  3. Karipap bulat agak rare, jarang jumpa skrg ...
    Semoga Allah SWT kabulkan hajat kak ipar Cuya 🤲🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuya pon tak pernah jumpa karipap bulat...

      Aamin ya Rabb, moga2

      Delete
  4. Rajin beli komik.
    Semoga murah rezeki kakak ipar Cuya. Amin.

    ReplyDelete
  5. Antara makanan frozen paling top rasanya karipaplah. Bagus betul untuk disimpan, jika perlu makan karipap boleh goreng sahaja. Biasa inti lebih banyak dari karipap yang jual di gerai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, karipap frozen homemade lebih ad inti berbanding yang jual
      Sedappp

      Delete
  6. wah beli online ye? akak nak try cari buku online juga la. tak sempat nak belek kat kedai dah sekarang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah beli online saja...ad kt fb, carousell...yg ni preloved buku

      Delete
  7. Akak hilang buku last Le Gardenia lama tu. Pening mencari. Rasa nak kena beli balik utk completekan. Takut terikut ke kotak recycle ja. Yang Love Note tu cerita baru ke Cuya?
    Hari ni, akak air fryer karipap jugak. Jiran bagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Love note ni kisah yg lebih kurang Le Gardinie. Watak dia nama buah jugak
      Kisah berbeza sikit... Cuya pon tk ingt buku Le Gardinie
      Harap akk jumpa balik la buku tu...

      Delete
  8. Cantik pulak yang bentuk bulat tu. Sedapnya nampak karipap tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul cantik dan unik sebab jarang orang buat

      Delete
  9. Kalau karipap bentuk bulat, di Kuantan dan Pekan, ianya Temosa Raja. Inti ikan dan telur rebus.

    ReplyDelete
  10. Sama ngan MA..suka baca buku fizikal drp online...
    Lamanya x buat karipap sbb beli yg frozen je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yey geng~
      Cuya lagilah tak pernah buat karipap hehe tahu beli saja

      Delete
  11. Samaa cuya, saya pun lebih suka baca buku fisik drpd ebook. Ebook masih baca, tp saya batasi waktunya, Krn mata saya tak kuat terlalu lama lihat ebook.

    LBH suka buku fisik, dan lagipun buku fisik ini ada aroma kertas yg tak bisa diganti 😍🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya CUya suka dengan aroma buku baru! Kalau pegang buku lagi seru berbanding ebook.
      Cuya tak pernah baca buku ebook sebab Cuya kan rabun, risau bertambah power lagi dekat mata ni... lagi rabun jadinya

      Delete
  12. komik tu ceritanya bersamnung2 ke?
    ke guna watak sama.tp cerita lain2?

    ReplyDelete
  13. karipap bulat. susah nk jumpa. nak menggentel malas. renyah

    ReplyDelete

Followers