Followers

Thursday, March 28, 2024

Ada Gaya Pensyarah ke?


Assalamualaikum, Hello Coconuts! 

Cuya tengah sibuk skroll galeri gambar sebab sedang mencari idea untuk update blog ni. Lepas tu terjumpalah gambar-gambar selfie yang mengingatkan Cuya pada satu kejadian zaman diploma.


Cuya kalau ke kelas memang selalu berbaju kurung dan kadangkala kalau rajin mekap juga la kan.

So satu haritu Cuya sedang naik ke tangga untuk ke tingkat atas satu bangunan ni bersama kawan Cuya. Tiba-tiba ada seorang student lelaki bersuara,

" Assalamualaikum Puan.... "

Pastu Cuya tersenyum je. Then kawan dia lagi sorang tu cakap " Ehh student la! "

Cuya dengan kawan senyum je sebab student tu panggil Cuya puan semestinya beranggapan Cuya pensyarah dekat situ. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚  Cuya sebenarnya memang bercita-cita untuk menjadi seorang pensyarah tapi tak sangka pulak seawal gini! HAHAH


Itu baru satu kisah. Kisah kedua bila Cuya pergi wedding kawan baik Cuya. Tiba2 kawan Cuya text Cuya,

" Suha, tadi pakcik Huda tanya huda....Kawan Huda tu cikgu ke? " * Dia maksudkan Cuya.

Cuya gelak je.. Agaknya gaya Cuya ni memang macam cikgu agaknya?




Agak kita pakai tudung gaya macam ni macam cikgu eh?


Yalah, kalau wedding mesti kita pakai baju kurung , tudung lak pin atas kepala.. Cikgu2 kan selalu pakai tudung gaya ni kan? Hhahahaha


Ni pon masih di kenduri kahwin kawan yang sama...Tema baju pon lebih kurang warna masa nikah member


Masa kahwin jela nampak kita berbaju kurung.
Kalau kita kerja ofis of course kita bertukar2 baju.

Even Cuya time belajar pon dalam sebulan tu baju semua lain2, al maklumlah rumah dekat je dengan tempat belajar. Tu tiap minggu balik, tukar baju.

Cuya bolehlah tukar2, kalau member Cuya yang rumah jauh nak taknak kena pakai baju sama ajer la.

Kita pulak sejenis banyak baju kurung, tu pakai je semua. Sayang tak pakai kann



Takpela, tak dapat jadi pensyarah.. orang anggap kita macam pensyarah dengan cikgu pon jadi la ya.
Janji gaya dah ada xD


Nota kaki: Bukan Cuya je orang cakap macam cikgu, ibu Cuya pon orang cakap benda sama. Nampaknya Cuya dah terikut gaya Ibu.. hehhehe









27 comments:

  1. Moga cita2 nak jadi pensyarah dimakbulkan

    ReplyDelete
  2. itu maksudnya cuya membawa aura pendidik.. teruskan melangkah.. insyaAllah boleh...

    ReplyDelete
  3. Sama la dgn Akk, org selalu ingat cikgu :D
    Apa jua impian Cuya, Akk doakan agar tercapai ๐Ÿคฒ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin ya Rabb..terima kasih kak... Semoga doa berbalik pada akk

      Delete
  4. Semoga cita-cita Cuya makhbul...biasanya pandangan orang lain terhadap kita boleh betul-betul terjadi

    ReplyDelete
  5. Cuya kalau minat...cuba cek, rase nya tgh buka lagi tu tawaran DPLI...cuba lah mohon...
    kak linda zaman belajar dulu, memang berseluar je + kasut sukan...berbaju kurung pun + kasut sukan...tp rasenya berbaju kurung kalau ada presentation je kot...selain dr tu, mmg berseluar lah kita... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minat tapi parent tak galakkan... heheh
      Cuya nak berseluar tapi blouse tak banyakkk

      Delete
  6. Mana satu hari nanti bila bila ramai mendoakan dan usaha ke arah tu, tak mustahil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah moga yang baik2 sahaja akan jadi... hehe

      Delete
  7. Adalah gaya sikit.. Macam mak-mak. Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah layak jadi mak, sebab tu mcm mak2... hehhe

      Delete
  8. Aura cuya terlihat smart, karenanya dikira lecturer. Apalagi skr pun dah banyak dosen atau guru muda yang juga stylish dalam penampilan. Kdg kalau saya ke sekolah anak saya, macam tak percaya itu guru mereka, Krn terlihat muda ๐Ÿ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni ramai sudah guru muda... Memang nampak tersangat muda, seolah2 adik saja gayanya.

      heheh

      Delete
  9. Auchh segaknyaaa cuya .. insyaAllah apa yang diimpikan beserta dengan doa dan usaha insyaAllah kalau Allah nak bagi rezeki tu akan ada ja .. tak kemana ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha makasihh .. InsyAllah moga yang baik2 sahaja untuk kita semua.. hehe

      Delete
  10. gaya pendidik tu ada kan, semoga tercapai cita-cita Cuya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin.. kalau tak dapat jadi pendidik untuk murid, moga dapat jadi pendidik untuk anak2 ehehe

      Delete
  11. memang ada gaya mcm cikgu2 muda punnn esp sbb cuya pakai spec kan hehhhehhe if nak jadi lecturer, jom buat phd!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnhya dapat belajar tinggi2 dan jadi educated woman :D

      Delete
  12. rasa macam dah komen sebelum ni
    tak masuk rupanyaaa

    ReplyDelete
  13. memang ada ye gaya pendidik tu... vibes ii pensyarah yang sporting and comell heheheheh

    ReplyDelete