Followers

Sunday, December 17, 2023

First Time Ambil Servis Manicure ke rumah


Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Harini adalah hari yang paling dinantikan Cuya. Beberapa hari lepas Cuya tiba-tiba terasa nak guna servis  manicure ke rumah. Manicure tu maknanya perbuatan mencantikkan kuku uolls. Yang main kilat-kilat tu. Cari punya cari, akhirnya jumpalah satu servis manicure area Jasin juga.

Lepas dah tanya itu ini, so today it's the day! Cuya janji jam 11 am, tapi disebabkan Cuya ada hal, so sister yang buat manicure ( Cik Ra)  datang petang. I am super excited sampai tunggu depan pintu rumah. Beberapa kali ulang alik juga menunggu penantian kereta yang asing untuk meluncur masuk ke dalam kawasan rumah Cuya. Gitchewwww.

Al maklum ler, kita first time buat manicure. Haritu turun KL banyak gila kedai manicure, kita jadi teringin dan terbawa-bawa impian kita sampai ke harini. So harini kita nak realisasikan impian kecil kita. 

Cik  Ra kita sampai dalam jam 5:30 petang. Datang-datang Cuya ajak masuk bilik sebab dah on aircond. Tu diaa semangat nak manicure dalam ekon.. eheks . Jom kita tengok proses kilatkan kuku Cuya!


Antara peralatan dan bahan manicure



Mula-mula Cik Ra bersihkan kuku Cuya dengan wet towel yang sudah direndam.




Lepastu ketip kuku Cuya diatas bantal babypian edisi Haqiem Rusli. Tu diaaa siap mention jenama bantal.Kah!


Lepastu buang cuticle di tepi kuku. Cik Ra kata biasanya kalau certain tempat buat manicure takde pon buang cuticle macam ni.

Nampak macam mudah, tapi susah juga proses pembuangan kutikel ni sebab ada penggunaan alat yang agak tajam dan membahayakan. Orang yang expert je boleh guna.


Ni pulak proses filing, untuk membentukkan kuku



Cuya baru perasan Cuya terlupa ambil gambar proses Buffer. Basically buffer tu untuk kilatkan kuku.

Maklumlah Cuya terlalu ralit tengok Cik Ra kitai kuku kita. Hahahha


Proses sama diulangi untuk tangan kiri dan diakhiri dengan penyapuan krim pada tangan.

Proses manicure ambil masa jam 1 jam sahaja.

Lepastu Cik Ra main tarik jari jemari Cuya macam senaman jari.



Nak tengok hasilnya?



Sebelum, kuku Cuya memang sengaja Cuya biarkan panjang.


Selepas dipotong pendek, dan dikilatkan. Kalau tengok depan mata lagi nampak kilatnya.





Nampak pantulan pada kuku Cuya tu kan? Macam pantulan kaca gitu kilat dia.


Harga classic manicure RM40 jer.. Haritu Cuya tanya spa area kawasan Cuya RM40 juga, tapi express punya manicure. Selalunya express ni takde buang kutikel.

Ni RM40 siap datang rumah lagi. Jimat minyak uolls... mana untung? Hehehe

Ofkos buat kat rumah 😄

Selain buat servis manicure, Cik Ra pon buat servis urut tradisonal, bertungku dan urutan lain sesuai untuk orang yang baru bersalin. Btw Cik Ra kata dah nak dekat 2 tahun dia tak buat servis manicure.
Yang lebih mengejutkan Cuya Cik Ra sedang sarat mengandung! Gigihnya Cik Ra kita datang buat servis.

Terima kasih sejuta lemon!


Lepastu dapat alat filing free. Masheh Cik Ra cantik!

Papepon Cuya puas hati dengan servis Cik Ra  tambah 10 markah sebab dia peramah. Hehehe

Cik Ra pesan suruh makan suplemen ada zint, vitamin E sebab kuku Cuya macam tak berapa sihat. Nanti nak kena cari ni.

Nak manicure ni tak boleh hari-hari tau. Dua minggu tu kalau nak buat filing sahaja pon dah okay. Sebab kuku kalau manicure selalu nanti jadi lembut dan menipis.

Sesekali manjakan dan reward diri sendiri tak salahkan?

Kuku cantik, kita pon feeling2 cantik bak kata Cik Ra
walaupun muka kita tak cantik. KAH!


Last but not least,
Masheh Cik  Ra servis tiptop!





















37 comments:

  1. waaa beshnyaaa MZ tgh nak cari masa nak gi spa ni...berkurun dah tak gi massage dan body scrub ni...tp jadual keje penuh, so tak tau la bila boleh pegi spa niiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergilah kak...sesekali manjakan diri kan best wohh

      Delete
  2. seronoknya siap datang rumah eh. lebih privacy takyah pakai tudung hiihih

    ReplyDelete
  3. bestnya, kuku pun nampak berseri seri. rasa nak try juga, kuku nampak berseri seri tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try jangan tak try..tak rugi cantikkan kuku

      Delete
  4. Cantik dia buat walaupun takde buffer. Murah sebab dia datang rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada buffer tu.. Maksud Cuya, Cuya lupa nak ambil gambar masa dia tengah buat buffering..
      Kalau tkde buffer die tk kilat.. hehe

      Delete
  5. uncle seriau kalau orang lain potong kuku uncle....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahhaha...Cuya ni pon first time orang luar potongkan kuku Cuya.. hehe

      Delete
  6. Wahh tak sangka ada juga servis ke rumah. Senang tak perlu keluar rumah hehehe

    ReplyDelete
  7. Seronoknya memanjakan diri. Best juga tunggu kat rumah je kan.....kilat kuku cuya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah...akak try la..sesekali kan. Aah tengok depan2 lagi kilat macam kaca

      Delete
  8. sesekali memang perlu memanjakan diri ya :)

    ReplyDelete
  9. wah bestnya ..siap dtg rumah lagi..nice

    ReplyDelete
  10. ya Allah Cuya..kak linda nk potong rambut pun x sempat p kedai...hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahhaha suruh org dtg rumah kak.. Cuya penah je panggil org dtg rumah potong

      Delete
  11. Wah cantik kejadiannya ...tk sangka kat jasin pun ada servis ni

    ReplyDelete
  12. murah juga tu...
    ooo tengah pregnant rupanya...
    rezeki baby laa tu bila cuya hire dia...

    ReplyDelete
  13. bestnya.. dekat uni zaty ada jugak student yang buat servis ni and yah sampai tertidur jugak la sebab selesa hehehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula sebab best kan... memang kadang2 org dibuai mimpi.. hehe

      Delete
  14. Bestnya, ala² princess gitewww ahak!

    ReplyDelete
  15. Menarik juga tu. Manicure kat rumah.. tak sangka pula servis manicure pun ada ke rumah juga. Biasa dengan facial dengan hair care. Lagi best buat kat rumah la.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah Cuya pon saja2 cuba mencari kot2 ada manicure ke rumah. Alhamdulilah jumpa gak

      Delete
  16. Baru perasan saya tak follow blog cuya lagi.. ok dah jadi follower yg ke 646 :D

    ReplyDelete
  17. ammi tak pernah buat manicure...biasanya pergi buat pedicure and foot treatment je sbb kuku tangan habis digigit...mujur kaki tak boleh nak dilentur dah. kalau tak kuku kaki pun selamat ahaksss

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak suka gigit kuku ya... hahahhah nasib baik kaki tak boleh gigit

      Delete
  18. Saya pun suka manicure pedicure 👍❤️❤️. Biasanya 6 bulan sekali, kebetulan rutin perawatan rambut, jadi kalo sedang treatment, sekalian kuku pun di rawat 😁.

    ReplyDelete
  19. murah sgt tu cuya siap dtg rumah lagi. best betul

    ReplyDelete