Followers

Saturday, September 2, 2023

Campak Belakang Zaman Diploma Politeknik

Assalamualaikum,Hello Coconuts! 😄

Seketul Cuya dalam mood suka #CampakBelakang aka Throwback memori-memori lama. Gambar banyak hilang entah ke mana sebab tak sempat save dalam hard disk. Kadang-kadang tak rajin nak ambil gambar. Sebelum hilang, baik save dalam ni. Bijak ke bijak?

Kita enjoy jela mana yang ada ya.

Kalau siapa nak tengok Cuya Campak Belakang Degree, boleh klik link di bawah:




Bersama classmate Diploma in Tourism Management di Politeknik Merlimau Melaka. Rasanya gambar ni trip yang terpaling awal di A famosa Melaka.

Ni masa mengunjungi Rumah Terbalik di KL tak silap. Lupa namanya apa.






Yang rajin tangkap gambar opkos la gegirl . Perempuan dengan kamera berpisah tiada. Kikiki


Bergambar di hadapan Dewan Platinum di Poli Merlimau. Masing-masing pakai baju koperat.




Lawatan ke Tanjung Tuan . Masa ni ada night trekking, berendam sampai hilang la spec Cuya. Kasihannn



Masa ni taktahu mata nak pandang mana. Rabunnnnn Bole teka Cuya mana satu?



Masa kat sini Cuya ingat Cuya ada dapat hadiah sebab jawab soalan daripada trainer dengan betul.

"Apakah beza rama-rama dan kupu-kupu?"

Cuya pon jawab,

"Beza dia waktu serangga tu keluar. Rama-rama keluar malam, kupu-kupu keluar siang"
Sebab Cuya ada tengok cerita tentang serangga di TV. Hahaha

Kat sini pon kali pertama Cuya dapat pegang ular. Anak ular la tapi...
Lembik je ular tu tapi comel. Hehe






Trip ke KL untuk commentary (Presentation berlakon jadi Tour Guide)



Pergi Masjid Negara terjumpa sasterawan. Mula-mula Cuya tak perasan dia, tapi classmate Cuya, Ira dia beritahu Cuya. Maka Cuya pon tanpa segan silu pergi tegur sasterawan negara .
" Assalamualaikum, Encik ni A. Samad Said ke?"

Lepastu dia balas
"Nampak gayanya macam tula"

😂😂

Kelakar juga sasterawan kita ni. Masa form one Cuya belajar puisi daripada dia lah bertajuk The Dead Crow. Menggamit memori betul. Jadi memang tak lepaskan peluanglah bergambar dengan sasterawan hebat. Cuya opkos nak berdiri sebelah orang hebat ni nak ambil aura dia.  Eheks

Budak zaman sekarang kenal ke A.Samad Said ni? 😀



Dari kanan, Alin , Aqish, Hanim, Amira, Ima, Ira, A. Samad Said, Cuya, Qeela, Liza, Suhaily.


Happy giler dapat jumpa orang hebat! Senyum manyak lebar. Kikiki


Ni masa pergi Taman seribu Bunga dekat Ayer Keroh kalau tak silap
Dari kanan, Farzana, Nabilah, Aisyah

Ni zaman kamera boleh setting boomerang. Comel je en 😂😂

Boomerang zaman tok kadok ni. HAHAHHA
Kualiti kamera asal boleh je 😂


Dari kanan, Fatin, Hanniz, Munirah, Yang ni Cuya lupa nama dia sebab senior rasanya, Fadzira, Aina, Aisyah, Liza, Cuya


Bergambar dengan hippo . Cuya tengah posing gaya abad Millenium 😂


Cuya lupa la ni kat mana, tapi kitaorang pergi main basikal. Naik kematu bontot. HAHA
Dekat Paya Indah la rasanya







Ni masa sibuk nak hias taman untuk salah satu subjek tourism. Takde idea, so kita wefie jela. Hehe


Dari kanan, Ira, Qeela, Cuya, Liza
Antara kawan rapat zaman Poli.


Dari kanan, Fatin, Amira
Ni pon close juga masa belajar.

Acah-acah photographer hebat , gantung jubah konvo kat pokok. 😂




Dari kanan, Hanim, Nisa

Geng2 konvo duduk sebaris

Bersama bestie zaman poli. Sampai sekarang masih contact 


Belakang dari kanan, Tan Wen Chong, Izzaudeen, Faizil (EJ)


Bersama Qeela shayang 💘



Dari kanan, Cuya, Qeela, Liza, Amira, Ira, Kak Fit (Cuya panggil Fitriyah Chan) 💓💋








Geng lepak rayau malam-malam sampai pagi. 😂😂




Hari konvo dapat jumpa Amira dulu, so selfie duluan baru kamu. :D


Bersama fatin dan ibunya. Parent Cuya mana? Diorang tak datang sebab tak larat. Kesian Cuya...huhuhu

Sib baik abang Cuya sorang datang ganti.













Geng konvo



Alhamdulilah abang tangkapkan gambar. Ada lah juga kenangan

Bunga pon abang belikan, masheh abang. Sweetnya...
Hehe

Junior Cuya, Dayana.

Pre- convo. Saja post tak ikut turutan. hahah


Dari kanan, Fadzira, Amira, Hanniz, Farzana, Nabilah, Cuya, Kak Hani, Fatin









Posing selagi boleh. Nak kumpul memori





Cuya yang terpaling ngade2 nak berpangku. Engko ingat engko baby lagi eh? HAHAHHA

Gegirl DUP Tourism Management






Biasa memang lepak ngan bestie kita. Sebab Liza suka ajak lepak makan. Hehe











Mira nak borak apa tu?



Eceh eceh.. model r tu? HAHHA

Mira sedang berbahagia

Eh jodoh lalu ke tu?

Lupa nak tutup mulut, lalat dah masuk.


Posing " Penat teman memikior masalah negara"




Dak-dak nakal naik basikal.

Cuya ni posing apa pon taktahu.
Macam patah tangan pon ya 😂

Cuya tengah ready nak rempitzzz


Samseng basikal kampung



Gambar dari IG DUP PALACE.


Event kitaorang Gegau Katz Vaganza.Event yang mengumpul pelbagai jenis kucing di Dewan Platinum, Poli Merlimau. Masa ni Cuya tiba-tiba jadi bidan terjun jadi Emcee. Gasaklah labu, tak pernah jadi emcee. Hentam sajalahh

Lepastu Cuya ada reka pantun untuk dibaca oleh jemputan untuk program ni.
Bila Puan tu baca je, dalam hati wahhh bangga dia baca pantun aku buat 😂😂

Pergi ke Paya Lebar mencari Lokan. Habis bermandi lumpur!


Trip ke Thailand, gambar lain Cuya tak jumpa dalam folder sebab handphone asyik bertukar sebab rosak.

 Ni gambar ambil melalui service di Red Planet Hotel di Thailand. Sib baik masih simpan di email

Bersama classmate lain 😊

Rasanya di hotel ni lah,malam-malam ada orang pusingkan tombol pintu bilik kitaorang. Seram masa tu.
 Rupa-rupanya bila Cuya tanya classmate Cuya si Izzaudeen, dia kata budak lelaki kelas kita yang kacau. Tu pun dia beritahu masa kitaorg intern sama-sama di Melaka.

Tak guna betul... HAHAHa





Hakikatnya belajar Diploma in Tourism Management tersangatlah best. Classmate semua jenis gila-gila. Tak menyesal keluar daripda UiTM masa ambil kos Sains Komputer. Jiwa Cuya ada pada tourism.
Memang ada hikmah besar kenapa diletakkan bersama diorang ni.

Syukur Alhamdulilah
Cuya doakan kawan-kawan semua berada dalam keadaan sihat sejahtera, Dan paling penting berjaya dunia dan akhirat.

Sekarang masing-masing dah bekerjaya dan dah kahwin pon ada. Dah beranak dah pon.. heheh
Apa-apa pon rezeki kita lain-lain, jadi jangan rasa susah hati kalau rezeki kita tak sama dengan orang lain.
Moga memori tercipta ini akan diingati sampai bila-bila.

Kadangkala Tuhan sengaja memberi kita kehilangan kerana Dia mahu kita menghargai apa yang kita ada sekarang.


Jaga diri korang! I miss our memories together. Terima kasih sebab pernah ada.

With love,
Cuya



47 comments:

  1. Cuya ni ceria orangnya kan? Hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak gayanya gitulahh...sejenis mudah terhibur 😂

      Delete
  2. Rasa seronok sahaja baca.
    Hehe jurusan pelancongan banyak pergi tempat-tempat menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, best sebab travel and play tourist. Tapi banyak pakai duit la

      Delete
  3. zaman belajar zaman paling best rasanya. Semua hati masih suci

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2... Belajarlah yang paling best dan kita enjoy

      Delete
  4. Menarik juga kursus pelancongan, dapat merasa berjalan2 ke tempat2 tarikan pelancong 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, tengok culture orang lain. Best sangat 😁

      Delete
  5. Ini jaman kuliah yaa....asiik nya banyak teman... alhamdullilah masih komunikasi sampai sekarang, susah loh menjaga pertemanan apalagi kalau sudah tersebar kemana"walaupun ada hp belom tentu bisa sering"telfon..sudah sibuk urusan kluarga masing"bagi yg sudah menikah😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kalau kawan yg belum kahwin bolehla nak contact,
      Kalau dah kahwin susah sikitlah nak tegur sangat kan. Takpe, kawan saja dengan siapa yang ada.
      Makin dewasa circle memang makin kecil gitu 😁

      Delete
  6. Replies
    1. Terima kasih, sebahagian gambar tangkap guna iphone, memang cantik kameranya
      🤣🤣

      Delete
  7. Mmg kalau ingt kembali zaman2 belajar mmg tersengih ketawa sorang2 kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya... kenangan indah, kelakar, sedih, marah.. macam-macam ada kan :)

      Delete
  8. Ish... Sapa yang tak kenal Pak Samad uncle marah....!

    Eh, emosi pulak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha...sabar uncle, sabar...buat mengucapp XD

      Delete
  9. Zaman belajar memang paling best kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, tepat sekali. Sebab tula kena create memori sebanyak yang mungkin.
      Lepas ni mungkin dah tak merasa benda yang sama mcm kita pernah alami.

      Delete
  10. Waktu belajar adalah masa yang paling takkan lupa sampai bila-bila.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, setuju! Jadi time study kenalah hargai setiap moment. Tangkap gambar banyak-banyak :)

      Delete
  11. sonoknyerr dgn kawan2 seangkatan., nnti jgn lupa buat alumni ., hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah.. tunggu masing2 dah kahwin dan beranak pinak, kita buat reunion....
      masa tu masing2 gigi dah hilang XD

      Delete
  12. Kena simpan elok elok gambar ni kan cuya. Dah jadi entri mudah nak selak tengok bila rindu moment tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul, macam emergency plan la bila post gambar ni. Kalau hilang tk kalut. gituu hehe

      Delete
  13. Wahhhh enjoynya course Tourism tu.
    Masa akak degree ada ambil Pelancongan sebagai subjek elektif. Sengaja ambil subjek yang relax dan enjoyable. Buat projek di Taman Botani Shah Alam (masa tu kita panggil Taman Pertanian Bukit Cahaya Shah Alam). Memang seronok sama2 BFF pakat ambil subjek ni.
    Ehhh... akak pun ada bergambar dengan Sasterawan Negara A. Samad Said back in Year 1988, masa tu Form 3 wakil daerah Program Khemah Membaca. Penampilan beliau memang tak berubah dulu hingga kini. Lembut je suaranya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestkan tourism.. jalan2 paling banyakk. Masa ni lah merasa pergi tempat orang, lihat dunia lain
      Lepastu intern kt tempat pelancongan , jumpa dgn pelancong luar negara.. Speaking kena berabuk lak 😂

      Memang best!

      Delete
  14. Kak cuya, patut letak lagu shila amzah memori tercipta T.T … rindunyaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak leh auto play..tkpela, buka je youtube sambil baca ni :'/

      Delete
  15. Wahhh degree kat UITM ya? Sama dengan sis la. Kita gang. Hehe. Dulu masa grad tak ada la banyak gambarnya. Mana ada istilah selfie masa tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya di UiTM. Zaman sekarang sebab semua orang dah ada camera sendiri, tu duk tangkap sampai beribu2 gambar tu.. kasih penuh storage XD

      Delete
  16. Huwaaaa rindunya zaman blaja dlu😭tq kak cuya throwback balik gmbr lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2.. memori tercipta takkan dilupakan 🥺

      Delete
  17. budak² tourism ni best selalu jalan² mcm main² je tp sbnrnya belajar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kitaorg memg main2 pon. Berseronok sambil belajar 🤣

      Delete
  18. zaman belajar memang zaman yg paling happening sgt... kannn

    ReplyDelete
  19. Welcome Almumni! Hehe
    Akk pun UiTM dulu 🤭
    BTW, tahniah dah konvo
    Rindu btol akk zaman belajar dedulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann.. rindu sangat2. Sebab tu post entri gini 🤗

      Delete
  20. Seronok kan bila ingat balik kenangan dengan kawan-kawan

    ReplyDelete
  21. Kenangan abadi letak dalam blog terbaik tu, best dapat lalui zaman belajar di poli hihihi, akak xmerasa hahaha baca cerita cuya pun dah terhibur pengalaman yg seronok tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa belajar Cuya memang suka cipta kenangan. Masa belajar yg akan paling diingati tak gitu? 😁

      Delete
  22. Replies
    1. Rindu.. sebab tu jadikan entri kt blog. ehhehe

      Delete
  23. a. samad said.... kalau sesapa rajin jln2 sekitar KL ni pasti akan jumpa dia. sy pun penah jumpa dia dulu kat masjid negara n midvalley. kat midvalley tu of coz kat kedai buku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, dia selalu datang ke Masjid Negara..
      Rezeki dpt jumpa dia . Hehe

      Delete
  24. Masa zaman belajar ni paling seronok. Dapat kenal ramai kawan-kawan yang bermacam ragam..Masa zaman belajar ni juga lah banyak berjalan tambah macam cuya amik course tourism. Seronok tgk merata berjalan...

    ReplyDelete