Followers

Wednesday, August 2, 2023

Review Komik Muslimah Yang Tercemar Oleh Imanimex





Assalamualaikum semuanya.

Harini Cuya kembali dengan sebuah lagi komik motivasi yang bertajuk Muslimah Yang Tercemar penulisan Imanimex. Sudah beberapa hari lepas Cuya membacanya , baru sekarang sempat untuk menulis review berkenaan buku ini.

Mengisahkan tentang seorang gadis yang telah lama dinodai oleh seorang lelaki yang dia anggap sebagai keluarga sendiri. Ianya berlaku tanpa dia sedari sehinggalah akhirnya dia tahu apa yang dialami olehnya selama ni adalah satu kesilapan. Dia membesar dengan hidupnya penuh rasa takut, banyak menjauhi orang lain dan rasa malu dengan dirinya kerana merasakan dirinya begitu tercemar dan tidak layak untuk bergaul dengan sesiapapun.

Melalui komik ini, sedikit sebanyak Cuya dapat rasakan bagaimana traumanya seorang perempuan apabila mengalami situasi sebegini. Mungkin tidaklah kita fahami mereka sepenuhnya, tapi seandainya kita dipertemukan dengan seseorang yang mempunyai masalah sebegini, kita tidak layak menghakimi dia. Hakikatnya, kita semua manusia diuji dengan pelbagai perkara yang sukar untuk dielakkan.

Kita sebagai kawan atau keluarga kepada mangsa perlulah memainkan peranan dalam memahami situasi si mangsa. Bukan senang untuk seseorang melarikan diri daripada trauma yang mencengkam diri. Sesungguhnya itu adalah titik hitam dalam setiap mereka yang pernah menjadi mangsa.

Kita cukup jelas sebenarnya perempuan dicipta untuk dilindungi oleh lelaki, bukannya dinodai dan diratah hidup-hidup. Disebabkan itu setiap manusia, ibu bapa , adik beradik, dan tidak lupa juga kepada guru-guru perlulah memainkan peranan mereka dalam mendidik anak-anak tentang kepentingan menjaga diri sendiri dan memberitahu anak didik terutamanya perempuan untuk lebih berhati-hati dengan dunia luar yang kini penuh dengan pancaroba.

Melalui komik ini, Cuya fahami bahawasanya menjadi seorang perempuan itu tidak mudah. Malah menjadi lelaki yang menjaga nafsunya juga tidak mudah. Manusia sering kalah dengan nafsu. Tapi bagaimanakah ingin kita mengatasinya? Dengan berpuasa juga kita mampu melawan nafsu kita. Meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah pasti juga akan membantu kita melawan nafsu yang selalu mudah bermaharajalela dalam diri kita ini.

Dalam komik ini juga ada selitkan permasalah tentang menyukai jantina sejenis yang jelasnya diharamkan oleh Allah. Komik ini sememangnya menegaskan bahawasanya menyukai jantina sejenis itu adalah dilarang sama sekali dan kita perlulah sebaik mungkin untuk kembali kepada fitrah asal kita.

Moga Allah akan sentiasa melindungi para wanita di luar sana. Sesungguhnya ujian yang mendatang akan meningkatkan lagi darjat kita di syurga kelak inshaAllah.




Boleh dapatkan komik-komik ilmiah seperti ini di https://shopee.com.my/daiekreatif.v



11 comments:

  1. windu nak reading, makin slow dah hobi MA yg satu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faham mummy....Cuya pon slow je sebenarnya.
      Baca komik laju la..hehe

      Delete
  2. Semoga generasi kini dan akan datang terhindar dari segala gejala seperti ini.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Realiti kehidupan seseorang yg tk semua faham

      Delete
  4. good one...yg ni mcm boleh diluluskan utk kyra

    ReplyDelete
  5. topik yang berat namun jadi lebih mudah difahami bila disampaikan dalam bentuk komik.. Semoga dapat beri lebih kesedaran pada yang membaca..

    ReplyDelete
  6. Baru je haritu nampak komik ni. Ingat nak belikan anak. Tapi fikir semula, tak yah la. Anak pun kecik lagi baru 6 tahun. Macam berat je komik ni dengan usia dia. Tengok review Cuya, haaa betul dah tu. Sesuai remaja hehe

    ReplyDelete
  7. Sebenarnya kes mcm nie byak je di sekeliling.. Kdg sedih... Apapun nice review... Semoga Allah jauhkan kita dari perkara2 sebegini

    ReplyDelete