Followers

Sunday, March 19, 2023

Review Komik 'Aku Okay!' oleh Miu Rushdi DKV


Assalamualaikum, Hello Coconuts! Harini Cuya kembali lagi dengan review buku terbitan Daie Kreatif Venture. Komik bertajuk ' Aku Okay' ini sememangnya kena dengan Cuya. Terasa bagai Cuya juga sebahagian watak dalam komik ini.

Antara nilai yang Cuya belajar adalah kita perlulah jadi pendengar yang memahami, bukan mendengar untuk bercakap. Cuya faham, untuk memahami situasi permasalahan seseorang bukanlah mudah. We are not in their shoes bak kata orang putih. Cuya alami situasi macam ni sebelum ni. Cuya ada seorang kawan, dia seperti alami masalah yang agak susah untuk Cuya perkatakan.

Jadi Cuya nasihatkan dia untuk pergi berjumpa dengan doktor. Ternyata dia sememangnya mengalami sakit anxiety. Alhamdulilah dia dapat detect awal, sekurang-kurangnya doktor dapat membantu dia mengatasi masalah yang dia alami.

Bukan senang nak jadi pendengar yang baik, sebab Cuya bukanlah seorang pakar motivasi atau psikologi. Kebolehan kita agak terhad. Melalui komik ini , sedikit sebanyak dapat membantu Cuya untuk memahami role kita sendiri apabila berhadapan dengan orang yang bermasalah dan menjadikan kita sebagai tempat untuk meluahkan masalah mereka.

Kadang-kadang orang yang ada masalah ni, bukanlah nak solusi sangat. Dia cuma nak kita dengar masalah diorang, betul tak?

Berkata-kata, memberi nasihat itu mudah tapi bukan senang untuk kita praktikkan.

Antara dialog dalam komik ni,

"Kau kena ingat, kadangkala kita tidak boleh lihat masalah seseorang mengikut perspektif kita"

Bukan senangkan nak memahami situasi seseorang sehingga kita sendiri berada di tempat orang yang ada masalah tu.


Cuya bagi 9/10 untuk komik ni. Komik ini akan membuka mata masyarakat tentang kepentingan empati.


Empati juga sikap yang meletakkan perasaan kita pada orang lain atau cuba meletakkan diri pada tempat mereka





19 comments:

  1. Siapapun yg lagi ada problem,barangkali butuh teman untuk di dengarkan saja..mereka ga butuh nasehat..curhat bikin hati lebih plong

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar tu.. butuh teman untuk curahan, asal didengarin aja bisa menenangkan hati mereka

      Delete
  2. Semoga ada pengajaran dan panduan daripada komik ini

    ReplyDelete
  3. setuju sangat. sometimes, people just talk without thinking. people nowadays need to know that everyone's mental health are different. not everyone can swallow negativity. some people can deal with it but some people can't. love your review, sis cuya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, exactly. We need to understand the fact that, everybody have their own problem that we may not see especially mental issues.

      Delete
  4. Kalau uncle nak tulis sequel... Sekarang Aku Tak OK... hehe

    ReplyDelete
  5. betul cuya, kadang orang ada masalah ni bukan nak solusi pd msalah dorang cuma nak luahkan apa yang terbuku di hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup... betul. Mereka perlukan pendengar setia

      Delete
  6. Mujur kawan tu dapat detect awal masalah dia...kalau dibiarkan takut makin teruk nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah...sesiapa yang rasa macam tak kena dengan diri, eloklah berjumpa dengan doktor sebagai ikhtiar

      Delete
  7. Lama sangat dah ksarie tak baca komik. KSarie dulu dok baca komik Dewata Raya, Pedang Setiawan, etc

    ReplyDelete
  8. Slalu orang dewasa baca novel je.. Cuya jarang baca novel, nak jimat masa baca komik je.. hehe

    ReplyDelete
  9. Anxiety damai yang hilang. Semoga mereka yang ada masalah anxiety dapat mengatasi masalah mereka kena kuatkan semangat.

    ReplyDelete
  10. Mak akak anxiety.. alhamdulillah, bawa jumpa doc.byk nasihat dan cadangan yg doc bagi utk akk bantu mak atasi anxiety. Anxiety ni tak boleh kita pandang remeh

    ReplyDelete
  11. Bagus novel yg ada nilai2 yg boleh dipelajari ni. Semoga semua urusan cuya dipermudahkan.

    Mama baru sempat buat post https://www.mamapipie.com/2023/04/terima-kasih-cuya-atas-lukisan-digital.html

    ReplyDelete
  12. Tak semua orang ada sifat empati, perlu dipupuk supaya jadi lebih peka dengan perasaan orang lain. Ianya jugak berkaitan dengan emotional intelligence (EQ) seseorang.

    ReplyDelete
  13. bukan semua orang ada perasaan empati...sebab nak fikir hal orang lain dahulu berbanding kepentingan diri sendiri

    ReplyDelete