Followers

Saturday, October 8, 2011

Contest : Kisah Dongeng Tengku Puteri & Puan Kutu
















Klik Sini!


Apa syarat2nya?

Syarat- Syaratnya :

  1. Buat Entri tajuk yang sama.
  2. Macam biasa copy banner yang comel gila diatas tu dan linkkan ke entri ini.
  3. Terpulang korang nak follow ke tak blog Istana Cinta Tengku Puteri dan Ini Cerita Puan Kutu. Tiada paksaan yang boleh bikin korang radang hati kata Puteri.hehe.
  4. Karangkan kisah dongeng kreatif yang pendek. Pastikan watak Tengku Puteri dan Puan Kutu ada dalam cerita tersebut. Kisah dongeng mestilah happy ending. Ikut korang nak buat cerita macam mana pun. Tak kisah pendek ke panjang. Cerita yang menarik perhatian juri akan dikira sebagai pemenang. Contoh karangan di SINI.
  5. Tarikh tutup adalah pada 17 Okt 2011 Insyaallah genap sebulan contest nie berlangsung.
  6. Jangan lupa tinggalkan link di ruangan komen.
  7. Sila copy ini di penghujung entri “Contest ini adalah anjuran Tengku Puteri & Puan kutu dan hadiah utama di taja oleh tetikusrusak.net
  8. Hadiah (6 pemenang) yang bakal korang menangi :
  • Tempat 1 - mary kay compact pro (unfilled) bernilai RM150 tajaan juanita tetikusrusak.net
  • Tempat 2 - Simple header doodle + Doodle as request + Topup RM10.
  • Tempat 3 - Doodle shoutbox + Doodle as request + Topup RM 5.
  • Tempat 4 - Doodle as request + Simple Header from aku.
  • 2 hadiah sagu hati doodle single.





Satu ketika dahulu,tinggal seorang raja digelar Raja Gendut dan permaisuri Kencing Malam di kota Happy Ever after.Mereka mempunyai sepasang anak kembar iaitu Tengku Puteri dan Puan Kutu.Anak Raja Gendut dan permaisuri Kencing Malam tersangatlah cantik.Tengku Puteri memiliki kulit yang putih bak salji,bibir mungil semerah bunga ros dan mata yang bundar
TENGKU PUTERI



manakala si Puan Kutu pula memiliki rambut yang lebat dan ikal mayang,hidung yang mancung dan badan yang seksi. <----- ni memang tak menahanlah >_<


PUAN KUTU

Memang patutlah ramai putera-putera raja yang berebut-berebut untuk mengahwini anak raja dan permaisuri.Perkara tersebut telah menyebabkan Permaisuri Taragigi Padanmuka berasa murka.Hal ini demikian kerana Permaisuri Taragigi Padanmuka juga mempunyai dua anak perempuan yang hodoh sepertinya dan tiada siapapun yang berani untuk mengahwini anak-anaknya.

Lalu,Permaisuri Taragigi Padanmuka nekad untuk melakukan sesuatu supaya putera-putera raja tidak suka terhadp Tengku Puteri dan Puan Kutu

"Aku akan pastikan Tengku Puteri dan Puan Kutu tidak dapat mengahwini mana-mana putera raja dari seluruh pelosok dunia sekalipun!Hahahahah!! "kata Permaisuri Taragigi Padanmuka dengan megahnya.Lalu,Permaisuri Taragigi Padanmuka mula merancang rancangan jahatnya itu.



* * * * * * * * *



Di satu pagi yang hening,ketika matahari mulai membuka tirainya,kedua-dua puteri raja dan permaisuri menyatakan hasrat mereka kepada ayahanda dan bonda mereka.

"Ayahanda,kami berdua bercadang untuk pergi ke dalam hutan.Anakanda teringin sangat berjumpa dengan binatang-binatang di sana.Boleh tak ayahanda?" tanya Tengku Puteri.



"Ya ayahanda,anakanda pun rindu sama binatang-binatang yang comel yang dahulunya kita bela.Bolehlah ayahanda,bolehlah ya?"Puan Kutu juga menyokong Tengku Puteri

"Anakanda,di taman istanakan sudah ada pelbagai jenis binatang yang anakanda berdua suka.Kenapa masih mahu ke hutan?Disana berbahaya.Rakyat jelata pernah terjumpa dengan nenk kebayan yang buruk rupanya dan dikatakan mempunyai kuasa sihir.Tidak usahlah anakanda berdua pergi ke sana" kata Permaisuri Kencing Malam

"Tidak mengapalah adinda,kita suruh pengawal diraja mengikuti mereka.Sudah pasti keselamatan mereka terjamin."kata Raja Gendut sambil memandang kedua-dua puterinya.

"Yeah,terima kasih ayahanda!Anakanda sayang ayahanda sangat-sangat"Tengku puteri dan Puan Kutu menjerit keriangan dan memeluk Raja Gendut.



Petang itu,puteri-puteri tersebut bertolak keluar untuk ke hutan bersama-sama pengawal diraja.Mereka berasa sangat teruja kerana ini adalah kali pertama mereka ke sana.Permaisuri Hodoh tahu akan pemergian puteri-puteri tersebut ke sana dan di sanalah Permaisuri Taragigi Padanmuka akan melaksanakan rancangan jahatnya.Permaisuri Taragigi Padanmuka telah menukarkan dirinya menjadi seorang nenek kebayan yang buruk rupanya.




Ketika puteri-puteri terserempak dengan Permaisuri Taragigi Padanmuka ,puteri-puteri tersebut bertegur sapa dengan permaisuri Taragigi padanmuka yang berupa seakan nenek tua

"Hai nenek,nenek buat apa di sini?Bukankah disini kawasan yang berbahaya?tegur Puan Kutu.

"Nenek sudah lama menetap di sini.Tiada apa-apa buruk pun pernah terjadi pada nenek jadi nenek tidak kisah tinggal di sini.Lagipun,nenek segan nak jumpa jejaka-jejaka kacak yang selalu ngorat nenek dekat luar sana tu"jawab Permaisuri Taragigi Padanmuka sambil tersipu-sipu cicak.

Tengku Puteri dan Puan Kutu hampir muntah mendengar kata-kata nenek itu.

"Anakanda berdua ini mahu ke mana?"tanya Permaisuri Taragigi Padanmuka berpura-pura tidak tahu.

"Kami datang ke sini untuk melihat binatang-binatang yang telah kami lepaskan sebelum ini."

"Kalau macam tu biar nenek bawakan kamu.Tapi sebelum tu,makanlah buah epal yang baru sahaja nenek petik ini.Masih segar."





"Terima kasih ya nek"jawab Tengku Puteri dan Puan Kutu.Mereka kemudian memberikan buah epal tersebut kepada pengawal-pengawal diraja.Mereka tidak tahu sebenarnya Permaisuri Taragigi Padanmuka telah meletakkan ubat tidur ke dalam epal-epal tersebut.Beberapa minit kemudian pengawal diraja tidur dengan nyenyaknya tanpa mereka sedari.Permaisuri Taragigi Padanmuka tersenyum jahat.Tengku puteri dan Puan Kutu menjadi pelik.Permaisuri kemudiannya membaca sihir terhadap Tengku Puteri dan Puan Kutu.

"Tan tan tut,keladi we we,sape suke kentut dia jadi kura-kura."Tiba-tiba Puan Kutu bertukar menjadi kura-kura comel.[Nampak sangat suka kentut]




"Anak cina mati masuk lorong,jadi merpatilah kau kalau suka korek hidung"Tengku Puteri bertukar menjadi merpati putih.

"Kau hanya bisa bertukar pada pagi hari dan hanya cinta sejati yang bisa memusnahkan sihir ini.Hahaha!"



"Puan Kutu!Apa yang sudah jadi pada kita berdua adinda?"

"Adinda tidak tahu kakanda.Adinda sudah bertukar rupa.Tetapi adinda tidak puas hati.Kenapa adinda ditukarkan menjadi kura-kura sedangkan kakanda menjadi merpati?Kakanda,bagaimana ni?Apa yang harus kita lakukan?Siapa nenek itu tadi?"

Tengku Puteri berfikir sejenak."Ayuh adinda,naik ke belakang kakanda dan kita pergi ke istana.Kita harus khabarkan perkara ini kepada ayahanda dan bonda."Mereka kemudiannya terbang ke istana.Sebaik sahaja tiba di sana Tengku Puteri hinggap di atas bahu ayahandanya.

"Ayahanda!Ayahanda!"pangil Tengku Puteri.

"Eh,merpati yang boleh bercakap.Siapa kamu?"kata raja

"Ini anakanda ayahnda,Tengku Puteri dan Puan Kutu."

"Anakanda?Apa sudah jadi pada anakanda sekalian.Mengapa ini terjadi?"

"Ada seorang nenek tua yang menyihir kami di hutan ayahanda.Anakanda berdua tidak tahu mahu buat apa.Anakanda hanya boleh bertukar di pagi hari saja dan anakanda tahu cara untuk memecahkan sihir ini.Dua orang jejaka perlu mencintai anakanda berdua dengan tulus.Ayahanda,bonda,tolong anakanda."kata Puan Kutu sambil menitiskan air hingusnya mengenangkan nasibnya yang malang itu.

Si permaisuri Kencing Malam yang daripada tadi berdiam diri mula bersuara "Apa kata kita meminta bantuan ibu pari Sayori Sukamura?[die ni berjimat]Mungkin dia boleh membantu untuk menyembuhkan anakanda berdua.Esok,kita mesti jumpa dia.Lagipun,dia tidak mengenakan sebarang caj untuk mengubati puteri-puteri kita."



"Puteri-puteri Permaisuri harus mengubati dua orang jejaka yang berpenyakit kusta dan buta dan mencintai mereka sekiranya ingin memecahkan sihir ini."

"Apa?!" Tengku Puteri dan Puan Kutu

"Takde cara lain ke ibu pari?"

"Takde.Disebabkan anakanda berdua hanya bisa bertukar pada waktu pagi,jadi anakanda berdua perlu ke sana pada waktu pagi.Ingat,jangan sesekali memberitahu jejaka tersebut yang kalian disihir."

* * * *

Satu pagi,Tengku Puteri dan Puan Kutu pergi ke bandar dimana dikata oleh ibu pari,di sana terdapat sebuah pondok yang di dalamnya tinggal dua orang jejaka yang berpenyakit kusta dan buta.Walaupun pada awalnya mereka berdua enggan untuk ke sana,namun dipaksa juga oleh Permaisuri Kencing Malam yang tidak sanggup melihat puteri-puterinya terseksa dengan sumpahan yang dikenekan ke atas mereka.

Sebaik sahaja Tengku Puteri tiba di sebuah pondok yang dikatakan oleh bonda mereka,mereka menegur lelaki buta yang sedang sibuk membersihkan halaman rumah.

"Selamat sejahtera tuan hamba ."

"Selamat sejahtera,siapakah gerangan yang datang ke rumah hamba ini?"kata lelaki yng buta itu.

"Patik, Tengku Puteri dan Puan Kutu.Patik ke sini bertujuan untuk membantu untuk mengubati penyakit tuan hamba dan rakan tuan hamba yang berpenyakit kusta itu."

Si lelaki buta kehairanan.Dia tidak pernah meminta sebarang pertolongan orang lain untuk menyembuhkan penyakitnya dan sahabatnya.Mungkin,dua orang wanita ini berniat baik untuk membantu.

"Maafkan hamba,tuan hamba berdua,tapi hamba tidak memerlukan sebarang bantuan untuk mengubati penyakit hamba ini.Lagipun,hamba sudah biasa dengan keadaan di sekeliling gelap tak bercahaya." kata lelaki buta itu tanpa menyedari dua orang wanita di hadapanya itu adalah anak kepada Raj Gendut dan Permaisuri Kencing Malam.Maklumlah,dia tidak pernah berjalan hingga ke kota demi menemani sahabatnya yang berpenyakit kusta dan dia juga tidak dapat melihat jalan memandangkan dia buta.

"Tuan hamba berdua tidak perlulah berpatik-patik segala.Hamba ini bukan daripada kerabat diraja"katanya sambil tersenyum manis membariskan giginya yang tersusun rapi.Dah macam model iklan Colgate pulak!Tapi dulu-dulu mana ada Colgate >_<

Puan Kutu terpegun dengan senyuman lelaki buta itu.Sejuk mata memandang.Manis.Jangan cakap si Puan Kutu ini sudah jatuh hati!

"Tidak mengapalah.Kami datang niat untuk membantu kerana ini adalah titah daripada raja dan permaisuri .Maaf tuan hamba kalau hamba bertanya,nama tuan hamba apa?"kata Tengku Puteri.

"Hamba,Asyraf.Kalau begitu,baiklah.Hamba terima kedatangan Tengku Puteri dan Puan Kutu.Marilah tuan hamba berdua jemput bertandang ke rumah hamba.Maaf,rumah ini biasa-biasa sahaja."

Sebaik sahaja Puan Kutu dan Tengku Puteri melangkah masuk ke pondok kecil itu,mereka terpegun kerana rumah itu kelihatan bersih dan kemas sekali.Dari jauh kelihatan seorang jejaka sedang membaca buku di kerusi malas.Lelaki itu terkejut dengan kedatangan Tengku Puteri dan Puan Kutu.

"Siapakah gerangan dua orang gadis ini Asyraf?" tanya Amir yang seketika terpana dengan kecantikkan yang dimiliki oleh Tengku Puteri.Bagaikan terjentik hatinya.

"Ini ialah Tengku Puteri dan Puan Kutu.Mereka berdua datang ke mari semata-mata untuk mengubati kita.Ini adalah arahan daripada raja dan permaisuri."kata Asyaraf.

"Salam perkenalan,hamba Amir.Terima kasih kerana sudi bersusah-payah datang ke sini tapi kami.."

"Chop!Biar hamba teka,tuan hamba mesti nak cakap 'Kami tidak memerlukan sebarang bantuan untuk megubati penyakit hamba ini.' begitu bukan?"kata Tengku Puteri menyambung ayat Amir.

"Hahaha,kelakar juga tuan hamba ini."gelak Amir.


Pagi itu dihiasi gelak tawa Tengku Puteri,Puan Kutu,Asyraf dan Amir.Permulaan perkenalan mereka.Orang putih kata 'Ice Breaking'.Sejak hari itu,setiap pagi Tengku Puteri dan Puan Kutu akan ke pondok kecil itu untuk membantu Asyaf dan Amir mengemas rumah,memasak dan bermacam-macam lagi.Dan mereka juga membawa Asyraf dan Amir bertemu dengan tabib ternama di kota Happy Ever After namun begitu usaha mereka gagal kerana penyakit mereka tidak dapat diubati.Tengku puteri dan Puan Kutu pada awalnya berputus asa,kerana dengan hanya mengubati dua orang jejaka itu sahaja sumpahan itu dapat dipecahkan.Namun mereka tetap cuba berusaha mencari jaln penyelesaiannya.

Sebenarnya mereka suka bersama dengan Asyraf dan Amir.Terasa dilayan seperti rakyat biasa walhal mereka kerabat diraja.Tengku Puteri sudah jatuh cinta dengan Amir tanpa disedarinya.Puan Kutu pula memang sejak dari awal lagi sudah mulai suka dengan Asyraf.


Satu pagi yang indah diiringan kicauan burung-burung,hembusan angin pagi yang menyegarkan.....


"Puan Kutu,hamba rasa .... sudah terbit bibit-bibit cinta dalam hati hamba ini"kata Asyraf kepada Puan Kutu

Huh?Apa kes mamat ni?Bibit-bibit cinta?Pe kejadah tu?Aiseyhman!Puan Kutu berwajah kebingungan.Mengaru-garu kepalanya yang tak gatal .

"Erm,maksud tuan hamba apa ya?Hamba kurang faham.Hehehe."

"Haha,sebenarnya hamba suka sangat dengan tuan hamba"

"Apa?!Yes!Yes!Yes!"Puan Kutu menjerit keriangan mengalahkan ahli pasukan sorak.Terkinja-kinja seperti terlebih dos gedik.

"Hahahhaah!" Asyaraf tergelak besar sebaik sahaja mendengar kata-kata Puan Kutu.Nasib aja dia tidak dapat melihat kelakuan Puan Kutu.

"Asyraf,terima kasih.Sebab awak sumpahan itu mesti dah pecah."

"Sumpahan?"Asyaf tertanya-tanya.

"Sebenarnya saya disumpah dengan seorang nenek tua di hutan sehingga menyebabkan saya bertukar menjadi kura-kura dan hanya boleh menjelma menjadi manusia biasa hanya pada waktu pagi.Asyraf,saya pun sukakan awak sangat-sangat!"

Tiba-tiba Asyrat berasa pening tiba-tiba dan pengsan .

"Eh,baru cakap suka dah pengsan ka?Asyraf??Asyraf!"

Mata Asyraf buka secara perlahan-lahan.Puan Kutu melambai-lambai matanya ke arah Asyraf bagaikan terlupa yang Aysraf itu buta.

"Ya Tuhan!Aku sudah boleh melihat.!"

"Huh?" Puan Kutu kaget."Macam mana boleh...???Tak mungkin!"

"Ni Puan Kutu ke?Tuan hamba sangat cantik orangnya berbanding dengan apa yang hamba bayangkan.Sebenarnya hamba juga disumpah oleh nenek itu .Semuanya disebabkan hamba tidak mahu mengawini puterinya.Nenek itu sebenarnya Permaisuri Taragigi Padanmuka.Hamba sebenarnya Putera Asyraf dari kota Kayangan.Sudikah Puan Kutu menjadi puteri beta?"kata Putera Asyraf sambil menghulurkan tangannya.

Bagaikan mahu tercabut jantung Puan Kutu apabila menyedari Asyraf itu sebenarnya seorang putera!Dan yang paling mengejutkan ialah dia sedang melamarnya!Ah!!!Bagaikan mimpi indah,Puan Kutu menghulurkan tangannya kepada Putera Asyraf.

"Pewit!Pasangan sejoli." dari jauh kelihatan Tengku Puteri dan Amir yang sedang menyaksikan drama free di depan mata mereka.

Yang mengejut lagi,kini kulit Amir kelihatan bersih seperti orang normal padahal dia mempunyai penyakit kusta.

"Tengku Puteri,Amir?" terkejut Puan Kutu dibuatnya.

"Sebenarnya hamba pun disumpah oleh Permaisuri Taragigi Padanmuka.Hish..dahlah takde gigi,lepas tu nak paksa orang kahwin anak-anak dia pulak tu!Sumpah ini dah pecah sebaik sahaja Tengku Puteri meluahkan perasaanya kepada hamba.Dan satu hal lagi hamba dengan Putera Asyraf adik-beradik"katanya Putera Amir tersengih kambing.

"Huh!!!"Tengku Puteri dan Puan Kutu terkejut kepalang.

"Jadi bermakna....." kata Tengku Puteri.

"Jadi maknanya kita akan kahwin pada hari yang sama"kata Putera Aysraf dan Putera Amir.




Dan begitulah akhirnya.Tengku Puteri dan Puan Kutu pulang ke istana membawa pulang berita gembira dan dua orang jejaka yang bakal bertatah dihati mereka buat selama-lamanya.Perkahwinan mereke disambut meriah oleh rakyat jelata daripada dua buah kota iaitu kota HAPPY EVER AFTER dan kota KAYANGAN.



tamat?
dan semua orang tahu akhirnya bagaimana bukan?

Mereka hidup bahagia selama-lamanya.



p.s-maaf,cerita kureng menarik :p

Terima kasih kerana sudi membaca,
moga hidup anda bertambah ceria ya!

Contest ini adalah anjuran Tengku Puteri & Puan kutu dan hadiah utama di taja oleh tetikusrusak.net


8 comments:

  1. best cerita nie.paling tak tahan nama Permaisuri Taragigi Padanmuka,hahaha..lukisan pun kreatif.tq kerana sudi meriahkan contest..gudluck tau..:)

    ReplyDelete
  2. Puan Kutu :Yeke?Alhamdulillah.Ingatkan merepek2 aje >_<

    Bro Ahmad :Terima kasih :]

    ReplyDelete
  3. bestnya! saya suka dengan setiap watak yang awk reka..heeeee..gud luck tau..tima kasih memeriahkan contest...

    ReplyDelete
  4. Tengku Puteri :
    Hah senang hati mendengarnya!>_< Sama2

    ReplyDelete
  5. tahniah dapat num2..menarik citer nie..terpegun lak baca mcm dok baca kisah dongeng dalam buku

    ReplyDelete