Thursday, April 30, 2026

Macam mana nak naik Google Adsense dengan laju?

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Harini tak ramai lagi yang update entri baru di blog. Cuya dah tak tahu nak pergi blog siapa.

Saja Cuya pos gambar sedang berposing. Gambar lama ni. Few years ago. Cepat masa berlalu.

Cuya dah meningkat dewasa. 
Banyak benda nak dicapai tapi taktahu nak mula daripada mana .

Terkadang tu bukan semua benda Cuya boleh cerita pada orang.
Contoh bab keluarga, Cuya jarang2 lah pos .

Pasal kerja lagi lah Cuya tak share mana. Kalau rasa perlu share, kalau tak penting diamkan ajer.

Walaupun banyak ajer benda yang tak penting pon di share dalam blog ni. 😂 



Selagi boleh privasi, kita privasi. Melainkan happy moment yang kita nak ingat, so tulis lah dalam blog.

Walaupun tang cerita sedih pon ada Cuya cerita, anggap saja itu cara Cuya release stress. Sebab tu Cuya suka blog, sebab takde orang nak amik tahu pasal blog Cuya .

Baru minggu ni Cuya ada share link dekat status dan ig story. Tu yang PV naik tu. Hahaha

Kalau tak kekal sendu. Cuya ni ada Google Adsense yang hendak diusahakan. Bukan senang ya nak naik GA ni.


Ada sesiapa ada tips nak naikkan Google Adsense tak?

Tapi takpela menabung sikit2.

Kak Suria Amanda macam dah banyak kali dia cashout GA ni. Nak tahu jugak apa tips dia.

Siapa kat sini dah cashout Google Adsense?
Sebab Cuya pon baru je apply GA tu yang terhegeh-hegeh nak menaikkan jumlah GA tu.

Sifu2 tolong share tips!

Till then adios amigos 👋🏻 

Nota kaki: Rakyat Kelapa sekalian dah join belum Giveaway Kerajaan Kelapa 2.0?

Jangan lupa join!!




Coins Shopee Terkumpul Setakat Harini

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Macam biasa Cuya akan update proses pengumpulan coins Shopee Cuya supaya lebih bersemangat untuk kumpul lagi dan lagi.

 
Ni hasil setelah 3 hari mengumpul coins di Shopee. Bukan tengok live sangat pon, kita skrol laju2 macam tengok TikTok pon coins tu masuk akaun.




Tiba-tiba Cuya nak transfer 1000 coins tak lepas2. Dah banyak kali cuba pon tak boleh.
Pastu Cuya tekan transfer 10 coins boleh lak. Adoi jemm

Ada juga chat staf Shopee, katanya nanti dia akan hantar emel regarding masalah Cuya ni. Tapi tak dapat lagi emelnya.

Janganlah buat hal Shopee, penat aku kumpul coins ni macam ni lak dia buat kita 😭
 

So this current coins yang ada dalam akaun utama.

Harap esok okay la Shopee ni. Susah juga nak transfer coins pon jadi isu. Harap staf Shopee dapat bantu selesai kan isu ni 

Tadi dia kata akaun Cuya takde masalah apa apa pon. Entah mungkin masalah daripada Shopee. Dugaan dugaan....


Nota kaki: Rakyat Kelapa sekalian dah join belum Giveaway Kerajaan Kelapa 2.0?

Jangan lupa join!!





Jeruk Mangga Papa Laris

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Selain membeli mandian herba Dherbs, Cuya turut beli jeruk mangga Papa Laris yang femes tu.

Cuya beli 4 bungkus. Sebab lagi banyak beli lagi murah. Kebetulan ada voucher Shopee, hah bertambah2 murah la harga.



Harga asal untuk 4 bungkus Rm39.90.
Cuya beli dengan harga Rm9.98 sahaja.
 Dapat free satu bekas makanan.
Kira satu bungkus jatuh Rm2.50 sahaja. Alhamdulilah betul lah shopee ni lagi murah. Untung sangat beli dengan Shopee.
Berbaloi-baloi. Hehe


Rupa jeruk mangga. Besar juga kepingan dia. Ayah dengan ibu dua2 cakap sedap. Cuya pon suka. Rasa dia chewable macam gummy sikit.

Cuya simpan sebungkus untuk abang Cuya.
Alhamdulilah merasa juga kami sekeluarga Jeruk Papa Laris ni. Patutlah ramai orang suka.

Korang pon boleh try juga tau.


Nota kaki: Rakyat Kelapa sekalian dah join belum Giveaway Kerajaan Kelapa 2.0?

Jangan lupa join!!


Mandian Madu Bidara Dan Aura 7 Bunga Dherbs

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Semalam parcel daripada Dherbs dah sampai.

Cuya beli Mandian Dherbs yang famous tu. Sebelum ni dah beli 4 botol Madu Bidara. So kalini repeat bersama Aura 7 Bunga, cuba untuk kali pertama


Botol ni datang dengan dia punya 'paip'.
Mandian Madu Bidara rasa dia berangin dan wangi sangat. Bila Cuya pakai gatal2 Cuya dah kurang sebab Cuya ada ekzema.

Ada orang kata pernah juga orang pakai mandian ni tiba2 rasa tajam dan sakit. Tu tandanya ada gangguan la tu. Bidara ni bagus sebab makhluk halus tak suka jadi sering digunakan dalam perubatan Islam.

Aura 7 Bunga tu pon berangin dan wangi. Memang best produk Dherbs ni. Tak menyesal beli. Seller kata kalau takde jodoh boleh try Aura 7 Bunga ni untuk beri aura positif.

Tu ibu cakap, moga2 nanti adalah raja masuk minang 🤣. Kalau tak raja pon, orang yang duduk depan istana. Hahaha

Btw, Cuya beli 2 botol ni dengan harga Rm5 je! Murah gila kan.. sebab ada promo live dengan tolak coins. Untung gila... Hehe 

Tapi tak boleh beli lebih, kalau beli lebih harga dia naik. Taktahu kenapa. Memang promo untuk satu pembelian je kot.


Nota kaki: Rakyat Kelapa sekalian dah join belum Giveaway Kerajaan Kelapa 2.0?

Jangan lupa join!!


Wednesday, April 29, 2026

Giveaway Kerajaan Kelapa 2.0




CLOSE UP HADIAH










Labubu Buzz Lightyear dan Dino


Labubu Lotso dan Hello Kitty


Labubu Duck dan Pikachu



Labubu Stich dan Fish



Labubu Green Man dan Octopus


Hadiah adalah Sampul Raya Anime Dan Sampul Raya Labubu.

Pemenang adalah secara lucky draw.


SEMUA RAKYAT KELAPA DIJEMPUT HADIR!

Walaupun Syawal sudah pon menghilangkan diri,
Tapi beta tetap berbesar hati,
Menghadiahkan sampul raya cantik ini,
Buat rakyat kelapa yang sudi sertai.


Nota Diraja : Jangan lupa tulis di entri, sampul raya yang mana paling kalian berkenan?

Selamat Maju Jaya Rakyat Kelapa sekalian!

Followers