Wednesday, May 21, 2025

Kemeja Batik Perempuan

Assalamualaikum Hello Coconuts!


Harini Cuya ada hal sikit di satu tempat. Tempat dirahsiakan sebab personal. Amboi kemain secret ingat ko retis? Hahaha

So Cuya pon bersiap la awal pagi. Siap mekap bagai. Pakai pon nak smart ajer.


Cuya pakai kemeja batik harini.
Haritu blogger Mazni tanya Cuya melalui WhatsApp, katanya pinjam baju ayah ke tu? 😂 

Sememangnya tidaklah jawapan Cuya. Ni baju tempah khas untuk Cuya. Memang jarang sekali kan nampak orang perempuan pakai kemeja batik.

Kemeja ni memang buat bentuk style untuk wanita. Cuya memang selalu tempah kemeja batik.

Dulu2 pon pensyarah macam tertanya2 baju apa Cuya pakai sebab dia berkenan la. Memang daripada Diploma Cuya pakai kemeja batik

Peace duluan baru kamuu


Balik tu singgah beli lauk ikan kembung
Dengan teh ais.

Ikan kembung masak asam pedas dua
Teh ais

Rm18.50

Mahal ke murah?




Amik gambar melalui cermin kereta

Panas2 pekena teh ais memang padu toqqq

Petang karang Cuya nak pergi kedai print sebab nak print dokumen. Projek apa la Cuya buat ni.

Biarlah rahsia. Hal peribadi takleh share pada dunia. Sampai masanya nanti tahula kalau Cuya nak share hehehe


Till then,
Adios amigos!


Tuesday, May 20, 2025

Ubi Getuk Ecoshop dan Cerita harini

Assalamualaikum,Hello Coconuts!

Kan semalam Cuya pergi Ecoshop, ada terselit beli ubi getuk. So harini gorenglah untuk kami makan tengahari.



Rasa dia memang sedap! Makan panas2 lak tu
Manis2 gitu

Thanks to my bestie sebab hidangkan pada Cuya masa datang rumah dia. Kan dah terbeli!



Lepastu petang lepas asar buat video makeup di Tiktok.

Biasa Cuya rajin letak video kat sini, tapi Cuya malas sebab edit dalam phone je.

Makeup tema apa taktahu..hentam sajalah

Ni pon cincai bocai

Saja nak perabih mekap yang takkan habis hahaha


Petang Cuya makan telur dada dengan sambal garing beli di pekan Jasin. Memang ibu dan Cuya peminat setia sambal garing ni.


Memang pedas, garing dan layannnnn

Hahahaa

Harga Rm15


Tujela kisah harini, tak banyak benda buat.
Banyak borak dengan chatgpt 😂 

Till then, adios amigos!

Monday, May 19, 2025

Ayat Healing Untuk Rindu dan Berharap pada yang belum pasti


Ya Allah… aku rindu dia, tapi aku lebih rindu tenangnya hati yang reda dengan takdir-Mu.
Kalau dia untuk aku, pelihara hati ini sampai waktu yang Kau tetapkan.
Tapi kalau bukan dia, tariklah rasa ini perlahan-lahan — sampai aku mampu lepaskan dengan senyum.

Aku taknak cinta yang buat aku jauh dari Kau. Aku nak cinta yang bawa aku lebih dekat dengan rahmat-Mu.


Shopping kedai Ecoshop

Assalamualaikum, Hello Coconuts! 🥥 

Aktiviti petang harini ajak ayah ke Ecoshop. Kononnya nak beli bateri jam tapi opkos end up beli benda lain juga.

Jom tengok kita shopping apa harini.
BTW beli harini points untuk ecoshop berganda boleh dapat. Cuya ada apps ecoshop sebab tula.

Haritu pergi rumah bestie Cuya si Liza dia goreng Ubi Getuk ni. Teringat ibu cakap sedap, Cuya pon belilah.

Satu Rm2.60

Eco dah naik harga kan


Cuya suka minuman choco mint daripada Aik Cheong ni. Dekat eco dapat beli sikit2. Ada perisa lain jugak tapi ni antara favourite Cuya.
Lagi satu favourite Mocha, memey sedap

Pastu teringin air gas, beli jela
Sekarang botol dia dah kecik je


Merah menyalaa 🔥 
Ada kuaci kurma merah
Serbuk pancake saja Cuya beli kot2 nak buat sarapan

Dan gula2 ni sedap sebab chewy. Cuya suka gula tekstur chewy sedap untuk dikunyah 



Gambar terbalik lak mintak halal ya, malas den nak edit. Hahaahaa. Keropok Tomyam tu sedap dah habis dah makan. Mister Potato memang favourite dari dulu.

Lagi satu beli bateri ecoshop tak sempat amik gambat sebab dah bagi ayah.

Alhamdulillah untuk kenikmatan yang Allah berikan tiada habisnya. Syukur alhamdulillah 


Korang kalau masuk ecoshop beli apa? Cuya mostly jajan atau stationary 


Sunday, May 18, 2025

Mekap Ala Minah Arab

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Semalam tiba-tiba mood mekap sampai. Jadi kita pon buat la video tiktok mekap ala arab. Mekapnya hentam saja, asal boleh.

Buat raso-raso.


Mekap yang digunakan.

Jenama Kevin and Coco 

Meriahkan warna. Biasalah kita makeup artist khas untuk diri sendiri sahaja 😂 


Ada rupa arab tak?
Mungkin kena pakai lens hijau baru nampak cam arab 

Kita posing selagi boleh yaaa hahaah



Mimik acah comel xP


Muka macam innocent lak eh Cuya tengok 
Patut arab looks kena macam baddie sikit.

Ada muka nampak suci tak? HAHAHA

Moga akan ada lagi mood untuk makeup. Makeup dah banyak tapi taknak gunalak. Sayang betul.

Till then, adios amigos.




Followers