Saturday, February 22, 2025

Zus Coffee Satu Kali!

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Sebelum kita ke entri harini, dah join giveaway Cuya belum?


Jemput join!
 

Pagi tadi dah ke homestay, petang keluar je pekan Jasin dengan abang mencari Zus Coffee. Abang Cuya tiba-tiba balik rumah pulak, agaknya puasa nanti tak dapat balik.


Resit Zus Coffee.

Cuya amik salted caramel frappe




Memang sedap sebab dia with coffee. Cuya lak suka coffee, ada rasa salted caramel, ngammm

Cuya tak suka straw Zus yang bila lama2 rendam dia kopak mencair. Tapi abang kata straw macam tu dia dah tak buat lagi.


Singgah Fresco, ternampak pula tempeyek keju nampak sedapp..Cuya apa lagi,
pau la abang. Hahahah


Bila balik dan rasa, memang  sedap. Cuma keju dia tak menyeluruh satu tempeyek. Keju dia belah atas je tapi still keju terasa pekat. Macam makan keropok perisa tempeyek keju.
Harga dalam Rm15 lebih.

Punya la tak menyabar ibu order muruku cheese, dan tunggu bulan puasa baru sampai kan lambat. Maka kita belilah dulu tempeyek ni.


Korang dah beli ke kuih raya? Ke order dulu?






Berkunjung ke RR Guesthouse, Melaka

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Sebelum kita ke entri harini, dah join giveaway Cuya belum?


Jemput join!


So, harini busu Cuya ajak pergi ke area Merlimau untuk ke homestay yang diduduki oleh kawan baik dia, makcik  Farith. Kebetulan makcik Farith ada family day berdekatan dengan rumah kami, jadi dia ajaklah untuk singgah.

Kami pon ke RR Guesthouse, tak sampai 30 minit untuk ke sana.




Masuk2 je dah ada dua kolam, satu untuk kanak2. Satu dewasa


Ruang luar untuk santai-santai


Pandangan daripda atas. Sini ada 10 bilik. Sesuai untuk keluarga besar.


Kolam dia sedang2 saja. Kalau ketinggian macam Cuya memang boleh tenggelam. Hahaha Sebab Cuya pendek je 154 cm




Sini ada washing machine. Dapur dia kat luar tak bertutup. Lupa nak tangkap gambar.
Pinggan, cawan dan gas semua disediakan.

Satu malam Rm2300. Boleh lah tong2 dengan family lain

Ruang tangga menuju ke bilik.

Ada juga bilik bawah.
Bilik karoeke pon ada. 3 jam karok RM150.
Karok ler puas2. Hahaha


Disebabkan diorang tengah family day, diorang main la kuiz online tanya soalan merapu macam
" Gambar ni telinga siapa? "
"Ni kaki siapa?"

Hahaha macam2


Kami di dapur luar tengah borak2


Pagi tu Cuya dapat makan mangga, manis. Alhamdulilah


Lauk diorang masak. Macam-macam ada. Cuya makan sikit2 je


Cuya makan ikan tiga rasa , ada tempoyak sikit dengan petai jeruk.
First time makan petai jeruk, rasa dia pelik tapi Cuya boleh je telan.


Selfie untuk harini

Tak sempat amik gambar full outfit dah padam makeup. Hehehe

Apa aktiviti korang harini?



Friday, February 21, 2025

Perler Beads Chibi Part 2

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Masih hari yang sama, Cuya buat craft perler beads Chibi. Kalini Chibi perempuan.





Cucun cucun dulu perler beads dia....


Siap sudah!

Bisnes is open! Cehh padahal tak promot mana-mana pon pasal ni.
Kalau sesiapa nak tempah keychain nama ke apa2, roger2 ya.


Till then,

adios amigos!


BTW, dah join giveaway Cuya belum??




Membuat Perler Beads Chibi


Assalamualaikum, Hello Coconuts!


Harini santai saja, kita pon buat la arts sikit. Kita buat keychain daripada perler beads. Pernah dengar tak perler beads? Perler beads ni manik plastik yang bila kita gosok beralas dengan iron paper, plastik tu akan cair dan bercantum. Nanti tengok kat bawah ya.


Sebelum tu nak tunjuk sarapan kita pagi tadi. Kira brunch la.. ehehehhe
Masak telur separuh masak pakai air fryer je


Firstly, buat rangka atas pegboard. Pegboard ni alas untuk pastikan perler beads tu tak bergerak.
Senangla nak buat bentuk pape


Dah siap tu kita gosok hasil susunan perler beads tadi.
Gosok tu mesti alas dengan iron paper / film supaya takdelah melekat perler beads tu pada iron
Iron pon Cuya beli iron kecik cenoet khas untuk perler beads.


Tadaaa! Siap sudah satu chibi..

Chibi ni maknanya karakter comel2.

Cuya buat saja-saja rambut biru. Pakai bedal je  janji suka. Hahaha


Nanti nak buat lagi. Kejap lagi nak keluar beli barang ibu.

till then, 

adios amigos!






Hobi Kumpul Setem

Assalamualaikum, Hello Coconuts!


Tengah sibuk kemas almari, terjumpa pulak album setem lama kita yang dah terbengkalai. Zaman sekarang ni adakah penggunaan setem meluas digunakan? 

Tadi sibuk berborak dengan ibu, kalau dulu2 zaman ibu kecil lagi setem digunakan untuk simpan duit. Beli setem, lepastu tampal dekat borang. Bila dah cukup RM5 ke , bolehlah hantar ke pos office. Tula cara orang menabung dulu-dulu.

Sampai tadi Cuya siap tanya ayah, " Pakai lagi ke setem zaman sekarang?" . Yalah, dah lama tak terima surat. Teringin juga orang hantar surat ada setem, boleh simpan dalam album yang dah berhabuk ni.





Ni pon ada lebihan setem yang masih tidak digunakan.

Mungkin akan datang boleh try beli setem dekat pos office untuk tambah koleksi.
Kann kenapa tak terfikir dulu? Hahaha

Yalah, benda yang orang kata agak lapuk. 
Korang hantar la surat kat Cuya, nak jadi ala zaman klasik dulu-dulu. Hehe

Siapa pernah ada hobi yang sama?


BTW, dah join GIVEAWAY Cuya belum? Jemput join!




Till then,

adios amigos!








Followers