Saturday, August 29, 2020

Kerna Tuhan Itu Punya Rencana Lain


Kerna Tuhan Itu Punya Rencana Lain

Tuhan,
Kau dengar bukan rintihanku?
Siang malam aku berlagu,
Menyanyikan untukmu,
Doa-doa mohon restu
Agar ada rezeki buatku,
Dalam diam kubersujud padaMu,
Kerna ku tahu Kau yang Satu,

Ku pinta yang kecil,
Malah yang besar Engkau beri,
Ku pinta yang sederhana,
Malah yang mahal kau kurniakan,

Tuhan,
ampunkan aku,
kerna sering meminta kepadaMu,
Ku tahu kau punya rencana lain buatku,
Ku tahu Engkau lebih tahu,
apa yang terbaik buatku.



Friday, August 28, 2020

Update Pertandingan Syair



Assalamualaikum,Hello Coconuts! Here's the new updates about pertandingan syair i mentioned before.

So..Cuya tak terpilih la top 28 ( senanya 26) . Takpe,alhamdulilah kawan sekolah Cuya dia terpilih. So proud of her! Dulu kitaorang buat persembahan sama2...
Takpe,next time ad lagi pertandingan macam ni..Cuya akan buat sungguh2!


Adios amigos :D

Wednesday, August 26, 2020

Update Pertandingan Syair di Youtube.



Assalamualaikum and Hello Coconuts ~

Harini Cuya penat la...Bukan penat apa,penat menunggu dah sakit kepala memikir. Fikir apa tu?
Ala..pasal pertandingan syair di youtube yang Cuya pernah mention tu.

Sepatutnya malam ni sebelum kul 10 youtuber tu akan umumkan top 28 peserta syair tu. Tapi dia kata kena tengok video esok pulak. Ya Allah...Cuya punya sabar menunggu...ko tahu tak seram weiii??serammmm...Berdebor rasa

Lepas tu, kalau dapat jadi top 28, akan ditapis lagi menjadi top 15. Hah.. yang top 15 ni yang akan dapat hadiah.  Ada 3 hadiah utama dan 12 saguhati. Wei....kalau Cuya dapat top 15 pon bersyukur dah.Tak yah kira hadiah..sumpah takut....taknak expect tinggi sebab Cuya punya syair biasa2 je.

Ingat tak pertandingan sajak yang Cuya masuk dalam ig? Cuya cuma tukar sikir-sikit sajak tu dan jadikan syair. Syair pun Cuya bedal je..entah betul entah tidak..herm.. 
Cuya dah tawakal dah.

Apa-apa pun,harap korang doakan Cuya berjaya masuk ke final. Ceh ..macam pertandingan besar lak. Maklumla,Cuya tak pernah join contest sebegini, lagi-lagi dengan youtuber yang femes.Kita hanya picisan.Hahahaha

Moga Nurnasuha Mohd Fadzil dapat jadi top 15 dalam pertandingan syair di Youtube.

Amin..

Wish me luck! Adios amigos >_0


Tuesday, August 25, 2020

PRELOVED GIVEWAY BY RAYDAH




Me who always excited to join giveaway..



So as i am blogwalking to others blog, i found this interesting giveaway..



I was like..." NI KENA JOIN NI!!"


 My friend masak curry,
Her name is Ray,
Come and join me,
in this giveaway.

what makes you come back to my blog -Ray



Okay, i don't really have specific reasons because i just enjoy reading other peoples stories.
You know random stuffs...But i do love to read posting about food.Hehe
And also because Ray ni rajin komen dekat blog Cuya...😁


And may i know, Ray punya name sebut macam mana?
Ray atau Rai?

Cuya selalu sebut Ray ala2 pelat mat saleh gitu..kekekeke


I didn't get to sort out all the gifts yet but what I can tell is that the things I'm giving away are more than 10. There will be a surprise but I'm not revealing it now. 

I'll update about the gifts later and the winners will be chosen through a manual lucky draw. I will not be using the True Random Number Generator like I did last time.












To those who love gifts and giveaway, i encourage you to join this giveaway.
Please support my blog's friend!

















This ends on the 24th of September 2020

Monday, August 24, 2020

Join Bersyair Di Youtube?


Assalamualaikum,Hello Coconuts!


Cuya ada benda nak cerita ni. Semalam,bersamaan hari Ahad, teman baik Cuya di universiti bagi Cuya satu link Youtube. Cuya macam, link apa lak ni?

Cuya pun tengok la sampai habis.Rupanya ada sorang youtuber ni dia nak anjurkan pertandingan bersyair..Cuya pon macam excited la.Jadi Cuya pun isi google form seperti dinyatakan dalam video. Excited habis ni.Haha.. Alhamdulilah Cuya sempat isi tengahari semalam, sebab penyertaan tutup 5 petang.Fiuhh~ Alhamdulilah.

Jadi, pagi tadi Cuya dah rekod video semua,dah siap edit dan terus hantar penyertaan sebab kena hantar sebelum 25/8/2020 Selasa jam 5 petang. Alhamdulilah Cuya dah hantar.Nervous nye tooqss..

Cuya ni takdelah pandai bersyair..tapi Cuya nak juga lah cuba. Dan,dimaklumkan dalam ig youtuber tu ada dalam 100+- video yang telah dihantar padanya. Oh emmmgeeeee...Ramai gila wei. Cuya dah terkedu. Cuya tawakal jela pada Allah. Cuya harap Allah permudahkan urusan Cuya.


Mari ramai-ramai mendoakan semoga Nurnasuha Mohd Fadzil dipermudahkan urusan untuk menjadi finalis pertandingan bersyair di youtube. Amin Ya Rabbalamin..

Ni first time Cuya nak join pertandingan begini rupa dekat Youtube. Moga ada rezeki untuk Nurnasuha.


Thanks korang sebab baca. Till next entry, adios amigos!


Followers