Monday, June 5, 2017

SGShop Malaysia || GIVEAWAY RM 1000 SHOPPING CREDIT BY WANI SUKARNO

SGshop Malaysia




TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 28 MEI - 11 JUN 2017


Melati kuntun tumbuh melata,
sayang merbah di pohon cemara,
pemanis kalam awal kata,
awal bismillah pembuka bicara





Pergi ke kedai makan ikan,
ikan digoreng sambal lada.
ayuh semua rakan dan taulan,
join GA yang ada.




Giveaway hebat belaka,
sehebat penganjurnya,
dari tadi duk bercerita,
apa syarat2 nya?

SYARAT - SYARAT PENYERTAAN 

1. mesti seorang blogger yang aktif

2. follow blog ini dan Google +

3. follow fan page BLOG WANI SUKARNO   

4. follow Facebook SGshop Malaysia dan Instagram @SGshop Malaysia

5. jawab satu soalan "Nyatakan barang yang PALING anda ingin beli dengan shopping credit RM100?

6. copy banner di atas dan tulis tajuk entry "SGShop Malaysia || GIVEAWAY RM 1000 SHOPPING CREDIT BY WANI SUKARNO. dan backlink kan entri anda di ruangan entri ini sahaja

7. pemilihan pemenang berdasarkan kepada jawapan yang paling "MELETOP"

8. 10 x RM 100  shopping credit akan diberikan kepada setiap pemenang

INFO: Pemenang yang bertuah diminta untuk daftar dengan SGshop Malaysia.. bagi memudahkan RM 100 dikreditkan ke akaun anda..

TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 28 MEI - 11 JUN 2017




Bunga raya bunga kemboja,
apa pula hadiahnya?



10 x RM 100  shopping credit akan diberikan kepada setiap pemenang



"Nyatakan barang yang PALING anda ingin beli dengan shopping credit RM100?



KLIK ATAS

Dalam banyak2 benda,
benda ini paling saya suka,
entah kenapa dan mengapa,
dia pilihan ku jua.

Puas ku mencari dan cari,
ini juga pilihan hati,
teringin sangat nak beli,
bolehkah wani?

Warnanya yang menawan,
buat hati tak tenang,
hati ku mula tertawan,
ku pohon agar ku menang.

ingin juga membeli rak,
tapi ini yang utama,
headphone lama sudah rosak,
sudah berkenan ini lamanya.

Sudah lama membebel pula,
menunggu hadiah jatuh jua,
datang tiba-iba,
mungkinkah saya juara?

Tuah ayam di kaki,
tuah manusia Tuhan yang tahu,
Manalah tahu ada rezeki,
Hadiah utama milikku.








Friday, June 2, 2017

#RAMADHANGIVEAWAY BERSAMA SGSHOP MALAYSIA







sofie, giveaway, sgshopmalaysia



KLIK ATAS

Cuya memang dah lama berkenan dengan headset ni.Nampak cool dan macho kan?Kalau Cuya ada duit lebih,mungkin akan belikan satu juga untuk abang Cuya.Headset kami semua dah barai!Hahaha

Jangan cakapkan headtset,headphone ..earphone sume dah rosak!Ottoke?Memang berkenan sungguh dengan headset ni.Hopefully dapat :)


 

Dekorasi Rumah Riang Raya. (Week Two Lazada Contest)

2. Week Two Contest: 
Theme: My Ramadhan Home 

 Contest period: 2 June 2017 – 8 June 2017 
 Title of the article: Any title related to the Article 

 a. How are you decorating your house to be Raya ready? 
 b. Share your house decorating tips for this Raya 
 c. What kind of products (e.g., furniture) can you get on Lazada’s platform to help you decorate your house for this Raya? 



Tak sah kalau tak mulakan artikel dengan pantun. :)

Ros biru ros merah,
cantik sungguh dipandang mata,
Datang semua untuk memeriah,
Kecil tapak tangan nyiru saya tadah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Kembali saya untuk menyertai minggu kedua contest Lazada .Kali ini bertemakan 'My Ramadhan Home'.

Selain persiapan juadah berbuka puasa,rumah kita juga perlulah didekorasikan sebagai persiapan bulan Ramadhan dan juga Hari Raya Aidilfitri.Mahu tahu dengan lebih lanjut dekorasi rumah saya?Jom baca artikel di bawah ini.

Persiapan rumah pada bulan Ramadhan dan juga Raya adalah penting bagi masyarat yang menganuti agama Islam.Kebersihan rumah juga dititikberatkan agar ibadah yang dilakukan dapat dilaksanakan dengan selesa dan aman.Mendekorasi rumah bukan sahaja dapat beribadah dengan selesa,malah dapat mengeratkan huungan sesama  keluarga sepanjang proses mendekorasikan rumah tersebut.



Sebelum mendokarasi rumah saya,saya dan keluarga pasti akan berbincang tema berkenan dekorasi yang ingin kami tampil sempena Raya.Sebagai contoh,dekorasi ala-ala Timur Tengah(Arab) menjadi pilihan.Ataupun mungkin tema seperti 'Warna-warni Raya',sudah semestinya kami akan menggunakan warna-warna yang ceria untuk menghiasi rumah kami.

CAT DINDING

Dekorasi rumah tak akan nampak indah tanpa pengubahan warna-warna di dinding rumah.Warna-warna yang cerah dan lembut sangat sesuai digunakan sempena raya,untuk melambangkan ketenangan Islam itu sendiri.

LANGSIR BARU

Tidak sah lah kalau saya tidak menukar langsir lama ke langsir baru.Saya pasti semua wanita di luar sana akan menempah langsir baru atau pun menjahit sendiri langsir sempena raya setiap tahun bukan?Langsir juga memainkan peranan penting dalam dekorasi di dalam rumah.Tanpa langsir,rumah itu tidak akan 'hidup' kerana tampak kosong dan tidak menarik.


PERABOT BARU

Ini jarang-jarang berlaku.Kalau tiap tahun tukar,mahu kopak duit! Penggunaan perabot yang elegan dan tahan lasak biasanya akan digunakan di rumah saya.Perabot baru juga biasanya warnanya seakan-akan warna langsir atau pun kontra.



KEKEMASAN LUARAN DAN DALAMAN RUMAH

Ni part paling penting.Kalau nak dekorasi rumah,mesti memastikan rumah tampil kemas dan ceria.Kalau nak lawa-lawa tapi habuk 10 inci tebalnya,baik tak payah la kan.Hahaha




 b. Share your house decorating tips for this Raya


1)Gunakan warna lembut untuk cat interior atau dalaman rumah.
Kenapa mesti warna yang lembut?Warna yang lembut akan menampakan ruang rumah tampak lebih luas dan besar.

2)Letak aksesori rumah yang bersesuaian

Contohnya,pasu bunga yang diisi bunga akan tampak lebih menceriakan ruang yang kosong

3)Aroma Raya

Untuk menampilkan ruang tamu atau suasana rumah yang segar,kita mestilah membersihkan perabot,atau mungkin boleh 'steam' dan menggunakan penyembur wangi untuk kusyen dan sofa.Pasti tetamu rumah akan lebih menyenangi dengan suasana rumah kita.

Tips semua telah diberi,
Jom semua apa lagi,
Banyak benda untuk kita hiasi,
Baru rumah meriah sekali!



c. What kind of products (e.g., furniture) can you get on Lazada’s platform to help you decorate your house for this Raya?




Perabot yang sangat simple dan elegan sangat sesuai digunakan sebagai perabot di hari raya.Senang dibersihkan dan warnanya pun tampak cantik.



 Warna langsir yang lembut,sangat bersesuaian dipadan dengan perabot yang tadi saya nyatakan.Warna kehijauan di langsir pasti akan mendamaikan sesiapa sahaja yang berkunjung ke rumah.



 Antara vase yang unik,macam bentuk gaun kan?Tidak mudah pecah dan senang diangkat andai kita ingin mengubah dekorasi rumah.Murah pun murah......Banyak lagi vase yang unik lagi menawan.Just clik  Sini .

Kapal berdagang ke negeri China.
Untuk menjual cincin permata,
Mencari barang di lazada,
Semudah satu dua dan tiga


Senang untuk saya ingatkan bahawa LAZADA akan mengadakan Marhaban Ya Ramadhan dan  Riang Ria Raya sale yang akan berlangsung dari Mei 19 hingga 30 Jun (dimana akan adanya diskaun sehingga 90%!)


Klik gambar di atas.

Ikan keli ikan gelama,
Dimasak sedap oleh ibu,
Riang RIa Raya sale menjelma,
Ayuh semua kita serbu



 

Thursday, June 1, 2017

Giveaway RM1000 Shopping Credit SGshop Malaysia By Cikzacom



Giveaway RM1000 Shopping Credit SGshop Malaysia By Cikzacom

Syarat-syarat penyertaan (wajib isi) 

  • Terbuka kepada blogger di Malaysia.
  • Anda wajib daftar akaun percuma SGshop di SG Shop Malaysia. Pastikan sertakan username di entri anda.
  • Like fan page SGshop Malaysia dan Follow IG @sgshop_malaysia.
  • Follow CikzaCom dan FB page.
  • Copy banner di atas dan tulis satu entri bertajuk “Giveaway RM1000 Shopping Credit SGshop Malaysia By Cikzacom“.
  • Tulis entri anda Barang yang ingin dibeli di SGshop Malaysia jika anda menang RM100
  • Copy URL anda di bahagian komen untuk senarai penyertaan. Selitkan juga Username SGshop Korang
  • Senarai pemenang akan diumumkan pada 1 Jun 2017 menerusi random.org.
username :nasuha96



Barang yang ingin dibeli di SGshop Malaysia jika anda menang RM100



KLIK ATAS

Cuya memang dah lama berkenan dengan headset ni.Nampak cool dan macho kan?Kalau Cuya ada duit lebih,mungkin akan belikan satu juga untuk abang Cuya.Headset kami semua dah barai!Hahaha


Benda sama jela Cuya post,sebab ni je barang yang terlintas di minda







Wednesday, May 31, 2017

Hadiah Dah sampai!



Assalamualaikum,Harini Cuya terima satu sampul berisikan hadiah daripada Kak Shahida
  Hadiah dia macam bawah ni....





Cuya susah sikit nak tangkap gambar,sebab nak kene transfer photo bagai..so i ended up like this la.Cut and paste.Hehe

Kak Shahida macam tahu je Cuya nak pergi ekspidisi ke luarnegara (insyAllah) pada tahun ni....I am glad that i get this gift.Thanks Kak!


FYI,kak Shahida ni pembantu pustakawan,teringat dekat abang Cuya yang bekerja sebagai Librarian.Kalau korang nak tengok review novel dan buku..boleh singgah blog Kasihku Amani .Memang banyak review pasal novel,so incase kalau korang nak beli buku ,boleh review daripada blog kak Shahida.Bukan setakat review buku je ada,food review,advertorial,product review dan macam-macam lagi.





Last but not least,,thank you kak for organising such a nice giveaway. ;D






Followers