Monday, March 16, 2026

Aku Terkena Gangguan Seksual

Haishh kalau di dunia maya ni ada ajer gangguan terkena.


Ceritanya begini, beberapa tahun lepas Cuya adalah berkenalan dengan sorang mamat ni daripada atas talian. Ada satu website ni namanya OMETV. So memang Cuya ada no contact dia, dia pon ada no Cuya.

Tapi Cuya dah jarang contact dia. Lepastu nak dijadikan cerita, beberapa hari lepas dia contact Cuya.

Tapi Cuya annoying gila dengan dia sebab dia kata Cuya dah tak layan dia macam dulu2. Cuya senanya memang malas nak layan dia, asik nak call orang jer kerja. Semak betul.

Pastu, satu petang tu dia ws Cuya. Dia kata dia nak bagi Cuya Rm800. Cuya macam, apahal lak mamat ni? Tiba2 nak bagi aku duit lak.

Pastu Cuya cakap la nak buat apa. Dia nak minta tolong. Cuya tanya la apa dia?

Lepastu dia cakap biarlah dia transfer dulu kalau tak Cuya taknak tolong dia. Cuya tanya lagi, tolong apa?

Tiba2 dia hantar gambar lucah kat Cuya. Tapi dia hantar gambar yg boleh seen sekali je.

Pastu Cuya cakaplah " Bertaubatlah ya.."

Pastu dia cakap, " Eh saya cuma hantar gambar mobile legend"

Pastu Cuya terus block Whatsapp dia. Dia call fon Cuya. Cuya block no tel dia pastu report spam.

Pastu dia boleh lagi dm Cuya kat tiktok. Dia ulang lagi sekali ayat dia kata dia cuma hantar gambar mobile legend yang game tu.

Laaaa kau ingat aku ni budak skola rendah ke kau nak bodohkan?? Aku budak universiti kot, bukan budak bodoh mcm kau 😂 

Tapi Cuya tak cakap apa, Cuya terus blok tiktok dia. Padan muka kau! Menyemakkk jerr.

Mamat tu orang Sabah, jadi memang takkan jumpala depan2. Sumpah semakk.

Kalau jumpa je orang mcm ni, block ajer senang cite. Takyah nak panjangkan cerita. Nasihat pon tak guna. Buat drain energy jer.

Begitulah kisah gangguan seksual. 

Sekian terima kasih. Hahaha

18 comments:

  1. Ya allah....nasib hanya dalam talian aje...hati- hati ye Cuya lepas ni..kalau nampak lain je terus blocked...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, alhamdulilah dlm talian.
      Memang block ajer la jawapannya. Buat stress ajer

      Delete
  2. Allahuakbar. Sakit jiwa sangat agaknya. DIa ingat cuya perempuan murahan ke nak try test lah pulak. Semuga cuya di lindungi orang yang berniat tidak baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin ya rabb. Dugaan puasa. Tak hormat langsung bulan mulia

      Delete
  3. OMG.. menakutkan. jaga diri cuya..

    ReplyDelete
  4. Kalau dia kacau lagi, terus report polis dan MCMC

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula harap dia tak kacau sebab Cuya pon xde bukti dia kacau

      Delete
  5. Yang bagusnya di media sosial ni, kita boleh block orang. Lega.. semoga Cuya dilindungi olehNya selalu. 🤲

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2..aamin ya Rabb
      Senang pape block ajer

      Delete
  6. Hati² Cuya, jgn layan orang gini.

    ReplyDelete
  7. Semoga Allah lindungi Cuya selalu ✨

    ReplyDelete
  8. lelaki2 camni fikir, dengan hantar gambar lucah tu perempuan boleh jatuh hati ke? apa yg dia fikir orang akan react bila dapat gmbar tak senonoh camtu.. confirmlah orang maki.
    nasib baik dia duduk jauh. hati2 bila berkenalan dgn manusia dlm online ni :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kena hati hati. Kalau online ni selalu ramai yg bermasalh mcm ni taktahu ler kenapa. Mentang2 jauh

      Delete
  9. Orang sekarang ramai pelik-pelik ye. Semoga Cuya selalu berhati-hati bila berkenalan secara alam maya ni ye. Take care ye Cuya

    ReplyDelete
  10. Sakit jiwa memang lelaki macam ini. Baguslah kalau Cuya block semua kontak dan medsos dia. Tipe lelaki tak guna sampai tua

    ReplyDelete

Followers