Assalamualaikum Hello Coconuts!
Setelah lama tak beli skincare dan sudah kehabisan, maka kita singgah ke Watsons Pekan Jasin.
Di Jasin ada 3 Watsons, satu di pekan, satu di Jasin Bestari dan di Mydin Jasin . Rasanya semua Watsons harga selaras cuma beza saiz kedai je.
Kalau di pekan kecik sikit kedainya. Tapi sebab senang, dekat dengan rumah maka Cuya pon ke situ.
Sebab dah jarang pos status ws, jadi keinginan nak selfie tu selalu dilupakan. Maka tiada gambar sebagai memori.
Tapi disebabkan nak update dalam blog, maka otak auto ingat nak selfie. Dia kena ada benda trigger barulah kita semangat nak tangkap gambar.
So sekarang Cuya kembali beli set skincare Wardah sebab memang serasi ajer dengan kulit Cuya.
Cuya ingatkan nak beli skincare yang sesuai dengan acne, tapi kulit Cuya sekarang dah jarang naik jerawat alhamdulilah. Sebab sebelum ni Cuya pernah jumpa pakar kulit di hospital government. Setiap kali follow up kena bayar Rm5, so jimat lah.
Pencuci muka dan ubat jerawat yang disediakan hospital gomen free jer. Masa tu dia bagi pencuci Cetrimide, oxy dengan adapalene. 3 benda tu je Cuya pakai. Benda basic je untuk pulihkan kulit Cuya .
Alhamdulilah berkesan dan kulit Cuya dah okay berbanding dulu. Heyy dulu.. teruk gila muka Cuya. Bukan Cuya yang malu dengan muka Cuya, tapi ibu yang kesian dengan Cuya.
Sekarang tinggal parut lekuk je. Moga ada rezeki Cuya buat rawatan dermapen untuk hilangkan lekuk pada wajah Cuya ni. Aamin ya Rabb.
Siapa je taknak cantik kan? 😁


masuk Watsons jadi tak sedar diri capai banyak barang hihiih
ReplyDeleteBetul2, nasib baik Cuya dah set nak beli apa hehe
DeleteKakCie pun sama kulit rosak. Macam2 jenis dah pakai semuanya macam tak sesuai. Cuma jerawat jela dah kurang naik.
ReplyDeleteMungkin kena pulihkan skin barrier. Harap akak akan jumpa yg sesuai la
Delete"Dan janganlah kamu terlupa selfie walaupun sehari cuma..."
ReplyDeleteHahahah baik uncle!
DeleteSelfielah hari2 macam UG tu
ReplyDeleteTula kena contohi uncle gedek
DeleteWaalaikumsalam Cuya. Selfie lah selalu. Stay sweet. Adui kalau masuk Watson ni nak cari 2-3 barang tapi akan bawa balik 9-10 kot
ReplyDeleteTula kena rajin selfie hehe
DeleteKalau ikutkan Cuya memang nak borong ajer hehe
Okay sangat dah jumpa skincare yg serasi dgn kulit Cuya. Akk suka Watson's dekat pekan kecik², tak crowded.
ReplyDeleteAlhamdulilah. Betul kalau kecik tak ramai orang datang
DeleteNice..Dulu rasanya che mek guna produk wardah ni..Skrg dh tukar ke G2G...
ReplyDeleteG2G pon popular juga kan
DeleteSkin care Wardah ni memang elok. Kak Feni pun pernah pakai wardah ni. Tukar-tukar ikut bajet.
ReplyDeleteKann.. sebab sesuai tu yg beli
Deletewatson..fav iris ni.
ReplyDeleteCuya sesekali la pergi bila perlu. Hehe
Deletemasuk watsons kena pejam mata... baru nie masuk Guardian sebab HL tengah murah
ReplyDeleteDua2 kedai berhantu ni hehe
DeleteMZ suka masuk watsons heheh bab2 selfie tu boleh geng dgn MZ laaa...MZ pun jrg la selfie unless kalau gi holiday
ReplyDeleteCuya kalau watsons suka beli mekap hehe. Tula jarang nak selfie 🤭
DeleteElok kulit Cuya akak tengok. Putih cerah.
ReplyDeleteAkak ada beli moisturizer Wardah satu, warna hijau, tapi tak sesuai untuk kulit akak. Kulit sensitif.
Alhamdulilah ni pon dah gelap kulit Cuya
DeleteOh ada ya warna hijau? Tak nampak pulak kat Watson
Watsons ni memang repeat je pergi kalau habis skincare.
ReplyDeleteSekarang tengah cari produk skincare yang sesuai dengan kulit. Masih tercari-cari..
ReplyDeletedulu saya pakai moisturizer wardah mcm cuya ni. tapi yg jenis day gel punya. sekarang dia dah upgrade formula, muka saya tak ngam dgn day gel yg baru ni. pastu now saya tgh trial n error moisturizer yg sesuai dgn kulit smpai dah breakout T__T
ReplyDeleteRamai juga yg pakai Wardah yaaa. Saya sayangnya tak cocok dengan kulit wajah saya. Padahal kalau sesuai, bisa murah pakai Wardah ini. Owner Wardah ini terkenal sangat baiiiiii sekali, dan banjir Sumatra kemarin, dia sewa pesawat utk bawa bantuan donasi.
ReplyDeleteSekarang ini saya balik lagi ke skincare Korea yg memang dah lama pakai. Susah kalau kulit sensitif, sebisa mungkin jangan ganti2 skincare 😅