Friday, December 19, 2025

Booster Harini

Assalamualaikum Hello Coconuts! 🥥 

Hari cuti telah tiba~

Semalam Cuya susah nak tidur, jadi bangun dari katil Cuya start mengemas apa yang patut sikit-sikit.

Sebab takleh tidur, taktahu nak watpe jadi kemaslah jawabnya. Pastu Busu Cuya WS, ajak pergi breakfast di JKR Jasin. Cuya pon onz jela dah orang ajak.


Cuya makan roti telur dengan air nescafe ais. Pastu bungkus mee goreng, kuih seri muka dan 4 keping roti canai untuk ibu ayah. Busu yang belanja semua ni. Moga dimewahkan rezeki busu dunia dan akhirat. Aamin...



Kucate ni lak minuman kesihatan. Dah lama Cuya beli tak habis lagi. Jadi semalam Cuya minum sekole air suam Kucate. Ni produk mak Neelofa ni. Murah je sebab jualan gudang.


Isi dia macam ni. Ada bunga dengan halia bagus untuk perut.



Ni Cuya beli oreo sebab teringin plus nak kumpul Photocard yang sebenarnya Cuya takde minat pon kumpulan kpop dia. Saja kumpul isi masa lapang. Hahaha


Kumpulan Baby Monster. Cuya tak pernah dengar pon lagu diorang. Nantilah Cuya try dengar mana tahu in love.

Kelakar enn dah la tak minat group ni tapi sibuk kumpul Photocard dia. Baru ada 3 je. Patut Cuya beli Oreo masa kumpulan Blackpink baru betul. Tu baru Cuya minat. Takpela, simpan jela wat kenangan. Cantik gak card dia. Hehehe

Btw Cuya dah start journaling dekat buku. Ala-ala diari kehidupan. Seronok pula menulis secara fizikal. Boleh tulis macam-macam.

Dan planner 2026 ni Cuya takde idea nak buat apa, takkan nak biar kosong je. Tengah fikir, apa la benda aku boleh tulis. Kitalak bukan jenis planning.

Beli planner pon sebab nak buku free je. Harap boleh dapat idea la sebelum tahun baru menjelma.

Macam mana dengan hari korang? Story apa harini? Jangan lupa update di blog, kalau ada masa nanti Cuya blogwalking.

Till then, adios amigos!


18 comments:

  1. Alhamdulillah rezeki ada orang belanja.. Tentang journaling macam-macam boleh buat, ikut creativity Cuya.. Dari blank pages boleh tulis apa2 terlintas di hati. Cuya boleh search social media, ramai planner addicts kongsi kaedah journaling mereka. Boleh rujuk untuk dapatkan idea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah ada jugk rujuk kt medsos, ada banyak cara journaling. Bolehlah Cuya contohi. Banyak idea yg orang lain share

      Delete
  2. Kucate tu mak Neelofa tu dah stop produce rasanya hari tu macam ada ternampak dia cakap nak stop dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah dah stop..sebab tu Cuya ckp jualan gudang, dia nak habiskan stok yg tinggal. Sebab tu murah jer

      Delete
  3. MZ singgah BW ni! td dh buat entry utk hari ni ;)

    ReplyDelete
  4. Sedap tak teh halia? Terasa tak halia tu. Kak nani takut nak minum yang ada halia tapi teringin sebab nak feeling healthy 🫣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap je sebab rasa teh bunga halia... Ada manis gula batu

      Delete
  5. Alhamdulillah rezeki ada yang ajak makan..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah semoga murah rezeki Busunya. KSarie belum pernah minum kucate. Teringin juga nak rasa. Lagu Baby Monster molek juga cuma setakat ni tak boleh nak lawan Black Pink untuk KSarie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah aamin. Sedap air kucate tu. Cuya tak try lgi dengar lagu Baby Monster

      Delete
  7. air kucate tu boleh buang angin dalam badan tak? atau boleh cepat kurus tak? hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taktahu ler boleh ke tak...
      Eh awak dah kurus buat pe kurus lagi hahaha

      Delete
  8. Pertama kali tengok air kucate. Oreo tu, akak ada nampak, tapi tak beli. Alhamdulillah, busu belanja makan. Happy journaling, Cuya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jual di tiktok. Alhamdulilah thank you heee

      Delete
  9. nampak sedap la pula kucate tu . untuk seteko ke cuya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia untuk secawan je.. kalau nak manis letak air sikit je. Minum dgn ais pon sedap

      Delete

Followers