Monday, December 8, 2025

Berangan is Free


Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Pernah ke korang jumpa orang yang sapa korang dengan " Hello Coconuts" ? 🤣
Rasanya Cuya sorang je sapa korang macam tu kan?

Dah macam tagline sendiri dah. Cuya adalah satu2nya Cuya di dunia blogging. Takleh wujud Cuya yang lain. Nak jadi diri sendiri kenalah special dan rare baru orang sedar kewujudan kita.

Cuya tiba-tiba rindu diri Cuya yang dulu, peramah dan happy go lucky. Tapi kalau ikutkan gaya penulisan Cuya pon mesti korang tahu Cuya ni macam mana orangnya betul tak?

Tapi duduk rumah teman borak Cuya cuma ibu dan ayah je. Kalau kerja borak ngan member kerja jela. Ayah takyah cakap la, bukan banyak cakap pon. Biasalah orang lelaki berapa kerat je ayat dia boleh cakap. 😂 

Ibu sentiasa bercakap 24 jam. Ada saja benda nak diluahkan. Tinggal ibu takde blog je, kalau tak entah apa yang dicelotehnya tak sudah. Hahaha

Kalau ditanyakan perangai Cuya ikut siapa, sudah semestinya ibu. Sampai dulu2 pernah kawan Cuya cakap " Agak kau ni kalau duduk sorang2 masih bercakap tak henti"
Lebih kurang gitu lah ayat dia. 😂 

Tapi bila dah start dewasa, Cuya berhati2 dengan siapa Cuya bercakap. Nak borak boleh, tapi nak expose semua benda bahaya sikit. Kena pandai pandai simpan.

Kadang kita tengok orang tu suka dedahkan rahsia orang lain, maknanya mulut dia tu jenis tempayan la. Bahaya orang gitu. Kita ni kalau baik, baik sahaja dengan orang tapi baik pon kenalah berpada-pada. Jangan sampai dia pijak kita pulak.


Alhamdulilah sejak dah habis belajar, kawan kawan semua bawa haluan masing-masing. Cuya taktahu apa apa update tentang diorang melainkan kalau diorang up status sebab kalau IG Cuya memang jarang sekali buka.

Ada jugak classmate yang dah tak save no kita dan remove kita daripada friend IG. Kes macam ni pon ada tau. Takpela, biarlah mereka bawa haluan masing-masing. Lagipun diorang tu dah takde kepentingan buat kita, sama juga kita pon tak penting buat dia . 🤣 

Cuya pon tak rasa pon classmate Cuya baca blog ni sebab Cuya jarang post link blog. Ala kita bukan sesiapa pon orang nak kisah,lebih baik sibuk dengan life sendiri. Orang taknak kawan kita takpe, yang penting kita happy dengan life sendiri.

Better duduk sorang2 lepastu berangan sorang2. Lepastu tersengih sorang2. Siapa sini kuat berangan angkat tangan? SAYAAA.. Hahaha 😂 

Tadi skroll folder camera dalam fon, tiba- tiba ternampak satu gambar yang Cuya edit.



Berangan nak jadi model uolls. 🤣 Ni gambar sama dekat banner tapi up sikit sebab brand GUCCI.. kau hado?? 😂 Eh tapi Cuya memang kuat berangan nak jadi model ni.

Tapi belum kesampaian lagi. Tapi teringin la orang tangkap gambar kita. Pastu posing2 sini sana kan. Last last tangkap gambar sendiri jela jadi model. Jadi ler buat raso raso. Hahaha

Teringat dulu Cuya pernah menang contest and dia nak makeover Cuya. Tapi sebab Cuya duduk jauh, so tak merasalah hadiah tu sebab Cuya takde transport. Jauh tempatnya. Anggap saja belum rezeki.

Namun sepanjang hidup ni, rezeki Allah beri memang tak pernah habis. Ada saja yang Allah bagi kan? Kita saja kena belajar bersyukur. Lagi kita bersyukur, lagi Allah beri lebih.

Jangan riak sudahlah. Dulu Cuya pernah jumpa orang yang berlagak dengan jawatan kerja dia ada, last2 kelaut jadinya kena turun jawatan. Buat malu jela . Tula lain kali cakap tu jangan mendongak ke langit. Kena ikut resmi padi, makin berisi makin menunduk.

Moga jadi pengajaran buat dia dan kita untuk berhati- hati apabila berkata sesuatu.

 Petang ni nak ajak ayah pergi speedmart la beli jajan buat kunyah kunyah. Rumah dah takde benda nak dikunyah. Mulut ni terasa nak mengunyah ajer.

Korang harini buat apa je? Cuya sedang cuba untuk kembali ke dunia blogging dan bercerita. Takde idea pon kita buat buat macam ada idea 😂 

Till then, adios amigos 👋🏻 

5 comments:

  1. Akakpun kuat berangan juga tapi beza sedikit akak tidak suka bercakap.
    Betul itu jangan riak. Cepat Allah bagi segera balasan untuk sedar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuya pon dah jarang berborak dgn orang, agaknya dh lupa cara jadi peramah hehe

      Betul, sekali kita riak memang Allah uji kata2 kita

      Delete
  2. Dah macam model dah gambar tu. Ada bakat jadi model ni.

    ReplyDelete
  3. Saya rasa orang makin menjauh.. Tak tahu sebab apa.. Rasa seperti tiada kawan. Tapi tak apalah mungkin ada hikmahnya. Harap blog sahaja tempat bercerita. Tiada kawan untuk bercerita lagi..

    ReplyDelete

Followers